Bab 29

89 5 0
                                    

Atikah membawa anak-anak dan pak Zam pulang sebaik sahaja Zulaikha keluar dari dewan pembedahan. Ini atas saranan jururwat yang meminta tidak menganggu pesakit buat sementara waktu.

Walau bagaimana pun perasaan mereka sedikit lega. Waktu balik atikah sempat singgah ke Mcdonald membeli makanan untuk anak-anak manakala dia dan pak Zam memilih untuk makan keropok dan goreng pisang diberhadapan Mcdonald.

Selesai solat asar atikah terus menyediakan sup ayam bersama lobak putih dan bubur nasi. Untuk suaminya dan yang lain, dia memasak nasi putih, ayam masak merah dan sayur campur. Selesai solat maghrib, pak Zam dan anak-anak tirinya menikmati makan malam barulah atikah bergerak ke hospital malam ni atikah mengambil giliran menjaga Zulaikha. Walaupun siang tadi Azlan menolak cadangan Atikah itu tapi dia tak boleh nak menafikan hanya atikah yang sesuai mengurus Zulaikha.

Assalamualaikum, akak dah sedar? Soal atikah sebaik saja melihat Zulaikha sedang minum dengan bantuan azlan.

Waalaikumusalam. Tikah, akak lapar. Kata Zulaikha sebaik sahaja melihat atikah.

Atikah ada bawa makanan untuk akak dengan abang tikah hidang ye. Kata atikah.

Wah.. sedap ye bau sup ni kata Zulaikha dia betul-betul lapar dan tak berdaya.

Makanlah kak, hirup sup tu dengan straw ni lagi mudah. Sup dan bubur ni boleh bantu akak pulihkan tenaga.

Amboi abang makan sambal ayam sampai tak toleh kelain usik Zulaikha. Dia tahu azlan memang suka makan ayam masak merah masakkan atikah.

Sori Zu abang lapar sangat ni. Abang makan sarapan pagi tadi pukul 11 lebih. Itu pun lepas solat hajat dengan anak-anak. Pastu tengahari tadi kenyang abang tak makanlah. Masa anak-anak balik dengan tikah abang pergi turun ke café tak ada makan dah abang pun beli la roti dengan kopi makan kat dalam ni. Cerita Azlan.

Lebih kurang samalah dengan pak Zam tadi. Budak-budak keluar dari sini si adik nak makan Mcdonald tikah terus bawa mereka. Pak Zam nampak orang jual keropok lekor dengan goreng pisang kami berdua pun beli untuk minum petang. Kata atikah.

Tikah dah makan ke? Soal azlan.

Dah dengan anak-anak kat rumah. Sebelum bergerak ke sini diaorang ada kat rumah tikah tengah baca buku. Kata Atikah.

Rumah tikah tu dah jadi macam perpustakaan dah abang tengok. Orang beli set TV, radio, atau audio awak beli rak buku letak ruang tamu tak ke pelik tu. Kata Azlan.

Tak ada yang peliknya abang lain orang, lain citarasa balas atikah.

Ye lah asal awak happy dah la. Kata azlan.

Tikah akak rasa nak buang air besar. Kata Zulaikha.

Akak tak boleh bergerak lagi ni. Nanti tikah mintak pampers dengan nurse. Akak tunggu jap ye. Kata atikah lalu ke kaunter jururawat.

Abang tolong keluar boleh..

Asal pulak abang kena keluar?

Zu tak selesa.

Tapi dulu kan abang dah biasa tengok..

Abang, Zu tak sempurna abang.. tolong abang Zu rayu abang keluar sekejap.

Emm...

Atikah abang nak balik dulu. Kata azlan sebaik sahaja melihat atikah kembali dari kaunter jururwat.

Ok abang. Hati-hati ye.

Hari ini Zulaikha dibenarkan pulang ke rumah setelah beberapa minggu berkampung dihospital.

Alhamdulillah, kamu selamat pulang kata Pak Zam.

Terima kasih pak. Kata Zulaikha.

Masuk nak kamu rehat. Pak dengan Lan dah kemas bilik kamu kami bagi selesa. Cerita pak Zam dengan nada gembira.

Betul ke? Terima kasih abang. Kata Zulaikha. Banyak perubahan yang terdapat dirumah ini. Semua susunan barang pada aras yang dia mudah capai dan laluan ke mana-mana dalam rumah ini semaking luas untuk dia lalui menggunakan kerusi roda.

Sama-sama Zu. Mari abang tolak ke bilik Zu tak boleh lasak lagi doktor pesan. Kena banyak rehat abang pun tak boleh nak tolong Zu sangat next week abang dah nak mula bekerja jadi abang buat mana yang abang mampu. Jawap Azlan.

Ini pun dah memadai abang. Mana anak-anak? Tanya Zulaikha.

Sekejap lagi tu sampai la Zu. Atikah dah jemput diaorang dari sekolah. Angah je mungkin lewat sikit dia sertai kelab badminton polis hujung bulan ni ada pertandingan. Kata azlan.

Amboi anak abang tu boleh tahan sekarang. Balas Zulaikha.

Tahu tak apa, baru-baru wakil sekolah dia ke majlis sukan sekolah-sekolah dapat tempat pertama. Sekarang wakil daerah. Itu sebab si idayu serap dia ke dalam kelab badminton polis daerah. Katanya nak rasa jugak piala besar asyik pingat je sebelum ni.

Hahaha, macam-macam anak abang tu. Balas Zulaikha.

Zu nak makan abang boleh hidangkan. Soal azlan.

Tak nak lagi la. Abang almari yang banyak-banyak tu abang letak mana?

Oh abang letak kat bilik pak sebelah dapur tu je. Tapi atas cadangan pak ye. Pak kata bilik dia ni luas sangat serum nak tidur kalau ada barang tak la takut sangat. Baju-baju Zu abang letak dalam laci ni. Satu lagi laci tu baju abang. Terang Azlan.

Akak. Atikah mintak maaf sebab tak jemput akak kat hospital tadi. Tikah betul-betul sibuk hari ni. Dayah dah bersalin pagi tadi. Jadi tikah kena masuk pejabat susun semula jadual kerja tikah.

Tak apa tikah abang kan ada, akak faham tikah sendiri pun ada tugas yang perlu tikah buat. Mana anak-anak tanya Zulaikha.

Tikah suruh diaorang mandi dan tukar baju sekolah dulu. Sebab tadi masa kami jeguk akak tengah tidur abang kata akak baru makan ubat tu yang malas kacau akak. Jawap atikah.

Umi, panggil along pada Zulaikha.

Along. Anak umi. Along sihat?

Alhamdulillah umi, along sihat. Umi along dapat 8A masa percubaan baru ni. Cerita along.

Alhamdulillah. Tapi ingat ni baru percubaan kalau boleh buat pemcapaian yang sama PMR nanti. Kata Zulaikha.

InsyaAllah umi.

Umi.. jerit adik dan achik mereka berdua dah bersiap nak ke kelas kafa.

Umi dah sihat ke? Umi sakit lagi ye. Tanya adik.

Alhamdulillah adik umi dah baik sikit. Jawap Zulaikha.

Umi achik rindu kat umi. Mama kata kalau kita rindu kita kena banyak-banyak doa. Nanti Allah jagakan umi untuk achik. Kata achik.

Betul sayang pandai achik.. achik dengan adik dah makan ke belum soal Zulaikha.

Dah umi, kami nak kena ke sekolah kafa ni. Nanti balik kita jumpa lagi ye umi. Kata achik sambil memeluk Zulaikha.

Ye lah sayang hati-hati. Kata Zulaikha sambil tangannya memegang tangan atikah.Terima kasih tikah.

Tikah dah nak gerak ke soal azlan yang baru masuk ke bilik Zulaikha tadi dia ke rumah atikah untuk mandi dan solat.

Ye abang. Lepas hantar anak-anak tikah kena ke klinik hari ni ada orang buat fisiotrapy dengan tikah. Akak, tikah getak dulu ye. Kata tikah sambil bersalam dengan Zulaikha. Jom adik, achik kan lambat pulak kita.

Macam mana kereta baru atikah tu. Ok tak soal azlan. Sambil menolong menutup pintu kereta atikah.

Alhamdulillah abang ok. Walaupun seconds tapi enjin dengan body dia ok lagi jawap atikah. Pada mulanya mereka tak rancang pun nak beli kereta satu lagi sebab atikah susah nak gerak nak ke tempat fisiotrapy, ke kedai buku dan mengambil anak sekolah jadi terpaksa jugak atikah mengambil keputusan membeli sebuah kereta terpakai jenis Myvi.

Hati-hati bawak kereta tu pesan azlan sambil bersalam dengan atikah.

InsyaAllah.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now