Sakit terlalu sakit itu yang buat atikah lari dari mereka semua.
Akhirnya atikah membuat keputusan melawat mak long dan pak long. Sempat dia singgah ke mini Market membeli sedikit keperluan dapur.
Setibanya dirumah mak long satu pesanan ringkas telah dihantar memaklumkan lokasi dia berada kepada ayahnya memaklumkan lokasi dia berada dan lokasi yang dia akan pergi selepas ini..
Mak long menyambut kedatangan atikah dengan gembira. Sempat mereka masak dan makan bersama. Bila hari hampir larut malam atikah meminta diri untuk pulang. Tapi dia tak mahu pulang ke rumah azlan atau rumah mak lang.
Dia penat dia nak bersendirian namanya dicaci maki tanpa dia tahu punca cacian mereka. Di media social maruahnya dipijak tanpa balas kasihan hari ini dia diserang dan dicaci. Dia dibenci mertuanya.
Berbekal kunci studio atikah terus ke sana. Skuter diletak pada parking yang mereka khaskan atikah terus merantai skuter itu dan naik ketingkat atas.
Selesai membersihkan diri dia terus menunaikan solat. Mata rasa mengantuk yang teramat sangat. Handphone langsung tak diperduli akhirnya mati begitu sahaja.
Puas? Tanya Zulika. Sambil tersenyum sumbing mengejek Azlan bila mana idayau melepaskan dia dari ikatan gari.
Belum puas.. pertama aku bagi masa 24jam untuk kau bersihkan nama isteri kedua aku. Satu permohonan maaf bertulis dan lisan dari mulut kau memohon maaf pada atikah. Tiada lagi panggilan hormat kak long pada Zulika. Kalau tak..
Kalau tak apa? Jerkah Zulika.
Kalau tak aku akan saman malu sebanyak mana RM100, 000 ribu pada kau. Ini aku kenalkan Engku Azrin peguam yang mewakili aku. Saman kedua aku akan kemukakan adalah kesalahan kau memasarkan ubat tanpa pengesahan KKM hingga menyebabkan Zu keracunan. Aku akan pastikan syarikat kau muflis. Pergi halau azlan.
Kecut perut July mendengar kata-kata azlan.
Nisa saya hormat awak sebagai isteri kepada kawan baik saya. Saya tahu awak tak suka poligami tapi itu sahaja cara yang saya ada untuk menyelamatkan keluarga saya dan menjauhkan diri saya dari zina.
Nisa menundukkan kepalanya rasa bersalah kepada atikah mengunung.
Atikah tak bersalah dia tidak goda saya. Ijam dan saya kenal dia pada masa yang sama dan tempat yang sama. Tapi takdir Allah tanpa perancangan saya Allah dah aturkan dia untuk bantu keluarga saya. Saya pun tahu awak sendiri tak sanggup kan nak tolong kami pada masa tertentu. Tapi atikah sentiasa ada masa kami memerlukan tanpa ada keluhan dan pertalian keluarga. Saya mohon awak padam semua gambar yang awak siarkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka itu sahaja.
Aku tak kisah Lan, kau ambillah apa-apa tindakkan pada Nisa kata ijam. Nisa mula menangis mendengar kata-kata ijam tapi betul apa yang dikata suaminya itu. Suami bukan tak pernah menegur sebaik sahaja pulang berhari raya dari rumah pak Zam. Tapi dia tetap melakukan perkara bodoh itu. Dengan berkongsi cerita perkahwinan azlan dan atikah kepada Zulika.
Tak perlu ijam, cukup aku hormat persahabatan kita yang bertahun ni. Kau dah banyak bantu aku. Aku lebih sayang persahabatan kita dari memandang salah faham yang isteri kau buat ni. Jelas azlan.
Betul tu kata sokong abang razak. Aku tahu ijam kau kecewa pasal hal ni. Tapi sekurang-kurangnya Nisa dah bawa pada kita si July kita pun dah lama cari dia nak bawa dia ke pengadil.
Terima kasih Lan kata ijam sambil memeluk tubuh azlan.
Dimasa yang sama pak Zam termenung di kerusi marmar bahagian luar rumah sambil memerhati zack dan sepupunya mengemas meja yang digunakan untuk menghidang makanan pada tetamu.
Zam, dah la tu pujuk haji Abdulaziz.
Aku rasa bersalah dan kesian pada atikah. Anak-anak aku tak habis-habis menyusahkan dia. Luah pak Zam.
Betul kata Zam tu Aziz aku pun rasa bersalah pada atikah. Kesian dia sejak aku datang semalam dia tak henti-henti buat kerja ada sahaja yang tak elok di mata isteri aku pada atikah. Kata tuan dahlan.
Aku kenal anak aku tu. Dia bukan seorang pemarah atau pedendam. Atikah ni kalau dia marah atau dia menjadi punca pergaduhan dia akan mengalah bagi keadaan tu tak tegang. Kata haji Abdulaziz.
Maksud ayah soal azlan.
Atikah memang di ajar kawal kemarahan sejak dia kecil. Kalau sesuatu pergaduhan berpunca dari dia. Dia akan mengalah atau pergi. Mengalah bukan sebab dia salah, tapi dia tak nak mengeruhkan keadaan. Sebab tu ayah tak bagi kamu kejar dia. Kita bagi masa untuk bertenang.
Satu lagi sikap atikah dia tak suka buat kami risau. Tak lama kemana pun dia melangkah dia akan maklumkan pada saya kemana dia pergi. Macam tadi dia maklumkan yang dia melawat mak long pasangan suami isteri oku yang rumahnya dia kena hempap pokok tu. Kata haji Abdulaziz.
Jadi ayah memang tau la kat mana atikah sekarang? Soal azlan. Tapi kenapa dia tak angkat panggilan saya?
Kan dari tadi ayah kata ayah tau kat mana atikah. Kamu tu bawa bertenang selesaikan hal disini dulu. Kata haji Abdulaziz.
Betul kata pakcik aku tu azlan. Sokong zack. Atikah ni seorang yang tak suka menyusahkan hati orang. Pada dia biar dia susah asalkan orang lain tak susah. Tapi bagus ye atikah ni dia memang sangat hormat orang tua. Kalau kau perasan dia takkan tinggikan suara pada orang tua walaupun dia tahu orang tu salah. Kata zack.
Kamu dengar tu cik Ramlah? Sudah-sudahlah bencikan si atikah tu awak tak malu pada haji Abdulaziz dan isteri dia ni? Saya malu cik Ramlah. Malu pada menantu kita dengan besan kita ni. Luah abah azlan tuan dahlan.
Cik Ramlah diam duduk di Zulaikha.
Betul kata abah tu mak. Zu dah lama mati kalau tak kerana bantuan atikah. Anak-anak Zu ni seharian di sekolah tak ada orang pun bantu kami masa tu Zu terbaring dihospital. Masa anak-anak kena keracunan makan Zu call kawan-kawan tak ada seorang pun yang angkat. Tapi atikah tak pernah mengeluh membantu kami. Along, angah, achik dan adik semua rapat dengan atikah.
Papa.. adik nak mama. Kata adik sambil memeluk pinggang azlan.
Papa janji papa cari mama.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
AcciónKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...