Bab 17

72 6 0
                                    

Kaki makcik kenapa ni? jatuh? Bila soal medical assistant itu.

Baru tadi jawab kak lin. Boleh tak x-ray atau apa-apa. Kata kak lin.

Ok tapi dari cara balutan ni, saya rasa makcik dah pergi jumpa doktor lain sebelum ni.

Tak itu kerja menantu makcik sebab suami makcik yang suruh..

Ok lah kalau macam tu kita x-ray dulu kaki makcik ni. Tapi tak bengkak cuma kesan jatuh tu ada calar sikit.

Dari x-ray yang kita buat memang betul makcik baru jatuh cuma tak ada patah atau retak ada kecerderaan pada daging bahagian kaki dan urat kaki makcik ada kecerderaan koyak. Jangan kuat bergerak ye. Pesan doktor.

Baik doktor.

Makcik boleh saya tahu tak dari mana makcik dapat pembalut kaki dengan logo SAM ni? Soal doktor yang merawat cik Ramlah.

Menantu saya doktor.

Menantu makcik nama dia noratikah ke?

Atikah ye lah tu atikah kenapa ye doktor? Soal kak lin.

Wow. Untung ye makcik. Atikah tu dia pakar fisiotrapy. Dia banyak bantu orang kurang upaya sampai ke luar negara. Rumah makcik kat mana boleh saya nak pergi beraya tak tanya doktor tu. Saya betul-betul nak jumpa dengan atikah ni.

Boleh... jemputlah datang.

Mereka balik ke rumah dalam keadaan terpingga dengan penjelasan doktor tadi. Lain maklumat yang diharap lain yang mereka dapat.

Setibanya dirumah azlan, atikah dan anak-anak tidak ada. Tinggal Zulaikha, abah dan acu. Kebetulan mereka keluar tadi kereta Axia yang dibooking atikah tiba. Jadi mereka pun terus ke Bandar untuk membeli barang basah untuk masak buka puasa dan juadah raya.

Macam mana kaki mak? Soal acu. Sebaik sahaja cik Ramlah keluar dari kereta Azman.

Tak ada apa-apa yang teruk cuma bahagian daging dan urat kaki mak koyak.. terang kak lin.

Mana yang lain soal mak.

Tadi kereta yang atikah sewa tu dah sampai abang bawa budak-budak ke Bandar beli barang sikit. Jawab Zulaikha.

Ye lah, mak pun perlahan-lahan berjalan masuk ke bilik. Dia tersedar bila terhidu bau nasi ayam yang enak. Sapa masak ni. Menyelerakan sungguh.

Atikah memasak nasi ayam kegemaran anak-anak tirinya. Sambil itu dia mencelur ayam kampung yang ditangkap oleh suaminya dan abah. Lemang dan ketupat akan dimasak selepas buka puasa. Nasib baik abah yang memasak jadi atikah tak perlu menggunakan dapur didalam rumah. Kerana abah mengeluarkan dapur gas khas diluar.

Azman dan isterinya buat-buat sibuk menegur atikah. Namun dilayan seperti biasa sahaja oleh atikah seperti tiada apa yang berlaku.

Semua juadah dari berbuka sehingga hari raya dimasak di kawasan luar dapur belakang rumah. Acu dengan kak lin keluar ke bazar ramadhan katanya. Padahal malas nak masak.

Satu kanopi bersaiz 10' x 15' dipasang dikawasan memasak meja kayu lama abah diletakkan untuk memudahkan proses memasak bersama beberapa biji kerusi.

Entah macam mana atikah terlelap selepas berbual dengan telephone dengan matanya berair seakan lepas menangis.

Mak Lan bawak masuk barang-barang untuk hidangan raya esok ni semua Lan dengan abah nak suruh atikah masak. Kalau mak tak ada selera nak makan mak suruh lah acu dengan kak lin yang masak. Kata azlan.

Terdiam cik Ramlah dengan kata-kata azlan. Acu dan lin tak nampak muka.

Ok tak ni soal azlan pada atikah. Atikah kelihatan tak bermaya selepas asar tadi muka atikah pucat.

Ok, saya nak rehat je.

Ok apa-apa bagitau ye. Dahi atikah dicukup lembut sebelum turun dari campervan.

Nasib baik lemang abah yang uruskan jadi atikah tak perlu menolong. Cuma masak nasi impit, kuah kacang dan rendang sahaja.

Mana perempuan tu tanya acu.

Tak sihat katanya.

Ye, ye je kata tak sihat nak perhatian ngah la tu. Kutuk acu pada atikah.

Buka puasa mereka makan bersama di gazebo abah dan Zulaikha turut makan bersama azlan, atikah dan anak-anak. Kecuali Azman, kak lin, acu, boy dan mak mereka makan didalam dengan hidangan yang dibeli oleh acu dan kak lin dibazar ramadhan. Atikah tak lupa memberi nasi ayam khas untuk mereka. Walaupun azlan dan abah menengah takut dibuang oleh mereka nanti kecil hati atikah. Tapi atikah tetap tegas memberi nasi ayam yang disediakan kepada mereka.

Mami sedap lah nasi ayam ni puji boy.

Rasa sikit.. sedap ye bang. Akhirnya semua mereka termasuk cik Ramlah menikmati nasi ayam yang disediakan oleh atikah. Dari siang tadi dia memang terliur dengan nasi ayam ni.

Jom turun acu kita tengok apa diorang buat kat belakang ajak lin.

Malas la. Bukan ada makanan pun silap hari bulan kita yang kena tolong buat. Lain la kalau ada makanan. Kata acu.

Eh kau ni patutlah debab. Makan je kau tahu. Ni rumah sapa nak kemas? Soal kak lin.

Kau lah kak, takkan kak zu yang tak bergerak dari kerusi tu. Nak harapkan mak lagilah dengan kaki macam tu. Jawab acu.

Pemalas betul kau ni acu kata kak lin.

Kau pun sama. Lah kak.

Along naik atas kemaskan rumah nenek ambil langsir dan sarung kusyen ni kata atikah.

Mama kenapa asyik along je acu dengan mak long tu tak buat apa pun asyik goyang kaki.

Runggutan along dipandang dengan senyuman oleh atikah bahu along diusap lembut.

Mama mintak maaf along tak dapat tolong along nenek tak izinkan mama jijak rumah tu. Mama kena hormat keputusan nenek. Ucap atikah.

Tak apalah along, papa dengan angah akan tolong along kata azlan.

Umi pun rasa nak naik ke atas. Nanti umi tolong along jugak. Kata Zulaikha.

Tepat pukul 12.45 tengah malam akhirnya rumah cik Ramlah siap dikemas oleh azlan dan anak-anak.

Hidangan hari raya pun dah siap dimasak kecuali kari daging. Angah dan achik pun meminta diri untuk masuk tidur kerana mereka dah mengantuk.

Atikah masih menunggu kari itu masak abah pun dah masuk tidur tak larat dah seharian memasak.

Buat apa tu tegur azlan kepada atikah.

Eh abang. Mana budak-budak? Semua dah tidur ke. Soal atikah.

Dah tidur penat lah tu seharian tolong kemas keliling rumah, kemas dalam rumah pulak malam ni. Jawab azlan.

Atikah masih leka menghias pudding buah didalam bekas.

Azlan geram bila soalannya tak disahut. Lalu pinggang atikah menjadi mangsa pelukkannya.

Erkķ...

Hukuman bila tak jawab soalan abang. Bisik azlan ke telinga atikah.

Atikah buat pudding buah untuk esok. Abang tolong simpan dalam peti sejuk satu bekas ni. Dua lagi ni tikah simpan kat dalam campervan je.

Ok, sambil bahu menjadi mangsa ciuman azlan.

Abang stop nanti kari tu hanggit.. bisik atikah.

Ok..

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now