70

289 7 2
                                    

Mazlin.. panggil kawan sekerjanya.

Miza. Tegur Mazlin.

Jauh kau termenung, aku tak tahu nak buat apa lepas ni adu Miza. Anak aku kecik lagi suami aku dah tak ada. Sekarang kerja pun tak ada.

Akak pun sama. Kata Rokiah. Mereka antara 25 orang pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan dipusat pelancong ini. Walaupun mereka dibahagian pejabat tapi tempias tetap terkena.

Saya pun tak tahu kak jawap Mazlin. Saya harap suami saya tak dibuang kerja sahaja itu sahaja kebergantungan yang saya ada. Ucap Mazlin lagi.

Abang saya dah dibuang kerja kata Mazlin dalam nada sedih.

Ya Allah. Ucap Azman. Sabarlah sayang mungkin Allah nak kita focus jaga boy pujuk Azman.

Semalam syarikat dia bekerja memotong beberapa kos untuk bertahan bagi membayar gaji pekerja. Mereka cuma dapat gaji bersih sahaja tiada lagi elaun lebih masa dan elaun perjalanan. Macam mana nak bayar rumah kereta dan perubatan mertuanya. Pening kepala Azman.

Kalau along nak guna duit bagitaulah kata azlan pada abang sulungnya. Mereka berkumpul dirumah arwah abah hari ni. Melihat hasil ubah suai bilik sebelum PKP baru ni. Bilik arwah abah telah mereka tambah tandas kini diberikan kepada Azman. Bilik azlan dan arwah Zulaikha pun mereka tambah tandas. Anak-anak lelaki boleh tidur di bilik lama Azman dan acu, kalau mereka nak guna tandas boleh ke tandas dibahagian dapur atau tandas dibahagian luar rumah. Bilik lama azlan diberikan pada anak-anak perempuan.

Kamu lagi banyak tanggungjawab Lan jangan risau pasal abang. Ucap Azman. Lagipun duit pusaka arwah abah dengan mak tu ada abang simpan lagipun kerajaan dah benarkan pengeluaran Wang KWSP.

Kalau macam tu tak apalaha. Idris macam mana dengan kedai kamu tanya azlan.

Alhamdulillah abang Lan. Semalam imah anak mak usu ada datang tanya sewa dapur luar tu nak buat kedai makan. Dia baru je kena buang kerja dari kedai pakaian yang dia kerja dibandar tu. Cerita Idris.

Memang tanah tu milik abang tapinya yang keluar modal tu atikah abang rasa baik bincang dahulu kata azlan.

Betul tu Idris abang man pun setuju dengan abang lan kamu. Kami ni modal tak tebal lagi pun atikah tu banyak idea.

Alif senang hati dapat menyusu langsung tak hirau keadaan sekeliling. Sekarang ni cuma tinggal adik, Adam dan alif sahaja. Along dah masuk University dia ambil bidang pharmacy, angah pulak dah masuk uitm. Achik dapat masuk MRSM.

Adam dan adik memang kawan baik mana adik pergi Adam akan ikut. Manja betul Adam dengan adik.

Sayang..

Abang. Baru balik?

Ye, tadi berborak dengan abang man dan Idris. Macam benda yang kami bincangkan. Kata Azlan.

Sayang..

Ye abang..

Apa pandangan sayang kalau kita buat kedai makan tanya Azlan.

Kat mana?

Dapur luar tepi rumah abah ni. Kata Azlan.

Abang rasa kat situ ada wow factor tak? Tanya atikah.

Maksud sayang?

Apa yang abang nak sampaikan pada sayang sebenarnya ni. Cuba cerita betul-betul kata atikah.

Idris bagitau tadi imah anak mak usu tu baru kena buang kerja. Dia nak sewa dapur kat luar kita tu nak buka kedai makan. Cerita Azlan.

Baguslah. Biar la dia buat. Tapi lagi cantik kalau abang pakat adik-beradik buat kolam tempat memancing. Tentu ramai yang datang. Kita pun boleh buat rumah ni jadi homestay. Kata Atikah.

Azlan merenung wajah Atikah.

Kenapa?

Sudin menantu imam dipilih mereka untuk membina kolam ikan baru dibahagian tepi tanah abah. Kerja-kerja pemantauan Idris yang bantu. Belakang kedai Idris dah dibina satu pangking untuk mereka sekeluarga nak berkumpul bila ke kampung. Bahagian dapur dibina satu pintu mengadap ke rumah acu.

Kawasan dapur luar yang disewa kepada imah itu dipagar bersama sekeliling kolam.

Jadi imah kami sekeluarga sewakan tapak dapur ni bersama kolam untuk kamu jaga. Kata Azlan.

Ya Allah terima kasih ngah kata imah sambil mengalirkan mata.

Kami tahu kamu nak jaga mak usu, nak besarkan anak-anak lagi. Nak harap pendapatan suami kamu sorang memang tak cukup imah. Jadi kami dah sepakat kamu bayar sewa RM500 sebulan.

Terima kasih semua.. ucap imah.

Kamu kan sepupu kami siapa lagi kami nak tolong kalau bukan kamu.

Nanti umpan dan pancing boleh beli atau sewa dekat akub ye. Kata anak sulung imah.

Boleh.. kata mereka semua sambil ketawa.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 19, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang