Kisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil.
Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
Atikah sedang mengajar achik dan adik mengaji selepas solat maghrib. Nina anak si ijam terbaring di atas ribaan atikah sambil menyusu botol atikah pun menepuk lembut gadis kecil itu.
Abang tengok tak ni tanya Zulaikha yang memegang handphone nya merakam detik itu.
Ye abang tengok. Adik dengan achik semaking lancar bacaan kan kata azlan.
Eh abang ni ke situ pulak dia. Zu nak cakap dah sampai waktu abang dengan atikah ada anak. Kata Zulaikha.
Zu ni ingat senang ke nak buat. Zu pun mengandung anak-anak 9 bulan baru lahir. Usik azlan pada Zulaikha.
Ye lah abang ada je idea nak patahkan ayat Zu kata Zulaikha.
Sorry ok, abang gurau je. Abang tak tolak Zu kalau Allah nak bagi rezeki anak lagi. Mana angah dengan along soal azlan.
Along dah tidur tak larat datang bulan. Angah ikut pak ke surau. Jawap Zulaikha.
Alhamdulillah semua berjalan lacar dan dalam keadaan selamat keluarga dikecilnya di rumah.
Tikah panggil Zulaikha ni abang video call.
Sekejap kak Zu tikah nak bawa nina masuk ke bilik dah tidur pun dia kata atikah kepada Zulaikha.
Ijam sori anak kau dah tidur kata azlan. Ijam yang ingin berbual dengan anak sulungnya memerhati video call antara azlan dan Zulaikha itu melihat sendiri atikah sedang memdukung Nina yang sedang tidur.
Lah ye ke? Mudah ye dia tidur selalu kalau tak berperang dengan ibu dia tak sah kat rumah tu. Kata ijam. Tak apa lah kalau dah tidur. Esok pun tak apa bro, dapat tengok video dia kat taman berlari tadi pun aku dah bahagia.
Rutin harian anak-anak azlan memang mereka akan melakukan aktiviti riadah waktu petang. Kalau tak berbasikal, mereka ke kawasan lapang bermain layang-layang atau ke gelanggang badminton menemani angah berlatih. Kata atikah bila anak-anak cukup waktu tidur, makan makanan berzat, beriadah dan menerima kasih sayang dari ibu bapa. Anak-anak akan menjadi insan yang kuat rohani dan jasmin disokong oleh didikan agama yang kuat.
Ternyata teori atikah itu betul, lihat sahaja anak-anak azlan kini mereka sangat menonjol dalam pendidikan dan sukan. Selain itu mereka sudah boleh berdikari sendiri setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur masing akan terus mandi, mengemas katil dan bersolat subuh berjemaah. Angah akan mengambil tugas mengimamkan solat subuh setiap hari jika azlan tiada.
Pakaian pulak atikah akan sediakan setiap mereka 2 biji bakul satu pakaian kotor dan satu bakul untuk pakaian bersih. Mereka akan mengambil pakaian yang bersih mereka sendiri, lalu melipat dan menyusunnya ke dalam almari masing-masing. Jadi memang tiada lah masalah lombokkan pakaian.
Tugas membersih pakaian dilakukan oleh along setiap hari sabtu. Tapi selalunya akan dibantu oleh pak Zam. Jika dia lihat bakul cucunya hampir penuh dia akan masukkan kedalam mesin basuh. Bila sudah kering diampian dia angkat dan masukkan ke dalam bakul bersih masing-masing. Begitu jugak dengan pinggan dan cawan yang digunakan siapa guna dia yang cuci tak perlu tunggu along yang buat.
Angah pulak akan bantu along membuang sampah dan memvakium rumah setiap sabtu. Achik dan adik akan bertugas menyuci habuk dan menyusun atur sofa supaya kelihatan kemas setiap hari. Mereka dah diajar kemas setelah menyepahkan barang, tugasan ini berlaku pada kali pertama mengambil anak-anak disekolah ketika Zulaikha dimasuk ke wad. Atikah terkejut gila melihat rumah mereka bersepah macam tongkang pecah.
Atikah terus berkata rumah yang bersepah ni iblis dan syaitan suka singgah. Oleh kerana mereka takut diganggu waktu malam mereka pun bekerja sama mengemas rumah. Bukan tak ada azlan upah orang mengemas rumah. Tapi pembersihan hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja. Anak-anak memang tak ambil tahu langsung nak bantu kemaskan rumah. Tapi sejak atikah kata begitu masing-masing pun mula rajin membersihkan rumah.
Pak Zam pulak memang rajin membantu.
Kejohanan badminton piala ketua polis negeri.
Selepas sarapan pagi mereka semua keluar untuk menyokong angah. Sebelum itu Atikah dan pak Zam sempat singgah melawat Nisa dihospital dibawa bersama Nina untuk bertemu dengan Nisa.
Assalamualaikum Nisa, macam mana dengan nabil tanya atikah.
Waalaikumusalam. Alhamdulillah.. hari suhu dia dah tak tinggi cuma salur pernafasan dia masih berbunyi. Jawap Nisa.
Nina anak ibu. Ya Allah cantik ni. Nak pergi mana cantik ni tanya Nisa.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nina nak ikut mama tikah pergi tengok angah. Kata Nina.
Angah ada pertandingan hari ni ingat nak bawa Nina sekali. Kata atikah
Pergilah. Maaf tau susah tikah. Kata Nisa.
Tak ada apa-apa. Kita ni manusia kena saling tolong menolong. Jawap atikah.
Nina nak duduk dengan ibu tak tanya pak Zam.
No tak nak. Nina nak tengok angah lawan. Kata Nina dalam pelat kanak-kanaknya.
Angah? Tanya Nisa.
Ye Nisa, angah ni rajin melayan Nina kat rumah dia la tukang buat susu suap makan pada Nina. Terang atikah.
Lah ye ke? Patutlah asyik nak tengok angah. Kata Nisa. Ye lah, Nina pergi jangan nakal tau. Dengar cakap atuk dengan mama tikah ye.
Angah memenangi tempat pertama dan merangkuk juara.
Atikah mengambil gambar sepanjang perlawanan berlangsung dan di hantarkan kepada Azlan.
AMBOI.. gatal betul anak dara aku. Marah ijam.
Eh, kau ni. Dengan anak sediri pun nak jeles ke? Soal azlan.
Berani dia cium pipi angah. Angah kini dah pandai bergaya sejak aktif dalam sukan dan menerima penaja pakaian sukan.
Tak hairanlah ramai gadis mengilainya. Tapi seperti pesanan atikah selalu pada angah cinta itu satu tanggungjawab. Tanggungjawab pada Allah, ibubapa dan keluarga kalau kita tak ada tanggungjawab pada tiga perkara ni macam mana nak bercinta jaga anak orang.
Lepas habis perlawanan badminton mereka semua ke pizza hut untuk makan tengahari.
Sebelum pulang atikah sempat membeli sedikit makan dan buah-buahan untuk Nisa dan Nabil di hospital. Setelah mengantar makanan baru mereka semua pulang ke rumah.