Rent/Sale maaf nak boleh pakcik tanya ini rumah anak ke? Soal seorang pakcik. Kepada seorang lelaki yang sedang mengantung iklan dihadapan rumahnya.
Ye pakcik. Rumah saya ni. Jawap lelaki itu.
Boleh kalau pakcik bertanya kenapa nak jual rumah. Cantik lagi pakcik tengok. Sayang pulak pakcik tengok. Maaflah banyak pulak mulut pakcik ni berkata. Kata pakcik tu lagi.
Saya nak balik ke kampung jaga mak dengan ayah yang uzur sakit tua. Isteri saya dah padat tukar ke kampung. Dia cikgu, saya ni kerja syaraikat swasta jadi nak tak nak kena la berhenti kerja. Kata lelaki itu dalam nada sayu.
Bagus niat kamu ni. Anak muda yang berbakti pada ibubapa ni Allah akan mudah urusan dia. Maaf kalau pakcik ganggu kamu. Boleh pakcik tengok keadaan dalam rumah kamu ni? Tanya pakcik tu lagi. Kalau kena dengan cara pakcik ingat nak beli untuk anak pakcik dia pun baru berkahwin.
Boleh pakcik silakan masuk pelawa lelaki itu. Terpancar sedikit keceriaan diwajahnya.
Ya Allah cantik sangat rumah kamu ni. Kamu kerja apa dulu soal pakcik itu sebaik sahaja memjejak masuk kedalam rumah itu.
Saya kerja biasa-biasa je pakcik penolong arkitek kat sebuah syarikat pembinaan. Kata lelaki itu.
Patutlah cantik. Puji pakcik tu lagi.
Perabut dapur ni saya tinggalkan pada pembeli baru sebab rumah mak tu, rumah kampung pakcik tak muat nak letak.
Nanti balik ke kampung kamu nak kerja apa? Soal pakcik tu.
Saya ingat nak usahakan ternakkan lembu ayah saya pakcik. Ayah jatuh dalam hujan masa nak tutup pintu kandang lembu, kaki ayah saya retak. Itulah sebab saya nak balik ke kampung. Saya ni anak tunggal. Nasib baik saya dengan isteri sekampung dapatlah isteri jaga mak ayah dia jugak kalau kami pindah ke kampung.
Bagus niat kamu pakcik suka anak muda macam ni. Macam ni berapa harga kamu nak pakcik ambil rumah ni.
Betul ke pakcik alhamdulillah dapat saya bawa ayah dengan mak saya ke mekkah sebelum mereka tutup mata terima kasih pakcik.
Macam ni kamu siapkan surat jual beli nanti pakcik mintak anak saudara pakcik datang jumpa kamu.
Pakcik tinggal kat mana? Soal lelaki itu.
Tu sebelah rumah kamu tu, rumah menantu pakcik lah kata pakcik itu.
Azlan??
Semua dah lewat malam ni. Azlan ayah dengan mak nak balik ke rumah mak lang kamu dulu. Mari ikut ayah keluar jap sekejap ada hal ayah nak cakap kata haji Abdulaziz.
Baik ayah.
Mak ye. Awak bersiaplah jugak lepas saya berbual dengan azlan ni kita gerak ke rumah adik awak.
Baik abang haji.
Idayu, dayah dah siap ke belum mengemas tu, ayah aji kamu dah nak ajak balik. Kesian anak-anak kamu ni dah mengantuk.
Dah Chik Ani. Kata idayu sambil mengelap tangannya yang baru siap memcuci pinggan mangkuk.
Zulaikha mak balik dulu esok mak datang lagi. Kamu tu bawak berehat jangan fikir pasal atikah tu sangat bila dia dah tenang balik lah dia. Kalau dia tak balik jugak nanti tau lah dia kena dengan ayah dia nanti. Kata chik ani emaknya atikah.
Terima kasih mak banyak sangat bantuan mak, idayu dengan dayah tolong zu. Tak tahu zu nak cakap apa. Kata Zulaikha sambil mengalir airmata di wajahnya.
Zulaikha mak dah anggap kamu macam anak mak sejak kamu datang kali pertama ke rumah mak. Jangan fikirkan sangat jaga kesihatan kamu. Kamu tu nak menjalani pembedahan. Pesan Chik Ani.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AksiKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
