Sampai bila tikah nak simpan sendiri semua ni? Soal azlan.
Tikah bukan nak simpan sendiri tapi tikah tak nak susah kan hati abang. Cuba abang fikir bila kita balik dengan kereta abang masa kita sampai mak tak bagi tikah jejak kaki ke rumah tu. Tentu abang patah balikkan secara automatik abang dah jadi anak derhaka.
Emmm.. ok abang boleh terima sebab dah nampak logik akal tindakkan tikah. Tapi abang nak jugak tahu macam-macam tikah boleh terfikir nak buat macam tu. Soal azlan.
Lepas abang melamar tikah masa tu otak tikah rasa macam tak berfungi tikah tak tahu nak buat apa. Nasib baik ayah bijak buat keputusan ayah kata mintak abang dan kak Zu bawak balik anak-anak dulu bagi tikah masa.
Lepas tu tikah demam teruk sangat sampai ayah buat air tawar kurangkan meracau tikah.
Habis tu tikah tak pergi klinik ke? Soal azlan.
Pergi, doktor kata atikah terkejut. Ayah pun kata macam tu. Bila tikah sembuh dari demam ayah ajak tikah bincang hal abang. Ayah nasihatkan tikah supaya buat solat istiqarah macam mana abang buat tu. Jadi tikah pun buat lah.
Habis tu ke sebab tikah terima abang? Soal azlan.
Tak. Sebab mimpi dalam solat istiqarah tu buat tikah sampai ke kampung ni dan tikah jugak dah sampai ke kampung abang sebelum tikah buat keputusan untuk tikah terima abang.
Apa yang tikah mimpi tu? Soal azlan hatinya betul-betul nak tahu apa yang dimimpikan atikah.
Tikah mimpi dua orang lelaki tu menagis dalam solat...
Lelaki?.
Ye abang dua lelaki.
Siapa?
Pak Zam dengan abah abang.
Macam mana tikah kenal? Soal azlan.
Dari cerita kak Zu. Kak Zu pernah tunjuk gambar mak, abah dengan pak Zam. Atikah pun tak buang masa cari maklumat keluarga pak Zam dan abah. Perkara pertama tikah buat perhati aktiviti seharian diorang. Lama-lama tikah cuba beranikan diri jumpa mereka. Alhamdulillah tikah diterima baik disini. Orang yang banyak tolong tikah masa kat kampung ni adalah kak kiah. Bila dah kenal pak Zam baru tikah beranikan diri bertanya tentang pinangan abang pada tikah. Alhamdulillah pak Zam terima cuma dia mintak tikah jangan rampas abang untuk tinggalkan kak Zu.
Macam mana pulak pertemuan tikah dengan keluarga abang? Berani gila tikah jumpa mereka semua sendiri. Dia sendiri pun memaklumkan hal perkahwinan mereka melalui telephone.
Dengan keluarga abang bermula kes tikah jumpa abah tolak motor balik dari kebun motor abah rosak. Tikah buat-buat tanya jalan konon nak cari masjid atau surau nak hantar bantuan nasib baik kita dah dekat nak puasa. Hari sabtu seminggu dua minggu sebelum kita nikah tikah beranikan diri tegur abah. Berbincang hal kita. Abah termenung panjang soalan abah pada tikah masa tu. Dah bersediakah tikah jadi mangsa caci maki orang?
Tikah terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Masa tu tikah pikir abah tak izinkan hubungan kita. Tapi jangkaan tikah salah. Abah kata..
Pakcik tak ada masalah nak terima perkahwinan kamu berdua. Azlan anak pakcik yang paling taat pada kami dan agama. Pakcik tahu apa yang terjadi pada isterinya. Pakcik tak salahkan dia. Cuma pakcik takut isteri pakcik tak terima kamu sebagai isteri kedua Azlan. Pakcik kenal isteri pakcik tikah. Jika betul Allah dah takdirkan jodoh kamu berdua pakcik harap kamu banyak bersabar dan beralah. Hidup bermadu ni bukan mudah sedangkan lidah kita pun tergigit ini pulak hubungan antara suami isteri. Esok datang jumpa makcik kita bincang hal ni.
Mak abang marah sangat masa tu tapi abah yang banyak tegur dia. Ingatkan dia keadaan kak Zu. Akhirnya mak diam bila abah tegur isu kak Zu. Mak bagi syarat pada tikah kalau nak jadi isteri abang boleh tapi jangan jijak rumah mak. Mak haramkan tikah jijak rumah tu sepanjang hidup dia. Jadi tikah pun kata baiklah. Tikah balik kampung cerita kat ayah. Ayah suruh tikah solat istiqarah sekali lagi. Kali ni tikah betul-betul dapat jawapan untuk terima abang. Tikah berani diri cakap kat mak dengan ayah. Rupanya ayah ada buat solat hajat jugak mintak Allah tunjukkan tikah jalan. Ayah call abang bincang dan kita nikah.
Ok baru abang faham. Balas azlan. Macam mana tikah boleh bawa campervan ni.
Campervan tu sebenarnya milik Prof. Khalid salah seorang sukarelawan sama-sama dengan tikah. Dia selalu ke mana-mana dengan campervan. Satu hari tu dia kata nak jual. Tikah mulanya suka-suka nak tengok. Tiba-tiba terfikir bagus jugak kalau tikah ada satu campervan ni kalau pergi mana-mana tak susah nak cari tempat tidur cuma tak ada tandas la. Banyak kebetulan dengan campervan ni.
Masa SAM nak buat program amal ke kampung orang asli kami layak campervan ni la buat pejabat bergerak tempat perubatan sampai orang ingat ambulance sebab warna putih. Abang Joe suruh tukar warna kepada hitam dan ubah sikit peralatan dalam campervan tu. Kami letak chainsaw saiz kecil, set pertukangan, solar generator dan peti sejuk.
Menarik ye. Abang yang lelaki ni pun pernah terfikir dalam otak nak buat semua ni. Oh abang nak tanya pasal kereta Axia tu.
Kereta tu tikah dapat masa tahun akhir belajar. Duit tikah separuh duit ayah separuh. Sebelum ni tikah guna motor skuter je pergi mana-mana. Ayah risau kalau berlaku apa-apa tikah ni lah terlajak berani kata ayah. Habis praktikal tikah kena bertugas kat sabah kereta tak pakai bagi abang zack urus jadi kereta sewa budak-budak kolej kawasan dia sebab tu kereta tu tak laju.
Patutlah puas abang tekan minyak tak laju jugak macam tu je. Kata azlan. Ayah tau tak dah bagi kereta tu kat abah?
Ayah yang cadangkan kereta tu bagi kat abah. Kata ayah kereta tu bukan jiwa tikah. Tikah ni lagi minat dengan motor dan campervan. Tapi tikah tak nafikan kata-kata ayah tu semua betul.
Ayah mana tak kenal anak dia. Kata azlan. Macam mana dengan rumah pak?
Rumah pak tu ayah yang sedakah duit baik pulih bukan tikah. Bila tikah cerita pasal pak Zam ayah kata dia nak bantu pak Zam. Jadi Eddie di amanahkan untuk uruskan hal tu. Sebab tu kalau abang tengok pak Zam dengan ayah rancak berbual mereka kenal dari Eddie. Untuk juadah raya, langsir tu semua memang Eddie yang uruskan.
Terima kasih kata azlan sambil mengucup tangan atikah. Sepatutnya abang yang buat semua ni. Abang anak lelaki abah, menantu lelaki pak. Abang langsung tak ambil tahu masalah diorang abang ingat dengan masuk duit tiap bulan balik masa hari raya dah dapat selesai semua masalah tapi abang silap besar. Dengan kereta yang tikah bagi tu abah tak perlu lagi berhujan panas ke bandar nak beli barang yang susah nak dapat di kampung. Kalau waktu hujan abah tak basah pergi balik surau. Abang tengok air muka abah masa tikah bagi kunci kereta dengan geran tu, bang sendiri pun rasa nak menangis terharu. Walaupun layanan mak teruk pada tikah. Tapi tikah tak balas apa-apa pun malah tikah sibuk masakan untuk semua orang, sediakan keperluan hari raya walau masa tu tikah sendiri tak larat sakit perut datang bulan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
