Abang nanti abang ambil achik dan adik balik sekolah ye. Saya kesian kat atikah tu ke sana ke sini setiap hari. Dengan kerja hakiki dia lagi. Bukan mudah abang kerja macam dia tu. Kadang kena angkat pakcik dan makcik yang jatuh bila tak dapat nak seimbangkan badan. Kata Zulaikha.
Bukan ke selalunya budak-budak tu balik dengan pak soal azlan. Kerana hari tu sebelum dia kembali bekerja pak yang mengambil tugas mengantar achik dan adik pergi dan balik dari sekolah.
Hari tu pak nak terbabas masa balik ambil achik dari sekolah. Jadi atikah pun tak bagi pak hantar dan ambil. Tikah check darah pak tinggi lagi lah pak kena kawal permakanan dan tikah suruh pak rehat. Cerita Zulaikha.
Ya Allah. Kenapa tak seorang pun bagitau abang. Kalau abang tau macam tu awal-awal abang dah call hussin bas sekolah tu ambil dan hantar achik dan adik. Kata azlan.
Bukan tak nak bagitau tapi lepas kami bincang berdua kesian pada adik dan achik nanti terkejar-kejar balik ke rumah nak makan, mandi dan solat. Terang Zulaikha.
Betul jugak tu ramai jugak budak-budak sekolah yang naik van dengan hussin tu. Kesian achik dan adik la. Bisik azlan. Dia betul-betul menyusahkan atikah sejak berkahwin ni banyak betul pengorbanan atikah beri kepada keluarganya.
Tak apalah nanti abang WhatsApp tikah maklumkan yang abang akan jemput anak-anak. Kata azlan.
Assalamualaikum sayang. Kata azlan.
Waalaikumusalam, abang dah sampai ye. Sori tikah bizi sangat tak sempat nak call abang. Jawap atikah.
Tak apa abang faham. Nanti tengahari abang beli nasi ayam hailan sayang tak payah lah balik masak. Lagipun cik Nah dan pak Salleh dah balik ke rumah ijam. Kata azlan.
Baik abang. Abang belikan tikah daging bakar harimau menangis kat kedai nasi ayam hailan tu boleh tak? Tanya atikah.
Boleh sayang. Nak apa-apa lagi tak? Tanya azlan.
Tak de dah. Jawap atikah.
Abang jemput anak-anak balik sekolah nanti. Balas azlan.
Baik abang tq.
Setibanya dirumah azlan belum lagi sampai menjemput anak-anak pulang dari sekolah.
Assalamualaikum kak Zu.
Waalaikumusalam tikah dah sampai. Kata Zulaikha.
Ye kak, baca apa tu kak.. Tanya tikah.
Buka biography tikah kisah seorang wanita yang kehilangan sebelah mata akibat kanser. Kata Zulaikha.
Menarik. Akak kalau tikah tanya akak jangan marah ye.
Tanya lah tikah. Kalau akak ada salah akak mintak maaf tau. Kata Zulaikha.
Bukan itu maksud tikah. Tikah nak tanya akak tak nak ke tulis biku biography akak sendiri. Kisah akak yang kehilangan upaya dan rahim.. emm, sori kak tikah tak bermaksud lain. Pada tikah kisah akak ni patut dikongsi dengan semua orang supaya mereka tak ulang kesalahan yang sama. Terang tikah.
Ada ke orang nak baca? Tak ada yang menarik pun tikah pasal akak ni. Balas Zulaikha.
Apa kata akak mula dengan penulisan di blog. Bila dah ramai follew akak mula dengan penulisan dalam bentuk buku pulak. Terang atikah.
Menarik..
Betul tu kak, tikah pun mula dulu dengan blog dan ig je. Pastu tikah join wattpad bila dah ada pembaca tikah cuba penulisan melalui buku pulak. Macam buku-buku tikah yang akak baca tu. Terang tikah. Akak fikir lag dulu. Dah azan ni tikah nak mandi dan solat dulu ye.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
БоевикKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...