Abang awal masuk sini. Selalukan abang masuk lewat malam tegur Zulaikha.
Gaduh dengan tikah ke ni? Soal Zulaikha.
Zu, abang nak tanya adik dan achik selalu tak datang ke bilik ni sebelum tidur.
Tak, dari dulu lagi diorang tak pernah datang ke bilik ni. Selalunya kalau ada hal tertentu anak-anak suka kongsi dengan atikah.
Ooo.. dah lewat ni Zu. Tidurlah abang nak solat sekejap.
Baik abang.
Usai solat subuh atikah ke dapur memasak sarapan untuk mereka semua. Siap sahaja makanan terus dia hantar ke meja makan sebelah.
Tikah masak apa hari ni tanya pak Zam.
Bihun goreng je pak. Pak nak keluar pukul berapa tanya atikah.
Lepas waktu dhuha ye tikah. Pak mintak maaf dah banyak menyusahkan kamu.
Tak ada apa-apa la pak. Tikah masuk bilik dulu. Nanti kalau kak kiah dah nak gerak kejutkan tikah ye.
Ye lah. Pergilah kamu rehat.
Pak cakap dengan siapa tadi? Tanya azlan.
Tikah, dia datang hantar sarapan lepas tu dia tanya pukul berapa nak keluar. Dia mintak pak panggil dia nanti kalau kiah nak balik. Kata pak Zam.
Pak, Lan mintak maaf sebab tak bantu pak beli barang-barang. Semalam pulak Lan tak plan pun nak suruh tikah uruskan. Tiba-tiba pulak Zu...
Tak apa Lan, pak faham. Tikah ke kamu dan Zu ke.. pak tak kisah pak nikah orang tua je nak apa lah sangat majlisnya. Kata Pak Zam. Seakan merajuk dengan tindakkan Zulaikha.
Pak. Lan..
Bukan pada pak Zam. Tapi pada tikah. Jangan ditekan kederat dia sangat dia pun ada hati dan perasan bila dia penat kamu jugak yang susah nanti tegur pak Zam.
Kak kiah dah siap ke? Tanya atikah.
Dah tikah, semua barang-barang abang mamat dah masuk dalam kereta jawap kak kiah.
Nanti kalau akak datang sini bawakan tikah kerepok lekor boleh tak? Tanya atikah.
Tikah nak apa-apa nanti bagitau lah akak bawa dari kampung. Tak lama kan nak datang sini lagi untuk majlis akad nikah pak Zam. Kata kak kiah.
Zu, Lan, pak Zam kami gerak dulu. Kata abang mamat.
Ye lah, hati-hati..
Selesai solat dhuha atikah pun bersiap untuk keluar membawa achik ke klinik mata dan pak Zam membeli barang-barang keperluannya.
Abang ikut kata azlan yang sudah menunggu didalam kereta. Achik dan pak Zam pun sudah berada dalam kereta ni memaksa atikah menaiki kereta azlan.
Nak ke mana dulu ni. Tanya azlan.
Pergi ke klinik mata Dr Law. Barisan Bank Islam kata atikah.
Setibanya disana atikah terus memdaftar achik untuk bertemu dengan pakar mata.
Hai, tikah lama tak jumpa. Sihat ke sekarang.
Alhamdulillah, Law. I sihat je. Ni I nak mintak tolong check mata anak I.
Boleh. Mari handsome boy doktor tengok.
You suka baca buku waktu gelap ye. Kata Dr. Law.
Ye doktor kata achik.
Bagus baca buku tapi jangan baca masa waktu gelap tak elok untuk mata. Nak baca buku kena duduk elok-elok dan cahaya terang pesan Dr Law.
Dengar tu achik. Kata atikah.
YOU ARE READING
Bidadari kami
Hành độngKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...