Bab 60

115 5 0
                                    

Oleh kerana penyakit kencing manis teruk dan tidak dapat penjagaan kesihatan yang baik. Dia kini hanya mampu terbaring di katil kerana strok. Azman tak dapat nak menjaga cik Ramlah sebab dia dan isterinya bekerja. Mereka pun hanya tinggal di apartments sahaja. Tapi dia tetap berulang mengunjungi cik Ramlah pada hari cuti.

Azlan mengambil tanggungjawab menjaga cik Ramlah. Seorang pembantu rumah diambil untuk membantu atikah dan Zulaikha menguruskan cik Ramlah.

Pak kini duduk dirumah cik Sabar sepenuhnya kerana anak bongsu cik Sabar pun selalu pulang ke rumah. Kesian dia sorang dirumah kalau tak ada pak dan cik Sabar. Zulaikha pun dah boleh memasak dan menguruskan hal rumahnya sendiri tanda perlu bantuan sesiapa.

Bilik pak diberikan kepada pembantu rumah mereka. Cik Ramlah pulak tinggal di rumah atikah. Tugas pembantu rumah lebih kepada menguruskan cik Ramlah.

Urusan anak sekolah pulak lagi kelakar. Azlan terus beli van untuk dijadikan bas sekolah. Sambutan ibubapa di kawasan mereka alhamdulillah sangat baik dan memudahkan dirinya. Seorang pemandu diambil menjadi pemandu van tersebut. Kerusi hadapan tentulah milik adik. Achik tak kisah duduk dibelah belakang bersama pelajar lain yang membayar tambang van itu.

Along pulak ke sekolah sendiri, dengan basikal elektriknya. Angah pulak menaiki basikal bersama anak bujang abang Joe. Lagipun mudah jika dia ada latihan badminton abang Joe tak perlu menunggu mereka. Kalau tak ada kelas tambahan dan latihan mereka bersama lepak di car wash sehingga malam.

Abang nak gerak dah ni. Kata azlan. Sambil bersalam dengan kedua isteri dan anak-anaknya.

Hati-hati abang. Pesan Zulaikha. Satu persatu anak-anak bersalaman dengan azlan.

Akhirnya sampai giliran atikah dan Adam. Papa pergi kerja dulu ye sayang jangan nakal. Kesian mama. Nanti kakak adik tolong mama jagakan Adam. Kata azlan.

Zu, tikah terima kasih sangat sudi jagakan mak abang. Tak tahulah macam mana abang nak fikir kalau Zu dan tikah tak nak terima mak duduk dekat sini. Kata azlan.

Jangan risau abang mak abang mak kami jugak kata Zulaikha.

Terima kasih Zu. Kata azlan. Tapi apa yang abang risaukan sekarang tentang acu. Abang harap abang man boleh selesai masalah ni.

InsyaAllah. Lagipun kan abang man jumpa dengan Idris baru-baru ni. Idris pun dah setuju nak keluar dari rumah mak tu. Nak buat rumah kedai kat sebelah rumah mak. Kata atikah.

Harapnya betullah apa dia kata. Abang sebenarnya niat nak buat tahlil arwah abah kat rumah tu. Ajak saudara mara abah dan jiran-jiran kat kampung tu. Dulu arwah suka jamu kawan-kawan di makan dirumah. Itu pun abang razak dengan ijam dah sampai.

Assalamualaikum, abang gerak dulu.

Waalaikumusalam.

Kau pergi mana ha? Soal acu pada suaminya.

Saya ke Bandar beli tambahan tanah, batu dengan simen. Awak ni dah kenapa ha? Marah Idris.

Idris di mintak untuk meletakkan jawatan gara-gara gangguan yang dibuat oleh acu ditempat kerja Idris. Oleh kerana malu pada kawan-kawan dan majikannya Idris pun meletakkan jawatan. Pihak syarikat membayar sedikit imbuhan kerana jasa yang telah Idris beri pada syarikat. Duit itu dia guna untuk membuat rumah kedai disebelah tanah milik mertuanya.

Habis dah tak boleh bagitau kata acu.

Macam mana nak bagitau kau tu tidur bangun pun lambat. Nah makanan kau. Pergi masuk aku nak sambung buat kerja kata Idris.

Serabut itu yang dia rasa sekarang. Menyesal menduakan bekas isterinya dulu. Juliah seorang yang sangat lemah lembut, suka tersenyum dan dengar kata.

Perut acu membesar dengan tidak normal dah beberapa kali dinasihat oleh jururawat desa untuk rujuk ke hospital tadi langsung tak dipeduli.

Woi aku lapar masakkan aku Maggi, acu mengejutkan Idris bangun.

Awak ni dah kenapa asyik makanan segera je awak nak makan. Kalau ye pun lapar tu susu dan biskut yang saya beli pada awak tu. Langsung awak tak sentuh leter Idris.

Kau jangan nak banyak cakap boleh tak aku lapar la bodoh. Jerit acu. Idris terus bangun dan memasak mee segera kepada aku. Siap sahaja terus di hidang Maggi goreng dengan air sejuk.

Jam menunjuk pukul 1.30 pagi. Mata tak mahu tidur. Dia pun terus bangun mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke rumah kedai yang telah siap dia bina itu. Cukuplah untuk dia dan isterinya meneruskan kehidupan.

Aku nak kau ambil dapur, meja makan ni dengan kerusi malas tu. TV pun jangan lupa ambil kata acu.

Itu semuakan barang rumah mak kau tak malu ke?

Malu apa harta mak bapak aku kata acu.

Malas nak bergaduh diamkan sahaja. Siap mengemas pukul 5.00 pagi diambil rokok sebatang dihisap. Nasib baik barang-barang rumah masa dia berkahwin dengan Juliah tu ada ditinggalkan dirumah sewa lama boleh la digunakan dirumah ini. Tak perlu ambil dapur ni. Dapur gas yang bekas isterinya guna dulu lagi moden ada oven. Bekas isterinya dulu cuma ambil peti sejuk beku, katil anaknya dan beberapa biji almari yang mereka beli sendiri.

Azan subuh berkumandang. Hati Idris meronta untuk ke surau. Oleh kerana isterinya sedang nyenyak tidur terus dia cepat-cepat menukar pakaian dan ke surau.

Lama kaki ni tak ke rumah Allah. Pulang dari surau Idris membeli sarapan. Banyak jugak tepi ni arwah abah tanam kelapa sawit. Bisik hati Idris.

Selesai sarapan mata ni minta bantal. Idris pun merehatkan badan di ruang tamu.

Assalamualaikum.. Lan

Waalaikumusalam abah. Kata azlan. Wajah abah berseri dengan memakai jubah berwarna putih.

Lan sihat. Cucu dan menantu abah sihat?

Alhamdulillah abah kami semua sihat. Kata azlan.

Terima kasih sebab jaga mak kamu. Ada dalam keluarga kamu tu akan menyusul abah tak lama lagi. Lan anak abah yang paling baik jaga adik-beradik kamu. Terutama acu. Jaga keluarga kita Lan.

Abah..!!! Jerit azlan kuat.

Lan. Kau ok tak? Tanya abang razak yang tidur di sebelahnya. Mereka tidur sebilik katil azlan, abang razak dan yang terakhir ijam.

Lan.. kenapa ni? Tanya ijam.

Saya mimpi abah.

Baguslah bukan semua dapat mimpi macam kau. Abang ni dah bertahun mak abang meninggal sekali pun tak datang mimpi abang. Apa sahaja yang disampaikan kau buatlah Lan. Kata abang razak.

Azlan memandang jam disebelah katilnya. Pukul 4.10 minit pagi. Baik dia bangun untuk solat tahjud dan membuat tahlil ringkas buat abah.

Adam merengek sepanjang malam. Membuatkan atikah tak cukup tidur. Bibik ada menawarkan diri untuk bergilir-gilir menjaga Adam tapi ditolak oleh atikah.

Tiba-tiba dia teringatkan suaminya.

Assalamualaikum abang.

Waalaikumusalam tikah awal bangun.

Tikah belum boleh tidur abang Adam asyik merengek je ni. Kata atikah. Kamera handphone pun atikah hala pada Adam.

Assalamualaikum Adam anak soleh abah. Panggil azlan. Tidur ye sayang. Kesian mama penat. Pujuk azlan.

Subhanallah wahamdullih wallailahaillah. Allahuakbar..

Beberapa kali azlan mengaluh kan zikir akhirnya Adam pun tertidur. Memang kebiasaan azlan yang akan tidurkan Adam jika dia ada dirumah. Hari ini atikah ingat Adam tak meregam sebab dia tidur awal. Tapi jangkaan dia salah Adam terjaga pukul 1.30 tengah malam dan merengek tanpa henti.

Abang, dah tidur ni kata atikah pada azlan.

Sayang pun tidurlah. Muah..

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang