Bab 15

76 4 0
                                    

Sepanjang perjalanan Zulaikha dan anak-anaklah orang yang paling gembira. Atikah hanya menjawab jika perlu selebihnya dia buat-buat tidur.

Mereka sempat singgah di bazar ramadhan untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa. Zulaikha memesan murtabak dan kuih pelita kegemaran ibu mertuanya.

Abang mee goreng ni satu kata atikah pada penjual mee goreng itu. Setelah membayar atikah terus membeli air buah dan sedikit kuih.

Eh kenapa mama beli air dengan mee goreng ni tegur adik.

Mama teringinlah adik macam sedap je tengok abang tu goreng mee. Jawab atikah.

Ye ke. Kenapa tak cakap tanya azlan. Nak apa-apa lagi soal azlan.

Dah tak ada. Marilah kita gerak nanti lewat pulak sampai. Jawab atikah.

Nenek jerit adik dan achik. Sebaik sahaja pintu campervan itu dibuka.

Atikah terus turun mengambil kerusi roda Zulaikha dan membantu azlan menurunkan Zulaikha. Selesai menurunkan Zulaikha, atikah meminta pun membantu azlan meletakkan campervan itu ditempat yang lebih sesuai bersebelah rumah dan pokok rambutan.

Abah.. tegur atikah lalu bersalam dengan bapa mertuanya itu. Bila giliran atikah ingin bersalam dengan mertuanya terus ibu mertuanya menepis tangan atikah.

Along dengan angah jom tolong mama ambil beg. Kata atikah. Semua beg diturunkan kecuali beg miliknya.

Mama beg mama mana tanya angah.

Take nanti mama bawa naik sendiri. Angah naik dulu tolong along jaga umi tau. Mama nak jalan-jalan kat luar ni dulu. Atikah terus mengambil cakar sampah buat-buat sibuk.. takut suami dan anak-anak tirinya perasan.

Atikah panggil abah azlan.

Ye abah. Jawab atikah

Rehat la dulu. Masuk nak.. panggil abah.

Tak apa abah jap lagi tikah masuk. Tikah nak test bawa basikal electronics boleh tak abah. Tanya atikah.

Pergi lah kalau kamu nak berjalan-jalan. Jangan lama sangat dah nak dekat buka puasa ni. Kata abah.

Baik abah.

Atikah terus menurunkan basikal electronics yang di sediakan oleh aidil seperti yang dia minta.. surau kat sini rupanya. Dekat je jalan pun terang ronda punya ronda akhir azan maghrib berkumandang. Atikah pun terus balik ke rumah mertuanya kelihatan kereta adik dan abang kepada azlan pun sudah sampai.

Assalamualaikum. Atikah bermanis muka untuk menegur mereka tapi...

Erkkk... jijik jom masuk kak lin. Kata adik bongsu azlan.

Tutup pintu mak dah pesan jangan bagi dia masuk. Kata kak lin kakak ipar azlan.

Atikah terus masuk ke campervan dan menyuci mukanya. Dengan bismillahirahmanirahim dan membaca doa dia pun menyentuh sebiji kurma dan seteguk air masak.

Kamu tengok perangai bini muda Lan tu. Aku tak berkenan langsung kata cik Ramlah pada anak menantunya. Jangan sapa-sapa bagi dia masuk kunci pintu tu.

Mana atikah? Tak berbuka sekali ke Soal abah.

Tak ada pun abah tadi kami dok kat luar tak nampak pun dia. Jadi kami masuklah kata acu adiknya azlan menipu abah.

Bagus perangai bini muda kau ye Lan. Sindir cik Ramlah pada azlan.

Azlan panas hati. Sabar...

Sebelum ke surau azlan singgah ke campervan melihat jika ada atikah disitu. Satu nota kecil bertulis.

Abang saya ke surau dulu.

Mee goreng yang dibeli tadi tak disentuh lagi. Cuma ada air buah kelihatan seperti telah diminum dan kotak kurma seperti dah dibuka.

Apa masalah perempuan ni.

Balik dari surau atikah berjalan seorang diri balik ke rumah mertuanya.

Along kau jangan berhenti kereta ye. Mengamuk mak nanti. Kata acu. Berseding telinga azlan. Apa kau kata acu.

Setibanya atikah dirumah mertuanya keadaan agak kecoh. Dia pun melajukan langkah ye.

Ye aku yang haramkan bini muda kau jejak kaki atas rumah ni. Kata cik Ramlah menantu aku cuma Zulaikha sahaja.

Mak saya dah nikah mak dengan dia. Dia tak salah apa-apa pun pada semua orang jerkah azlan.

Awak. Is ok saya tak apa-apa saya boleh tidur kat campervan tu. Selama ni pun campervan tu lah tempat tidur saya. Awak. Dengar ni jangan tinggikan suara pada mak awak. Antara saya dan dia awak kena dulukan mak awak. Syurga awak pada dia dan Syurga saya pada awak. Abah, mak maafkan tikah sebab buat masalah hari ni.

Tikah pegangan pada janji kita. Itu janji tikah mak jangan risau.

Allah jerit abah.

Akak mintak maaf tikah kalau akak tau benda macam ni nak jadi akak tak ajak abang balik ke sini kata Zulaikha pada atikah.

Akak.. tikah ok akak kan tahu tikah selalu bergerak dengan campervan ni. Jangan risau ok tikah baik-baik sahaja. Kata atikah.

Mama kami nak tidur dengan mama kata adik.

Tak boleh sayang tak muat. Adik dengan along teman umi, jaga umi untuk mama ok.. kalau adik baik mama masak spaghetti carbonara yang adik suka tu kata atikah.

Mama janji dengan adik. Esok pagi adik bangun sahur dah ada spaghetti carbonara adik mama janji ok..

Adik pun bangun memeluk atikah luluh hati azlan melihat kejadian itu.

Mama kami tidur katil atas tempat pemandu boleh tak. Tanya angah.

Kenapa.

Angah tak selesa tidur kat depan TV tu.. banyak nyamuk kelambu tu untuk anak mak long je. Adu angah.

Pergi tanya papa..

Boleh.. kata azlan. Papa pasangkan sekejap.

Dah lewat ni adik dengan along bawa umi masuk ye.

Baik mama.

Jom angah, achik kita tidur. Ajak atikah.

Mereka pun melangkah ke campervan.

Angah, bawa achik tidur dulu papa dah pasang tempat tidur kamu.

Azlan menarik atikah dalam pelukkannya.. I'm sorry.  Bisik azlan.  Oleh kerana pintu campervan itu mengadap ke arah pokok rambutan jadi tidak ada siapa yang melihat apa yang berlaku.

Is ok abang. Tikah ok.. masuk lah nanti mak bising. Kata atikah.

Dahi atikah cium lembut oleh azlan, masuk lah abang nak pastikan pintu terkunci tikah dan anak-anak ok baru abang masuk. Kata azlan.

Ok. Esok pagi saya call ye ambilkan makanan sahur adik dengan along.

Ok.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now