Bab 22

74 6 0
                                    

Pak ada nampak abang dengan atikah tanya Zulaikha.

Along ambil duit ni pergi bawak adik-adik kamu beli kerepok nanti kita boleh buat minum petang. Ni duit beli ais krim. Kata pak Zam.

Baik atuk. Kata along.

Hati-hati jalan tu. Kata Zulaikha.

Baik umi.

Zu, apak mintak maaf kalau Zu terasa dengan apa yang pak tegur ni. Pak sebenarnya malu pada atikah dan ayah dia. Kita ni dah banyak menyusahkan mereka. Pak tahu hidup bermadu ni bukan mudah Zu sebab syaitan akan suka kita berpecah belah.

Tipu la pak kalau Zu tak rasa cemburu. Walaupun Zu nampak layanan abang lebih pada Zu tapi mata abang tu tak pernah lepas pada atikah.

Zu mungkin tak tahu sebenarnya atikah pernah datang kesini sebelum dia dan azlan bernikah.

Betul ke pak? Zu tak tahu pun.

Atikah mintak izin dari pak untuk menikah dengan azlan. Pak memang terkejut masa tu nasib pak terima panggilan dari azlan jelaskan hal sebenar. Baru la pak tahu kejadian yang sebenarnya.

Apa yang mereka cerita pada pak? Soal Zulaikha.

Banyak yang mereka berkongsi cerita pada pak. Pak ingat masa kamu masuk hospital dulu azlan ada tepon pak tanya pasal kakak kamu ada tak dia balik. Akhir kerana tak tahan perasaan azlan cerita apa yang kakak kamu buat pada kamu. Terduduk pak, luluh hati pak zu dengar kamu kena kanser rahim. Setiap malam pak berdoa pada Allah agar kamu sekuat arwah mak kamu melawan penyakit ni.

Kakak kamu tu penipu Zu. Penipu besar. Tak pernah pun dia jejakkan kaki ke rumah ni. Tu atap rumah ni tercabut kena ribut. Si Mat abang si kiah tu la yang bagi atap reban ayam dia pada pak kalau tak rumah pak ni dan tumbang menyembah bumi. Makan minum pak tu si kiah lah yang ambil tahu. Kalau pak tak ke kedai dia pasti dia datang tengok takut pak sakit ke apa.

Subhanallah pak. Zu tak tahu pun. Kak long kata pak main daun..

Main daun judi sampai habis duit arwah mak pak gunakan. Cuba Zu pikir, mana pak guna duit arwah mak. Kamu semua masuk kolej, belanja kahwin kamu semua. Semua tu nak pakai duit. Pak tak sentuh satu sen pun. Kata pak Zam.

RM18,000 ribu je Zu hasil duit pembahagian tanah pusaka mak kamu. Kamu pun tahu mak kamu ada 15 orang adik beradik memang sedap dengar jual tanah tu harga RM270, 000 ribu tapi kalau dibahagi dengan 15 orang bukan ke RM18,000 ribu seorang? Soal pak Zam.

Jadi duit belanja harian pak selama ni dari mana? Soal Zulaikha.

Suami kamu yang bank in RM200 ke pak buat belanja. Makan minun pak si kiah yang tanggung. Kalau pak nak pakai duit lebih pak ikut diorang ke laut. Tapi sejak atikah datang dia ada bagi sikit duit belanja pada pak. Cerita pak Zam.

Ya Allah pak. Zu tak tahu pun. Kak long kata pak main judi sebab tu dia tak bagi duit belanja. Zu pernah tahan abang bagi duit belanja lepas Zu dengar kak long kata pak main judi.

Aku ni merokok pun tak mana dia tahu aku main judi? Laki dia tu sungguh la. Tu kamu tengok hujung simpang rumah kosong arwah nek timah tu tempat dia bersabung ayam. Kalau tak caya pergilah ajak si azlan. Kata pak Zam.

Terima kasih pak, Zu banyak dosa pada pak.

Pak apa. Pak dah maafkan.

Abang bukan ke tu along dengan adik-adik dia ke? Tanya atikah yang berjalan dengan azlan untuk ke rumah.

Mereka pun ke arah anak-anak itu. Apa lagi dari makan kerepok lebok bertukar udang celup tepung dan mee rebus.

Atikah sempat membeli sebungkus mee rebus kepada Zulaikha untuk minum petang.

Ha, balik pun kamu semua tegur Zulaikha kepada anak-anaknya. Mana ais krim dengan kerepok lekor?

Alamak umi, kami lupa..

Akak kirim kerepok lekor ke? Soal atikah. Tikah kan akak mee rebus je.

Tengok mama je ingat kat umi kamu semua dah tak ingat kat umi pun tak apa lah umi merajuk la macam ni. Usik Zulaikha.

Umi maafkan jerit empat beradik itu.

Azlan pun tergelak melihat teletah isterinya mengusik anak-anak.

Gambar atikah ditepi pantai bersama dengan azlan menjadi buat mulut di media social.

Abang razak saya rasa gambar ni ada kena mengena dengan isteri saya kata ijam. Ijam, abang razak, zack, Eddie, aidil, abang Joe, dayah dan pok yen berkumpul tanpa pengetahuan azlan dan atikah berkaitan isu aktivisocial perampas suami orang. Terpapar gambar azlan dan atikah disosial media. Atikah yang paling teruk menerima kecaman.

Maksud kau? Tanya pok yen.

Kami ada pergi beraya di rumah ayah Zulaikha masa balik kampung baru ni. Kebetulan Lan, tikah, Zu dengan anak-anak pun ada sekali disana. Azlan mengaku pada Nisa yang atikah tu isteri kedua dia. Sebelum balik ke sini saya ada nampak isteri saya ambil gambar tapi bila saya tanya kata dia ambil gambar pemandangan. Bila saya keluar dari parking kebetulan azlan dan atikah ada disitu. Jelas ijam.

Siapa Juli? Pengasas produk kecantikkan ni? Soal pok yen.

Sori bro kau kena jawab soalan pok yen. Kata Zack. Pok yen ni sebenarnya peguam kita orang. Nama dia Engku Mohd. Azrin bin Engku Alauddin Ngah. Dia anak kepada bekas ketua hakim tu.

Terdiam ijam. Mampus.

Soalan aku siapa July?

Dia kakak kandung kepada Zulaikha. Kami sekampung nama sebenar July adalah Zulika binti Zaman.

Jadi betullah maklumat yang aku dapat ni kata Eddie. Perempuan ni ada ke rumah azlan semalam. Sebab apa aku tak pasti.

Berat kes ni. Kata abang Joe.

Aku memang tak tahu.

Jangan risau kalau kau tak salah kami takkan buat apa-apa. Cuma aku nak tarik si July ni jumpa dengan kita orang kata pok yen. Nampak lembut bunyi kata-kata pok yen tapi matanya menyatakan ketegasan.

Esok kenduri doa selamat dirumah azlan. Aku nak kau bantu kami kata pok yen.

Tolong apa.

Bawa bini kau datang. Kalau betul bini kau tu pemberi maklumat tentang kes ni dia pasti nak datangkan kumpul maklumat pada July ni.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now