Bab 43

82 5 0
                                    

Masuk ke bilik terus atikah menutup pintu biliknya dia nak bersendirian seketika.

Barang yang dibeli untuk azlan dimasukkan ke dalam laci. Terus dia ke bilik air. Tadi lepas menonton wayang mereka solat zohor di surau yang berdekatan. Setibanya di rumah dah masuk waktu asar. Lenguh rasa tulang termulang dia. Penat.

Tuala di ambil lalu dia ke tandas selesai mandi dia terus menunaikan solat asar. Selesai menunaikan solat asar atikah terus membuka kalam suci Al-Quran.

Surah yusof dan maryam menjadi pilihannya.

Azlan ke rumah atikah menyedari isterinya itu tiada dirumah yang diduduki Zulaikha. Ketika dia membuka pintu bilik atikah sedang membaca Al-Quran. Azlan pun malas menganggu kerana kepalanya pening dan mual terus dia ke bilik Zulaikha untuk mandi dan solat asar.

Papa, umi boleh tak kami nak ke taman tanya Anak-anak.

Boleh tapi dengan siapa? Tanya azlan.

Kami pergi bertiga je. Mama tertidur kat atas sejadah lepas mengaji tadi. Along kata jangan kacau mama. Mama penat bawa adik dalam perut. Pilihkan barang-barang kita kata achik.

Pergilah. Hati-hati. Angah jaga adik-adik pesan azlan.

Baik papa.

Azlan dapur memcari asam tapi tak ada apa-apa yang boleh dia makan. Tekaknya mual tak boleh ditahan terus dia ke rumah atikah. Sebaik sahaja dia masuk terus dia ke dapur. Memcari peti ais.

Ya Allah, ada jeruk asam dan buah-buahan. Jus oren pun ada. Kata azlan.

Hatinya terpalit rasa bersalah kepada atikah. Dia pun sebenarnya bersalah tadi kalau dia tak leka melayan kerenah Zulaikha yang membeli cadar dah tentu atikah tak membayar semua barang-barang tersebut. Sepatutnya hari ni dia dan atikah sahaja keluar bersama. Tapi last minit dia sendiri yang memperlawa Zulaikha untuk menyertai dia dan atikah. Serabut.

Tiba-tiba telephone azlan berbunyi.

Hello. Assalamualaikum Lan ni abah.

Waalaikumusalam abah. Kenapa? Soal Azlan.

Abah nak tanya betul ke pak mertua kamu tu nak bernikah. Tadi mak kamu yang jawap panggilan telephone abah. Masa abah dikebun kata abah.

Betul abah hujung minggu depan. Nanti abah datang la ke sini. Kata azlan.

InsyaAllah. Kalau tak ada urusan. Abah datang. Kirim salam abah pada semua.

InsyaAllah abah. Assalamualaikum.

Waalaikumusalam.

Patutlah atikah beli barang tadi. Lagi beberapa hari pak nak menikah persiapan tak buat apa lagi. Nasib baik atikah beli cadar dan telekung. Azlan pun mengaru kepalanya yang tak gatal.

Terus azlan kembali ke bilik Zulaikha.

Zu, pak punya barang-barang untuk majlis perkahwinan tu tadi kita tak beli kan? Tanya azlan.

Ya Allah, Zu lupa. Tikah dah belikan cadar dengan telekung. Apa lagi ye barang yang nak kita beli? Soal Zulaikha.

Abang pun tak tahu. Habis tu macam mana ni. Tanya azlan. Dah la pak amanahkan kita untuk beli semua barang-barang tu.

Kita bincang nanti dengan tikah abang. Selalunya dia ada je idea. Kata Zulaikha.

Nampaknya urusan pernikahan pak ni akan diuruskan oleh atikah jugak. Memang semua benda kena bergantung pada atikah. Kalau atikah tak ada macam mana? Bisik hati azlan.

Zulaikha dalam macam ni pun ada lagi sikap dia yang tak berubah. Suka bergantung pada orang lain. Bukan dia tak boleh gubah sendiri hantaran pak. Tak hairan pak lebih rapat dengan atikah berbanding dengan Zulaikha anaknya sendiri.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now