Selama seminggu ini atikah menjadi baby sister kepada anak-anak Zulaikha. Suami masih berada dipelantar minyak belum dimaklumkan oleh Zulaikha. Katanya dia nak maklumkan sendiri keadaan dirinya bila suaminya pulang bertugas.
Hari ini Zulaikha telah dibenarkan pulang ketulan tampon herba yang dimasukkan ke dalam peranakkannya juga sudah dikeluarkan oleh doktor elly.
Terima kasih atikah kata Zulaikha sebaik sahaja tiba dirumahnya.
Sama-sama kak, along bawa masuk beg umi ni. Malam ni akak fikir nak masak nasi ayam. Korang nak tak?
Suka jawab achik dan adik.
Buat susah-susah je atikah akak boleh order grab food untuk kami semua.
Angah nak makan kak tikah masak kata angah memecahkan perbualan antara Zulaikha dan atikah.
Angah kan grab food ada kata Zulaikha.
Tak nak angah, umi faham tak. Itu bukan grab food tapi cik nad kan kawan umi yang suka goda papa tu kan. Alasan umi sebab tu umi selalu kena tipu. Kena tipu dengan cik nad kena tipu dengan mak long.. yang jadi mangsa kami. Jerit angah sambil mengalirkan air mata.
Ok stop, angah dengar cakap kak tikah. Akak akan masak untuk kita semua malam tapi ada syarat...
Apa syaratnya tanya angah.
Pertama tak mau jerit macam ni, kedua tak mau nagis ketiga... emmm apa ye.
Angah merenung atikah.
Angah kena tolong kak tikah masak.
Kami pun nak tolong jugak jerit achik dan adik.
Ok. Jom masuk kita masak..
Yeah jerit anak-anak Zulaikha.
Terima kasih atikah.
Sama-sama kak.
Malam itu mereka menjamu selera dengan hidangan nasi ayam hasil bertungkus lumus dan berperang..
Abang bila abang sampai? Soal Zulaikha. Sebaik sahaja menyedari pintu biliknya ditolak..
Kenapa ni Zu. Soal azlan. Sebenarnya along dah menerangkan segala-galanya kepada azlan sebaik sahaja sampai tadi. Kecewa ye dia betul-betul kecewa dengan tindakkan Zulaikha.
Abang maafkan zu, zu salah memcuba ubat tu tanpa izin abang. Ampun kan zu abang.
Ubat apa yang zu ambil. Soal azlan.
Zulaikha memceritakan ubat yang diberikan oleh kakak sulungnya itu.
Kak long kata kalau masukkan tampon herba tu dapat memulihkan rahim zu. Zu dapat mengandung lagi. Abang pun takkan merunggut layanan zu pada abang. Cerita Zulaikha lagi dalam nada tangisan yang panjang..
Astarfirullah Zulaikha. Tak cukup lagi ke apa yang kita ada selama ni Zulaikha pernah ke saya merunggut tentang layanan awak pada saya? Saya nikah dengan awak keran Allah. Awak faham tak Zulaikha jerkah azlan.
Ini bukan kali pertama Zulaikha hampir membahayakan dirinya semua berpunca daripada sikap kak long yang konon nak jadi bisnes women dengan menjual produk herba khas untuk wanita.
Tolong la zu, jangan mudah percaya pada kata-kata kakak awak. Awak tengok siapa yang tolong awak masa awak susah. Ada kakak awak tu datang bantu awak. Kesian zu pada anak-anak kita. Along nak ambil peperiksaan zu tak lama lagi. Angah, achik dan adik tu dalam proses membesar apa yang awak buat ni membahayakan nyala awak. Tak ke awak kesiankan anak-anak kita tu. Saya merayu zu. Jangan buat benda bodoh ni lagi.
Assalamualaikum...
Waalaikumusalam kak tika anak-anak Zulaikha berlari memdapatkan atikah sebaik sahaja memdengar suara atikah memberi salam.
Kenapa nagis ni tanya atikah.
Umi dengan papa bergaduh. Kami takut kata adik.
Along tolong bagitau umi kak tikah bawa kamu semua ke taman makan ais krim jo.
Nak...
YOU ARE READING
Bidadari kami
AcciónKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...