Bab 57

66 5 0
                                    

Mak tengok tu ngah dengan tikah tumpangkan isteri pertama acu kata kak lin.

Dia dah buat hal lagi bisik cik Ramlah.

Tak apa puan, kami boleh jalan kaki sahaja ke jalan besar sana kata Juliah

Masuk dik panas ni awak dan anak awak nak berjalan ke jalan besar tu. Awak tak kesian pada adik awak ke tanya atikah.

Akak, man tau akak sedih akak tak nak abang Idris marah. Tapi man percaya akak ni baik kak. Kata Jazman.

Dengan air mata yang masih mengalir Juliah akhirnya mengalah masuk ke dalam kereta Azlan.

Jazman duduk bahagian depan ye. Kerusi tu mesra oku kata atikah.

Betul tu sokong azlan yang turun membantu memasukkan kerusi roda Jazman di tempat kerusi roda Zulaikha.

Sebaik sahaja tiba dihotel yang mereka menginap Juliah terus naik ke atas mengambil beg miliknya. Atikah dan azlan masih menunggu dikereta untuk membantu mengantar Juliah dan Jazman ke stesen bas. Sebaik sahaja tiba dah telah pun bertolak. Air mata Juliah jatuh sekali lagi.

Akhirnya atikah mengambil keputusan untuk menumpangkan Juliah dan Jazman pulang esok bersama mereka. Sementara waktu ini atikah mengantar mereka dirumah iparnya zack di daerah berdekatan.

Setibanya azlan dan atikah di rumah abah kelihatan Idris berada dirumah itu. Azlan mengempalkan tangan turun dari kereta.

Azlan..

Abah. Biar Lan kerjakan jantan tu. Kata azlan.

Jangan kata abah.

Tapi abah dia dah buat pada isteri macam sampah abah. Itu ke yang acu nak ambil jadi suami.

Mereka dah terlanjur azlan. Kata abah dengan mata yang berair. Abah merayu pada kamu. Jangan buat hal Lan. Tapi kalau kamu nak bantu, bantulah keluarga isterinya mereka anak yatim.

Abah kata azlan. Sambil memeluk tubuh abah. Maafkan Lan semua punca pada Lan.

Tak azlan kamu tak salah yang salah mereka. Mereka tak guna akal dan iman mereka. Dah la pergi masuk dah nak maghrib ni kita ke masjid sama-sama kita dah lama kan tak ke surau sama-sama. Kata abah.

Tikah abah dengan abang ye.

Ye lah nak.

Idris tanpa rasa bersalah kepada anak isteri masih berada di rumah abah siap pakej bermalam konon nak tolong kemas khemah satu haram kerja pun tak buat.

Azlan selepas subuh terus membantu abah membersihkan periuk dan kuali yang digunakan semalam. Atikah dah awal-awal lagi azlan larang keluar dari bilik. Pagi tadi lepas solat subuh di surau mereka pun bersarapan diwarung yang berhadapan masjid.

Selesai mengemas abah nampak penat. Abah ok tak ni tanya azlan.

Ok cuma abah penat je. Asyik buat kerja tak cukup rehat kata abah.

Tepat pukul 11.30 pagi atikah dan azlan mula bersiap untuk pulang ke kampung Zulaikha. Ini kerana hari jumaat kak kiah akan bernikah dan sabtu hari sandingnya.

Sayang dapat mana cincin ni tanya azlan melihat atikah memakai cincin milik arwah neneknya.

Abah bagi malam kemarin kata atikah.

Dulu masa nenek hidup dia bagi cincin pada mak abang tau. Tapi mak buang abah kutip sambil menangis. Abah simpan. Abah kata pada abang seorang yang betul-betul tak menilai harta dunia adalah pemilik cincin ni. Sekarang abang faham maksud kata-kata abah tu.

Tangan tikah dipegang lalu dicium.

Majlis khatan Al-Quran kak kiah berjalan lancar tak ketinggalan atikah, achik dan adik sekali mengkhatamkan hafazan Al-Quran mereka.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now