Akak. Tegur atikah sebaik saja nampak seorang perempuan berdiri di sebelah kereta proton putih berada dihadapan rumahnya.
Bila kak kiah sampai. Napa tak call dulu tanya Zulaikha.
Baru je sampai Zu, tikah. Ni pun tak sempat nak betulkan tulang belakang lagi kata kak kiah dengan ramah.
Bawa masuk ke dalam abang mamat kereta tu. Kata Zulaikha.
Ya Allah, Salleh. Eh cik Nah pun ada. Masuklah ke dalam kereta tu. Tegur pak Zam. Pak Salleh dan cik Nah adalah ayah dan ibu kepada ijam, mereka tak dapat datang membantu menjaga Nisa kerana adik kepada ijam bersalin dan berpantang di kampung. Sebaik sahaja adik ijam diambil suaminya pulang ke rumah baru lah mereka boleh datang. Itu pun menumpang abang mamat dan kak kiah yang kebetulan ingin datang ke sini berjumpa dengan Pak Zam.
Atikah terus memaklumkan kepada azlan dan menghubungi Eddie memaklumkan kedatangan abang mamat dan kak kiah disini. Eddie memang rapat dengan abang mamat sejak mereka bertemu ketika membaik pulih rumah pak Zam.
Malam itu lepas pak Salleh dan cik Nah melawat Nisa dan nabil dihospital Eddie pun mengajak mereka semua makan sate di dataran. Suka betul Eddie macam-macam hidangan dijamu kepada abang mamat, kak kiah, cik Nah dan haji Salleh makan. Atikah, Zulaikha, Pak Zam dan anak-anak azlan pun dibawanya.
Abang mamat Alang-alang dah datang sini kita makan besarlah ye, jemput semua. Kata Eddie.
Kamu ni Eddie banyak sangat jamu abang mamat makan ni. Kan tak larat nak bawa kereta balik macam mana? Usik abang mamat.
Tak pe saya sanggup hantar. Esok abang mamat ikut saya ye. Saya bawak pergi tengok tempat kerja saya pulak kata Eddie.
Tak boleh Eddie abang sebenarnya ada urusan datang sini. Kata Abang mamat.
Urusan apa mamat tanya pak Zam.
Begini pak Zam ada orang nak datang meminang kiah. Ucap abang mamat.
Betul ke kiah? Siapa? Tanya pak Zam.
Orang tu duduk dekat sini jugak pak Zam. Tapi dia kerja kat kampung kita. Kerja kerajaan jabatan perikanan kata kiah.
Ya Allah. Betul ke? Alhamdulillah bertemu jodoh anak saudara aku ni.
Kak kiah jemputlah dia datang ke rumah esok boleh kita kenal-kenal. Cadang atikah.
Itu lah malu nak cakap kita ni orang biasa kat kampung niaga pun kedai makan kampung. Pak Zam pulak tak ada kat kampung nak buat kira. Luah kiah.
Pak Zam mintak maaf kat kamu kiah dan mamat bukan tak nak balik ke kampung. Dalam hati ni memang teringin nak balik ke kampung tu. Tapi mengenang keadaan Zu dengan anak-anak disini duduk berenam dengan atikah perempuan risau pak Zam. Azlan bekerja nun di laut tiga minggu disana tiga minggu disini jadi masa dia tak ada ni ada pak Zam yang tua ni teman mereka ni lain lah sikit. Lagipun kat sini pak Zam sibuk dengan kuliah agama dan bercucuk tanam.
Kami faham pak Zam tu sebab kami semua datang sini. Kata abang mamat.
Aku pun nak terima kasih kat korang semua. Tak ada korang semua tak tau la apa nak jadi dengan menantu dan cucu aku ni kata haji Salleh. Sambil melihat Nina yang berada disebelah atikah. Bukan main gembira.
Kebetulan semua tu salleh kita ni dari dulu sekampung budak-budak ni duduk satu taman pertalian persahabatan ni tak putus sebab azlan dengan ijam satu tempat kerja. Kata Pak Zam.
Betulah tu kata haji Salleh.
Esok rasanya ijam dengan Lan dah turun ke darat dah tiga minggu dia di tengah laut. Lusa rasanya sampai la diorang. kata Pak Zam.
2 malam ni pak Salleh tidur rumah tikah aje lah. Lusa ijam balik boleh balik sekali dengan ijam. Kereta ijam pun masih dibengkel kata atikah.
Betul tu Salleh boleh kita berborak panjang malam ni. Pagi esok aku bawak kamu ke surau solat subuh kat sana ada kuliah subuh. Pastu kita makan roti canai kat kedai mamak depan surau tu. Kata Pak Zam.
Boleh jugak tu. Aku pun tak perberjalan kat kawasan ni kalau datang sini asyik bawa aku ke tesco, giant.. kata haji Salleh.
Amboi semua dah ada perancangan esok ye kata Zulaikha.
Cik Nah dengan kak kiah nak ikut tikah pergi ke kedai buka tikah tak. Esok hari minggu tikah tak kerja kalau tak tikah boleh bawa cik Nah dengan kak kiah tengok proses fisiotrapy kak zu. Kata atikah.
Boleh jugak tikah. Akak nak ajak tikah beli barang sikit akak tak pandai nak beli apa-apa. Kata kak kiah.
Boleh kak, lepas ke kedai buku kita ke home deco ye. Dekat sebelah tempat kerja Eddie je. Kata atikah.
Betul ke Eddie macam menarik ni. Abang mamat pun ingat nak baiki rumah arwah mak nak bagi kiah duduk situ. Ye lah selama ni dia dok kat kedai makan arwah mak tu je. Sekarang dah ada keluarga niat abang nak bagilah rumah tu pada dia. Abang pun dah ada rumah dan keluarga sendiri. Kata abang mamat.
Jangan risau abang mamat saya dengan budak-budak saya akan tolong. Cakap je bila. Abang mamat sediakan barang je. Kata Eddie.
Betul ke Eddie terima kasih lah banyak-banyak. Kata abang mamat.
Pagi ini atikah dibantu kiah mengoreng mee dan keropok lekor.
Tikah akak ada benda nak mintak tolong tikah. Kata kiah
Tolong apa kak. Cakaplah kalau tikah boleh tolong InsyaAllah tikah akan tolong.
Macam ni akak tak pandai nak guna kad debit bank. Selama ni semua duit urus niaga akak semua secara tunai. Jadi akak selalu tak cukup duit kalau nak beli apa-apa. Cerita kiah.
La macam tu ka. Boleh kak kiah tikah boleh je bantu akak.
Terima kasih tikah. Akak ni orang kampung malu nak tanya orang ye lah belajar tak tinggi. Akak ni sekolah sampai SPM je pastu ayah meninggal dunia. Mak buka kedai nasi dagang. Lepas mak meninggal akak terus usahakan kedai tu sampai sekarang. Niat hati nak besarkan kedai tu tapi akak tak pandai nak buat kira-kira macam yang mara mintak laporan kira-kira tu.
Kalau macam tu tikah kenalkan akak dengan aidil dia ni sepupu tikah adik pada Eddie. Aidil ni akauntan semua laporan kewangan dia yang buat untuk kami semua.
Betul ke? Alhamdulillah akak dah jumpa orang yang betul untuk bertanya.
Selepas sarapan dan mengantar anak-anak ke sekolah atikah pun macam biasa membawa Zulaikha ke tempat fisiotrapy. Kemudian membawa cik Nah ke hospital melawat Nisa dan nabil sempat dia belikan Mcdonald untuk nabil. Cik Nah minta untuk tinggal di hospital menemani menantunya Nisa. Oleh kerana dia ada Nina pun dijaga oleh cik Nah.
Selesai sesi fisiotrapy Zulaikha dan tugasan atikah di klinik mereka pun ke home deco kedai perabut dan aksesori rumah. Bersebelah kedai hardware milik Eddie. Berjiran pulak dengan bengkel kereta baru abang Joe. Jadi Eddie tak ketinggalan memperkenalkan abang Joe pada mamat. Bila kenal panjang lah ceritanya. Dari bab nak baik pulih rumah pusaka sehingga ke kereta. Akhir mamat pun tersangkut mengikut mereka mengantar bantuan makanan pada gelanggang.
Atikah tepat pukul 12.15 tengahari atikah pun mengambil cik Nah di hospital. Mereka pulang sebab pukul 1.15 tengahari adik dan achik balik dari sekolah. Setibanya di rumah pak Zam dan haji Salleh sudah berada di rumah. Sebelum keluar tadi atikah sempat memasak gulai lemak ayam pencen dan nasi. Pak Zam pulak mengoreng sayur kangkung belacan dan mengoreng ikan gelama. Ikan gelama goreng panas-panas dicicah dengan lada kicap sangat digemari along, angah dan pak Zam.
Tikah masak apa lagi tu tegur kak kiah.
Tikah rebus telur masin kak. Teringin pulak tekak ni. Makan dengan nasi bersayur kangkung belacan tu.
Sedap jugak tu sokong kak kiah.
Selepas solat zohor atikah tidur sekejap walaupun sekali lelap.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
