Kami nampak semua kata abang razak. Sambil membaling pancing.
Maksud abang.
Kau ada hati pada atikah kan? Soal abang razak.
Hati ni jahat abang. Balas azlan.
Kau buat la solat hajat dengan solat istiqarah mana tau dapat jawapan yang kau nak. Eh, pancing aku mengena pulak malam ni...
Video mereka memasang kaki palsu kepada anak-anak yatim di acheh membuatkan achik dan adik lebih berdisiplin mereka kini dah kurang bergaduh. Tapi kadang kala merengek jugak rindukan atikah.
Achik menang tempat pertama azan, manakala adik telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan hafazan. Angah pulak selalu berjoging disekeliling tanam perumahan ini. Dia pun boleh tahan tangkas dalam badminton. Along sibuk dengan peperiksaan yang semakin hampir katanya nak jadi doktor nak tolong orang macam atikah. Kuat betul pengaruh atikah pada keluarga ni.
Zulaikha disahkan mengidap barah rahim tahap 2, dia perlu menjalani percubaan kemoterapi dua kali seminggu. Jika gagal pembedahan sahaja yang mampu merawat Zulaikha. Azlan tersepit dalam dilema jika dia meletakkan jawatan gaji yang diterima tak mengcukupi untuk rawatan perubatan dan kos lain keluarganya.
Azlan tak lupa menghubungi bapa mertuanya. Tapi hati ayah mana tak dapat meneka keadaan anak menantu. Khabar penyakit Zulaikha disampaikan juga pada bapa mertuanya dikampung. Doa dan kemaafan dipohon dari si mertua kepada isterinya.
Malam ni abang razak dan ijam singgah ke kediaman azlan.
Macam mana dengan Zu? Tanya ijam.
Zu disahkan mengidap kanser rahim tahap 2. Sekarang dia perlu menjalani proses percubaan untuk kemoterapi kata azlan.
Allahuakbar ucap abang razak. Habis tu macam mana dengan kakak dia kau nak biar macam tu aje?
Aku tengah kumpul bukti sekarang nak heret dia ke mahkamah kata azlan.
Zu setuju ke? Soal ijam.
Setuju ke tak aku kena bertegas aku tak nak orang lain jadi mangsa kebodohan kak long. Kata azlan.
Abang razak sokong keputusan Lan. Itu tindakkan yang bijak. Kita ni lelaki kalau kita tak mampu menolong. Tapi kita mampu memcegah perkara buruk macam ni berulang pada orang lain. Bila jadi apa-apa buruk nama kaum lelaki jugak yang kena tempias.
Habis tu macam mana dengan kerja kamu sekarang tanya abang razak.
Itulah yang buat saya susah hati. Kalau nak berhenti kerja nak dapat gaji dan posisi macam ni susah. Keadaan kerja sekarang ni cuti sebulan sekali kita boleh ganti dengan team lain waktu kita. Tapi siapa nak jaga anak isteri saya kalau saya bekerja. Soal azlan.
Itu kau jangan risau nanti aku mintak tolong pada Nisa tengokkan anak isteri kau. Kata ijam.
Tak susahkan kau ke? Soal azlan.
Tak ada hal la. Balas ijam.
Itu kata kau ijam apa pulak kata Nisa. Atikah mana Lan soal abang rasak.
Dia ke acheh misi perubatan. Dia bantu orang kurang upaya dapatkan kaki palsu. Balas azlan.
Bagus atikah ni. Kenapa kau tak ambil jadi isteri kedua. Boleh bantu kau jaga anak isteri kau kata abang razak.
Abang razak benda nikah kahwin jangan buat main. Kita mengharap dia entah-entah dia dah ada yang punya. Balas azlan.
Jadi kau memang ada hatikan usik abang razak.
Eh, abang razak ni.
Tanpa mereka sedar ada seseorang mendengar perbualan mereka disebalik tirai yang tertutup.
Oleh kerana ijam dan Zulaikha sekampung jadi dia memberi cadangan untuk isterinya membantu Zulaikha ketika azlan bekerja.
Pejam celak masa berlalu dengan pantas hari ni azlan terpaksa kembali bertugas. Orang yang dinanti tak kunjung tiba.
Abang.. tegur Zulaikha.
Ye nak air ke? Atau nak apa-apa? Soal azlan pada Zulaikha.
Tak nak apa-apa. Zu risau tengok abang asyik termenung je. Kenapa ni abang? Soal Zulaikha.
Abang risau zu dengan anak-anak. Abang tak tahu macam mana nak buat. Jawab azlan.
InsyaAllah abang tak ada apa-apa. Lagipun Nisa isteri ijam tu pun boleh tolong kami sepanjang abang tak ada nanti. Kata Zulaikha.
Kan bagus kalau atikah ada. Bisik azlan. Tanpa dia sedari didengari Zulaikha.
Ye atikah. Atikah banyak mengubah rumah ini. Jika dulu anak-anak suka marah-marah kini mereka lebih memahami dan boleh bekerja sama.
Andai kata satu masa nanti abang bertemu jodoh dengan seseorang yang abang cinta. Saya izinkan abang menikah. Ucap Zulaikha.
Apa awak mengarut ni zu malam-malam ni. Awak ingat anak kita tu mudah nak terima orang luar? Sudah-sudahlah rancangan awak nak suruh saya kahwin lagi satu. Balas azlan.
Demi Allah abang kalau atikah pilihan abang dan anak-anak saya setuju. Kata Zulaikha.
Zulaikha..
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
