Bab 3

85 6 0
                                    

Subhanallah dia masukkan sesuatu dalam tu?? Soal atikah.

Yes kau faham kan benda tu bahaya untuk wanita. Sekarang benda yang dia masukkan dalam tu dah menyebabkan jangkitan kuman kepada rahim dia terang doktor Elly kepada atikah.

Ya Allah bahayanya. Habis tu macam mana sekarang? Soal atikah.

Aku kena tahan dia buat masa ni. Tapi kau kena cari maklumat keluarga dia sebaiknya. Kesian dia seorang diri kat sini kalau dapat hubungi suami dia ke? Arah doktor elly.

Assalamualaikum kak, tegur atikah pada Zulaikha.

Waalaikumusalam cik kat mana saya? Soal Zulaikha.

Akak kat hospital ni. Tadi akak pengsan di kedai saya sebab tu saya bawa akak ke hospital.

Ya Allah hospital? Anak-anak saya disekolah dag pukul berapa sekarang ni? Soal Zulaikha kepada atikah dah pukul 2.45 petang kak.

Saya nak balik Zulaikha pun cuba untuk turun dari katil. Tapi..

Erkkk, sakitnya kelihatan darah merah membasahi baju Zulaikha atikah terus menekan loceng kecemasan.

Elly tolong aku jerit atikah.

Ya Allah, staff nurse jerit doktor elly.

Cik tolong saya cik... pinta Zulaikha.

Panggil saya atikah je kak, apa yang saya boleh tolong akak.

Ambil anak-anak-anak saya disekolah ambil yang sulung disekolah menengah Dato bahaman nanti dia akan tunjukkan mana sekolah adik-adiknya. Tolong saya atikah.. nama anak saya Norazira binti azlan.

InsyaAllah kak. Elly aku gerak dulu ambil anak-anak akak ni. Apa-apa kau call aku ye. Kata atikah.

Ok.

Norazira binti Azlan, tu nama saya kak kenapa. Tanya along.

Akak datang nak jemput awak sebab mak awak kena tahan dihospital.

Tipu. Jerit along.

Jap, atikah terus menghubungi doktor elly.

Nah cakap dengan mak awak.

Umii.. kata along yang melihat video call keadaan ibunya yang baring dikatil.

Along tolong umi sayang tunjukkan pada kak tu sekolah adik-adik ye. Umi sakit sayang.

Baik umi.

Selesai menjemput angah, achik dan adik. Atikah terus membawa mereka makan. Dah pukul 3.30 petang tentu budak-budak ni lapar.

Selesai makan atikah terus mengantar mereka pulang untuk menukar baju dan solat selepas itu dia membawa along, angah, achik dan adik menemui Zulaikha dihospital.

Ummi.. tangis achik dan adik.

Along dah pesan pada umi jangan ambil jamu yang maklong jual tu. Tengoklah sekarang umi tak sayang kami ke? Soal along.

Maafkan umi along, along tak faham perasaan umi nak. Along kecil lagi.. kata Zulaikha.

Umi, kalau papa tahu tentu papa kecewa dengan umi dulu pun macam ni sampai adik nak terbunuh sebab mak long. Umi degil. Marah along lalu keluar dari wad yang didiami Zulaikha.

Angah bench umi jerit angah lalu berlari mengikut along.

Eh kau.. bisik hati atikah aku kung-fu jugak budak berdua ni.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now