Bab 16

81 4 0
                                    

Itulah gatal nak kahwin ramai sindir Azman abang sulung azlan.

Melihat Zulaikha tidur bersama anak-anak diatas katil azlan pun menutup lampu dan membaringkan tubuh di atas toto yang disediakan oleh along.

Tik..tik.. bunyi panggilan masuk. Azlan terjaga. Pukul 5.00 pagi panggilan dari atikah mengejutkan dia untuk mengambil makanan adik dan along.

Zu, bangun. Along bangun kejutkan adik kata azlan. Papa turun ambil makanan kamu sekejap.

Azlan singgah ke dapur untuk ke tandas kelihatan abah sedang memanaskan lauk baki buka puasa tadi.

Awal kamu bangun tanya abah.

Lan nak ambil makanan sahur kat bawah atikah dah siap masak. Mana dengan yang lain. Tanya azlan.

Diorang ni semua benda nak kena siap atas meja baru nak bangun. Jawab abah.

Assalamualaikum..

Waalaikumusalam, abang dah sahur. Tanya atikah.

Belum diorang semua tak bangun lagi ada abah je kat dapur tu panaskan lauk. Kata azlan.

Sahur lah dulu dengan anak-anak. Angah dengan achik tengah makan tu. Nasi goreng cina ada tikah masak lebih nanti bawakan kepada abah dan kak zu ye.

Boleh jugak. Dari cara angah dan achik makan berselera betul.

Amboi kamu berdua tak perasan kan papa ye. Usik azlan pada anak-anaknya.

Sedap papa nasi goreng ni. Jawab azlan.

Abang nak air apa? Tanya atikah sambil mengisi nasi kedalam pinggan azlan.

Nescafe je lah.

Usai makan azlan naik ke rumah membawa makanan untuk abah, Zulaikha, along dan adik.

Wah panas lagi ni bau pun sedap kata abah tanpa melenggahkan masa terus menyuapkan nasi goreng cina kemulutnya.

Zulaikha pun sama menikmati nasi goreng cina itu dengan berselera.

Apa tu soal acu? Nasi goreng cina kau beli kat mana ngah untuk aku tak de? Soal acu. Soalan acu tak dilayan azlan.

Along dan adik pun ke meja makan. Azlan terus menolong adik membuka penutup makanannya.

Wow.. sedap ye. Kata adik dan along.

Mami. Boy nak tu jugak kata boy anak azman.

Ngah kau beli kat mana spaghetti tu? Tak bagitau kak lin pun nak pesan jugak. Kata lin.

Mana ada ye kedai makan waktu macam ni kat kampung ni kami makan masakan atikah kan kamu semua pulaukan dia. Sindir abah.

Papa ooo papa panggil angah. Kami dah siap nak ke surau ni kami gerak dulu ye. Kata angah.

Jap angah papa ikut sekali. Kata azlan.

Along dengan adik pun nak ikut jugak. Kata along.

Pergilah tapi tolak umi masuk ke bilik dulu kata Zulaikha.

Kalau nak pergi cepat..

Mereka semua berjalan kaki ke surau ramai yang mengenali azlan ada menegur dan bertanya khabar. Antaranya mak intan sepupunya abah.

Ini mak intan sepupu abah. Kenalkan mak intan ini atikah isteri kedua Lan. Kata azlan.

Apa khabar atikah. Senang-senang singgah la rumah mak intan jangan malu. Mak intan dulu pun macam kamu cuma bezanya arwah suami bercerai hidup dengan bekas isterinya jadi mak intan disangka perampas. Cetita mak intan.

InsyaAllah mak intan. Kami jalan dulu ye kata atikah.

Azlan tak terus naik ke rumah sebalik dia, along dan adik terus ke campervan. Angah dan achik terus naik ke tempat tidur mereka.

Wah best ye tidur sini kata adik. Azlan yang pada mula ingin tidur dikatil atikah terpaksa membatalkan hasratnya. Kerana along lebih dahulu berbaring disitu.

Tiba-tiba telephone atikah berbunyi..

Hello ye, saya atikah. Nak hantar hari ni kan. Boleh-boleh.. ok jumpa nanti.

Abang kena tolong saya kemas laman rumah abah. Hari ni ada orang nak hantar gazebo yang saya tempah tu.

Bila awak order. Soal azlan

Hari tu..

Awak ni ada-ada je idea tu.

Kedengaran di laman rumah riuh suara mesin memotong kayu dan rumput. Cik Ramlah pun mengintai.. sudah cantik laman rumahnya dibersihkan oleh azlan dan anak-anak. Kelihatan ada orang sedang memasang bangsal kayu dan set meja bersama kerusi yang dibuat dari marmar. Dah lama dia teringin tapi tak cukup bajet kata suaminya nak beli semua benda tu. Hari  ni termakbul jugak hajat hati cik Ramlah.

Tapi kelihatan atikah mengeluarkan sesuatu dari kederaan yang mereka bawa ni. Alat BBQ. Aduh sakitnya hati.

Mak tengok apa tu. Tegur acu. Sambil melihat keluar wah cantiknya laman kita. Ngah pasang pelita la. Malam ni tentu meriah ni baru la raya kata acu.

Mak masak apa buka puasa ni soal acu. Makan kamu tahu ni tolong masak ye tak leter cik Ramlah. Didapur cuma ada dia dan Zulaikha nak berharap apa pada Zulaikha yang dah hilang keupayaan ni. Acu pemalas nak cuci pinggan sendiri pun puas berleter. Isteri along lagi lah. Nak mintak tolong pada atikah dia tak suka menantu seorang tu.

Tiba-tiba.. erkkk... cik Ramlah terpelecut jatuh gara-gara lantai licin air yang diminum oleh boy.

Abang tolong jerit Zulaikha. Mak ok ke? Soal Zulaikha.

Kaki mak zu tolong mak zu...

Tikah tolong jerit Zulaikha.

Kenapa ni. Soal abah.

Abah ye tolong kaki saya..

Panggil atikah abah. Atikah pakar fisiotrapy kata Zulaikha.

Mana boleh perempuan tu haram jejak rumah ni. Along, ngah kau angkat la mak bawa ke hospital. Kan lambat-lambat ni sapa yang nak masak kita buka. Kata acu.

Eh kau ni.

Mari Lan bawa mak keluar. Azlan terus mengangkat mak dan diletakkan di gazebo.

Kenapa ni soal atikah.

Mak terjatuh kat dapur sebab lantai basah. Kata azlan.

Boleh saya periksa? Maaf mak tikah mintak izin periksa kaki mak ye. Tikah nak tahu sama ada retak atau patah kata atikah.

Sakit... sakit kata mak.

Ksmu buat apa yang patut atikah abah izinkan kalau dia ingkar kata abah biar dia tanggung dosa.

Baik abah. Atikah terus memeriksa. Angah ambil beg medical mama. Atikah memyemburkan sejenis semburan terus cik Ramlah terdiam. Kakinya pun kurang berasa sakit. Tapi atikah terus membalut kaki cik Ramlah.

Dah siap.

Boleh percaya ke kau ni entah-entah penipu. Kata kak lin. Mak lin bawak mak ke hospital ye.

Baiklah.

Sabarlah atikah.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now