Bab 23

81 5 0
                                    

Zulaikha kau tengok sekarang laki kau dah kahwin dengan orang lain. Kau tak malu ke? Lumpuh duduk je atas kerusi roda ni? Marah Zulika.

Saya yang izinkan kak. Pergi lah balik kak. Nanti abang balik dia marah kata Zulaikha.

Marah dia je kau tau. Marah aku ni kakak kau dia tak tahu. Kata Zulika.

Takpa kau tengok apa yang aku mampu buat untuk mereka ni. Ni July la. Sapa pun aku tak takut.

Sudah la kak. Jangan buat hal nanti abang marah buruk jadinya. Kata Zulaikha.

Sapa nak marah aku. Dia yang kahwin lain. Asal bini sakit boleh la dia kahwin lain? Soal Zulika. Kau tengok apa aku akan buat masa kenduri nanti.

Kak long..

Semua tetamu hadir mula memjamu selera selepas bacaan yassin tahlil dan doa selamat.

Semua squat anak muda berada disini termasuk abang razak.

Ijam tiba tepat pada masanya dibelakang keretanya ada satu kereta Mercedes hitam juga mengikut keretanya.

Umpan dah masuk kata zack.

Kita suruh ijam tunggu dulu bagi tetamu balik separuh kesian atikah nanti kata abang Joe.

Kita tak boleh buat apa Joe. Nak tak nak kita kena ikut umpan. Kata pok yen.

Kesian atikah.

Aku faham Joe. Tapi lagi kesian kalau kes ni tak selesai.

Korang bincang apa ni tegur azlan.

Tak ada apa-apa la bro. Benda kecik je.

Atikah ooo atikah.. berani ye kau jejak rumah adik aku lepas kau rampas suami dia jerit July. Tetamu yang hadir mula bercakap.

Masuk lah awak nak tengok sangatkan diorang bergaduh kata ijam pada Nisa. Perangai awak ni buat malu saya tau. Kalau jadi apa-apa keluarga atikah tu ambil tindakkan awak tanggung lah sendiri saya tak nak campur.

Abang. Panggil Nisa. Ye suaminya pernah menasihatkan jangan masuk campur hal pernikahan azlan dan atikah. Tapi disebabkan sakit hati terus dikongsi hal ini dengan Zulika.

Ye. Saya atikah. July mengangkat tangan terus menampar atikah. Jatuh terduduk atikah kesan tamparan yang kuat itu.

Atikah jerit azlan.

Semua yang hadir mula memerhati.

Tengoklah semua pasangan tak tahu malu. Seorang suami orang bila isterinya lumpuh tak boleh jalan terus cari bini baru yang muda jerit Zulika.

Ini bini muda konon sukarelawan baik hati, bantu untuk keluarga ni tapi hati busuk macam tahi jerit Zulika.

Kak long jaga mulut kak long tu jerit azlan.

Kau rakam semua ni kata pok yen kepada zack.

Beres. Boss.

Apa masalah kak long? Tak cukup ke apa yang kak long buat pada Zu adik kandung kak long sendiri tu hari ni kak long nak fitnah saya dengan atikah pulak. Marah azlan.

Apa yang aku buat pada Zu soal Zulika. Aku tak buat apa-apa aku cuma nak tolong dia jaga laki dia ni. Kau tu laki tak guna jeritnya lagi.

Siapa laki tak guna? Tanya azlan tahap kesabaran ni menipis kini. 

Abang stop ok jangan gaduh lagi malu kat orang kata atikah. Tak pa tikah boleh keluar dari sini. Atikah terus bangun mengambil beg galas miliknya.

Kau ingat kau boleh blah macam tu je. Hey perempuan jerit Zulika. Tiba-tiba dia terjatuh.

Opss sori kata idayu dia orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Zulika.

Atikah pergi je arah idayu.

Maaf isteri saya tu puan inspector kata abang Joe.

Abang razak dan ijam terkejut melihat kejadian itu. Azlan cuba mengejar atikah.

Bagi dia masa azlan kata haji Abdulaziz menahan azlan mengejar atikah.

Tapi ayah.

Jangan risau dia bawa handphone tu. 5 minit lagi sampai lah WhatsApp kat handphone ayah. Kalau tak sampai tu idayu suruh anak buah dia cari. Kata haji Abdulaziz.

Ayahnya tikah kata dia nak bersendirian nanti dia send lokasi dia berada kata maknya atikah.

Maaf tuan puan ada salah faham sikit yang berlaku. Saya wakil keluarga ni akan jelaskan apa yang berlaku. Tadi yang lari tu anak perempuan saya isteri kedua azlan mereka baru berkahwin awal ramadhan baru ni perkahwinan ini menerima persetujuan ketiga-tiga belah pihak. Ini saya kenalkan ayah kepada Zulaikha pak Zaman, ini abahnya azlan pak dahlan. Kata haji Abdulaziz. Jemput menjamu selera pada yang baru tiba. Maaf salah faham tadi.

Tangan Zulika digari oleh idayu. Dia kini duduk atas kerusi berhadapan dengan semua orang.

Nasib baik selepas haji Abdulaziz membuat kenyataan tadi semua tetamu mula beransur pulang.

Lepaskan aku lah jerit Zulika.

Lepaskan kamu lepas apa yang kamu buat pada mereka semua ni? Soal pak Zam. Aku ni ayah kandung kamu Zulika itu anak kandung kamu yang kamu racun sampai lumpuh adik kamu tu kenapa?

Apa bukti aku racunkan dia dalih Zulika. Baik saya akan kemukakan bukti dalam fail ni bukti laporan kesihatan yang Zu. Ini baki ubat yang kak long bagi pada Zu. Ubat ni semua saya dah hantar ke makmal. Laporan polis rasanya boleh saya buat sekarang.

Aku cuma nak tolong dia pisahkan kau dengan perempuan tu. Dalih Zulika.

Kak saya dan dia nikah atas kebenaran Zu dan pak. Atikah sendiri minta izin pak sebelum kami bernikah. Jelas azlan.

Kamu tak tahu apa-apa July. Lepas kamu racun adik kamu dengan ubat-ubat mengarut kamu tu atikah la yang tolong selamatkan adik kamu masa turun darah tu. Sampai hati kamu suruh adik kamu masukkan tompan tu dalam alat sulit. Kamu tahu benda yang kamu bagi tak bersih dan dijangkiti kuman kesannya peranakkan adik kamu rosak dan menyebabkan dia lumpuh separuh badan jelas pak zam sambil menangis.

Hari ni kami berkumpul bersama buat majlis doa selamat untuk adik kamu. Tapi apa kamu buat? Malukan orang yang tak berdosa. Atikah tu sebaik-baik orang yang aku kenal. Rumah aku tu sebiji nasi pun tak pernah kamu hantar inikan nak melawat aku. Nasib baik si kiah tu ada dapat la aku makan. Rumah aku kena ribut ada kamu datang jeguk? Si mamat tu cabut zink reban ayam dia tukar zink yang rosak tu. Mana kamu? Jika aku ni Allah bagi pilihan untuk aku. Aku rela pilih atikah tu jadi anak aku berbanding kamu. Kamu fitnah aku ni kaki judi. Sampai Zu buang aku July apa salah aku pada kamu? Soal pak Zam air mata tak usah dikata turun tanpa henti.

Sudahlah Zam. Lepaskan semua yang berlaku nasihat haji Abdulaziz.

Aku kecewa Aziz anak yang aku besarkan fitnah aku. Aku ni ayah kandung dia Aziz. Kamu dan atikah tak pernah anggap aku ni orang luar. Lepas anak kamu kahwin dengan azlan kamu hantar anak saudara kamu baik pulih rumah aku cat kan rumah tu. Bina dapur batu dan tandas baru untuk aku. Kalau dipikir logik akal manusia siapa nak bantu orang luar bukan keluarga pun tapi kamu anak beranak layan macam keluarga Aziz.

Pak dahlan dan cik Ramlah diam seribu bahasa mendengar luahan pak zam.



Bidadari kamiWhere stories live. Discover now