Saya rela jadi yang kedua..
Aida.
Saya ikhlas Encik Idris. Saya redha apa yang terjadi semalam. Kata Aida.
Saya mintak maaf atas apa yang terjadi semalam. Saya tak sedar. Kata Idris.
Saya dah tak suci.
Aida, saya akan bertanggungjawab kata Idris. Tapi bagi saya masa untuk uruskan isteri saya.
Abang janjikan takkan tinggalkan Ida. Kata Aida. Sambil menangis tubuh aida ditarik Idris ke dalam pelukkan.
Saya janji. Kata Idris. Aida tersenyum menang. Done, Idris kau dah jadi milik aku. Tak rugi bagi ah chong RM100 semalam untuk masukkan arak dalam minuman Idris.
Kakak, hari ni kita dapat tempahan karipap dari makcik leha. Dia nak buat jamuan ringkas kat rumah dia. Kata Man.
Alhamdulillah. Man, sejak man habis belajar memasak ni akak tengok semaking banyak tempahan kuih yang man dapat.
Itulah kak. Man nak kumpul duit buat modal buka kedai.
Bagus tu man, akak pun boleh bantu man.
Assalamualaikum.
Waalaikumusalam, abang dah balik. Abang nak minum air tanya Juliah.
Takkan tu pun nak tanya dah tentu lah nak..
Sekejap, yah ambik kan. Juliah terus ke dapur mengambil air yang telah siap dibancuh. Kemudian mengambil baki kuih karipap yang dia telah goreng lebih tadi.
Abang jemput minum, hari ni man siapkan tempah kuih untuk makcik leha. Cerita Juliah.
Korang adik-beradik buat kuih apa benda semua ni. Tak cukup ke duit aku bagi selama ni? Tanya Idris pada isterinya Juliah.
Abang, Jazman baru habis belajar. Saya nak bagi peluang dia rasa duit sendiri. Kata Juliah.
Adik kau tu cacat oku nak guna duit buat apa? Soal Idris.
Abang..
Kau sedar sikit tak, selama ni aku yang tolong kau dengan adik kau tu dah lama merempat tepi jalan. Kata Idris.
Abang, apa salah kami abang hina macam ni. Saya tau abang saya ni anak yatim dan jaga adik cacat tapi saya tak pernah mintak jadi macam ni. Kata Juliah.
Serabut lah kau ni. Kata Idris.
Abang kenapa abang berubah.. mana abang Idris yang dulu. Bisik Juliah.
Atikah sempat mengantar pesanan ringkas kepada azlan yang memaklumkan dia akan ke Kuala Lumpur menemui abang keduanya Abd Fattah.
Assalamualaikum abg.
Tikah nak mintak izin ke Kuala Lumpur beberapa hari. Nak jumpa abang Fattah. Dia ada bawa pelajar datang seminar di Malaysia. Tikah pergi dengan ayah dan mak. Kami bermalam di sana beberapa malam. Balik dari sana tikah terus ke tempat tikah kursus ye. Love u abang.
Azlan terus membalas masej yang dihantar atikah. Senyum tak lekang dibibir bak anak muda yang sedang dilamun cinta.
Waalaikumusalam syg
Boleh, sampaikan salam abang pada ayah, mak dan Fattah InsyaAllah kalau ada rezeki nanti dapat jumpa mereka semua. Hati-hati tau. Jangan lasak sangat. Baby Adam jaga mama untuk papa ye. Love u2.
Selepas menerima balasan masej azlan seperti biasa atikah akan menghubungi Zulaikha dan anak-anak.
Assalamualaikum kak Zu.
Waalaikumusalam tikah. Apa khabar?
Alhamdulillah semua baik kak. Akak dan anak-anak macam mana? Tanya atikah.
Alhamdulillah semuanya baik tikah. Along dah habis peperiksaan. Angah ke gelanggang. Achik dan adik ada peperiksaan sekolah kafa.
Harap achik dengan adik dapat jawap dengan sempurnalah nanti. Kata atikah.
InsyaAllah. Tikah jangan risau.
Akak tikah nak bagitau ni nak ke Kuala Lumpur malam ni nak jumpa abang Fattah kebetulan balik sini bawa pelajar dia ke seminar. Lepas jumpa abang Fattah tikah terus ke tempat tikah kursus. Nanti tikah balik sana dengan Dr Kumar.
Ye ke, baiklah nanti sampaikan salam akak pada mak dan ayah ye. Hati-hati dalam perjalanan tadi.
Sayang, bie ada seminar dekat ďVillia beberapa hari. Mula hari rabu hingga sabtu. Kata Idris.
Nak ikut, sayang ambil cuti boleh. Kata Aida. Sambil memeluk Idris yang sedang bersiap untuk keluar.
Sayang kan dah selalu sangat cuti, nanti apa pulak kata staff lain. Kata Idris.
Kalau macam tu, sayang pergi hari jumaat satu malam sayang tumpang tidur rumah abang sayang kat sana boleh.
Abang sayang yang mana ni? Tanya Idris.
Abang sayang kahwin dua tu. Abang ingat tak sayang pernah cite dulu. Abang sayang ni lah isteri pertama dia izinkan kahwin dua. Siap tolong pinang lagi. Mereka semua hidup bahagia abang. Apa kata abang bawa sayang jumpa kak yah. Terus terang tentang hubungan kita. Kata Aida.
Emmm... rela ke Juliah jika dimana madukan? Soalan yang sentiasa berlegar di dalam fikiran Idris.
Tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati pasangan ini.
Tikah, pandang apa tu reality sangat kak Ain tengok. Ain isterinya Fattah abangnya atikah yang kedua.
Tak ada apa-apa kak. Tikah rasa macam ada kawan tikah tadi. Baru keluar dari bilik hotel tu. Mungkin tikah salah orang.
Kak Zu takkan saya nak tidur sebilik dengan anak akak. Kata acu. Tolonglah.
Acu. Tikah belum balik lagi. Dia pergi kursus. Akak tak boleh nak izinkan acu masuk bilik tu nanti apa pulak kata orang.
Kata orang ke kata kak Zu? Patutlah abang Lan kahwin lain akak ni memang tak ada guna. Kata acu.
Acu jaga mulut tu. Tak anak-anak dengar. Tegur Zulaikha.
Ada saya peduli? Akak tu siapa nak tegur saya dah lah cacat tak ada guna langsung.
Acu sampai hati acu.
Umi tak apalah along dengan adik tidur je kat luar. Umi janganlah gaduh dengan acu. Kata along.
Takpe along dengan adik tidur je dalam bilik umi, papa kan tak ada sekarang. Kata Zulaikha.
Dah la membebel aku nak tidur keluar. Halau acu.
Umi kenapa dengan acu tu. Dulu dia baik je dengan umi kata adik.
Hati manusia dik. Selalunya mudah berubah sebab tu kita kena banyak berdoa pada Allah. Jawap Zulaikha.
Pak dengan ibu Sa tak ada dirumah kerana menghadiri kuliah agama di surau. Selalunya selepas isyak baru mereka sampai acu pulak sampai masa maghrib tadi kebetulan Zulaikha dan anak-anak sedang solat. Masa acu beri salam mereka dalam rakaat pertama.
Sebab itu acu marah, dia sempat menghubungi cik Ramlah mengatakan si Zulaikha tak nak bagi dia masuk rumah.
Teruk Zulaikha di marahi cik Ramlah. Siap di maki hamun menantu tak sedar diri, cacat, orang miskin dan tak pandai nak bersyukur.
Menangis Zulaikha. Ni puala aku mengamuk nak tidur dirumah atikah. Tentu Zulaikha tidak benarkan. Walaupun mereka bermadu dan rapat atikah dan Zulaikha masing-masing menjaga batas dan hak masing-masing.
Assalamualaikum abang
Zu dan anak-anak tak dapat nak video call abang malam ni. Acu ada bermalam disini. Zu tidur dulu ye.
Azlan pelik dengan pesanan ringkas Zulaikha. Acu datang rumah sebab apa?
Waalaikumusalam.
Baik sayang, tidur lah. Sampaikan salam abang pada anak-anak. Selamat malam.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...