Bab 28

124 5 0
                                        

Pagi hari ini tiba masa Zulaikha mula melapor diri masuk ke wad sebelum dia dibedah. Beberapa uji kesihatan dia perlu dilakukan. Oleh itu atikah mengambil tanggungjawab menemani Zulaikha sepanjang hari.

Azlan ada datang melawat beberapa kali bersama pak Zam dan anak-anak kerana hari masih siang dia tak berlama disitu. Dia pulak mengambil tugas menjaga Zulaikha di waktu malam. Pak Zam ada menawarkan diri menjaga Zulaikha. Tapi Zulaikha menolak katanya tak sanggup melihat wajah ayahnya bersedih. Sejak pulang berhari raya tempoh hari, pak Zam dibawa mereka tinggal bersama. Rumah pak Zam dijadikan homestay bawah jagaan kiah.

Oleh kerana hospital yang merawat Zulaikha merupakan penal syarikat tempat Azlan bekerja jadi mereka menyediakan kemudah wad peribadi kepada pesakit. Keluarga pesakit yang menemani pesakit juga disediakan kerusi boleh ubah menjadi katil memudahkan keluarga pesakit yang menjaga pesakit berehat atau tidur. Atikah sempat menyediakan sedikit makan bersama buah-buahan, bantal, selimut, kain pelikat, tuala dan sehelai baju untuk azlan.

Zulaikha pulak diminta berpuasa sebelum menjalani pembedahan esok hari.

Assalamualaikum bunyi pintu ditolak. Kelihatan anak-anak Zulaikha bersama atikah dan pak Zam datang membawa makanan kepada Azlan.

Waalaikumusalam. Ya Allah anak-anak umi datang. Pak pun ada kata Zulaikha.
Terima kasih tikah bawa anak-anak jumpa akak. Kata Zulaikha.

Sama-sama kak, tikah bukan apa nak suruh diaorang bagi akak semangat untuk menempuh pembedahan esok kata Atikah.

Terima kasih tikah. Tubuh atikah dipeluk Zulaikha penuh kasih dan erat.

Peluk berdua je. Abang tak nak peluk usik Azlan.

Abang pun lah thank you so much sebab sentiasa ada dengan Zu walau apa juga keadaan. Kata Zulaikha.

Itu dah tanggungjawab abang sebagai suami Zu balas Azlan.

Pak, terima kasih sentiasa ada untuk Zu. Pak doakan Zu kuat dan selamat ye pak. Kata Zulaikha sambil mengalir air mata. Tangan pak Zam digenggam lalu dicium beberapa kali.

Doa pak sentiasa ada untuk kamu nak. Kalau boleh pak nak ganti tubuh pak ni yang tanggung sakit kamu tu. Kata pak Zam dengan nada sedih.

Pak..

Umi... kata along.

Anak-anak umi. Maafkan umi sayang. Semua anak-anak mengambil giliran memeluk Zulaikha.

Abang dah makan tikah ada bawa sikit makanan untuk abang ni kata atikah sambil mata dan suara serak menahan tangis.

Tikah masak apa? Tanya azlan sebenarnya dia pun sebak melihat situasi itu.

Kerabu kaki ayam permintaan anak-anak dengan sambal telur kesukaan abang. Jawap atikah.

Emm.. sedap ye. Tolong makan kat luar akak tak kuat nak tengok menu tu semua nanti akak lapar. Kata Zulaikha sebenarnya dia nak beri masa untuk suami dan madunya itu bersama. Dia nak masa dia dan anak-anak lebih lama.

Ye lah, jom tikah orang sakit halau kita. Kata azlan. Atikah pun mengelengkan kepalanya. Suaminya pun tak nak mengalah mengusik madunya yang sedang sakit itu.

Abang ok? Tanya atikah.

Tipulah sayang kalau abang kata abang ok tak rasa apa-apa. Abang ni bukan malaikat. Macam-macam bermain dalam hati ni. Takut, sedih, risau... jawap Azlan.

Abang banyakkan beristifar dan berzikir abang. Ingat ini semua ujian Allah untuk kita pujuk atikah.

Itu sahaja yang abang mampu buat masa ni sayang. Kalau boleh abang tukar jasad ni untuk kurangkan siksa dia macam pak kata tu. Dah lama abang buat tapi apakan daya abang ni manusia yang kerdil sayang. Kata Azlan.

Abang jangan mudah mengalah. Kalau abang kalah akak dan anak-anak turut merasa tempiasnya. Pujuk atikah.

Terima kasih sebab selalu ada disisi abang. Ucap Azlan.

Terima kasih je ke? Habis tu yang saya masak bawak betul tu siap nak makan? Soal Atikah dengan nada buat-buat marah.

Suap..

Pagi khamis pada jam 9.30 pagi Zulaikha ditolak masuk ke bilik bedah. Atikah membawa anak-anak dan pak datang awal untuk memberi peluang kepada mereka bertemu dengan Zulaikha. Pembedahan dijangka memakan masa 5 jam jika tidak berlaku apa-apa komplikasi semasa operasi pembedahan berjalan.

Umi... janji tau umi jangan tinggalkan kami pesan along dan adik-adiknya.

Ye sayang.. doakan umi kata Zulaikha.

Abang ampunkan dosa saya, halalkan makan minum saya.. pak, ampunkan Zu pak. Ucap Zulaikha sebelum ditolak masuk ke dewan bedah.

Zu..

Jam 10.00 pagi. Anak-anak, Pak Zam dan Azlan langsung tak mengambil apa-apa sarapan pagi.

Nasi goreng cina yang dibeli Azlan kepada anak-anak dan pak Zam dipandang sepi.

Along boleh solatkan? Tanya Atikah.

Boleh mama. Jawap Along.

Along dan angah ambil kunci kereta pada papa pergi ambil telekung dan tikar yang mama sediakan dalam kereta tu. Ambil sekali dengan sejadah dan surah yasin dalam paperbeg tu ye. Mama nak kemas bilik umi ni sekejap. Satu lagi along tolong ambil kerusi lipat di bonet belakang.

Nak buat apa dengan sejadah tikah tanya pak Zam.

Tikah nak ajak anak-anak buat solat dhuha, solat hajat dan bacaan yassin pak Zam.

Bagus jugak tu. Sokong Azlan yang dari tadi termenung begitu jugak dengan anak-anaknya. Mari Along papa teman kamu semua ambil barang yang mama suruh tu.

Nak ikut kata adik dan achik.

Pergilah.

Atikah pun melipat semula kerusi dwi fungsi yang digunakan Azlan untuk tidur semalam. Lantai dia minta staff pembersihan bersihkan.

Mama. Panggil along kepada atikah. Lalu along menyerahkan barang-barang yang diminta atikah.

Dah sampai. Pergilah ambil wuduk ajak adik-adik sekali. Kata atikah. Atikah pun menyambung kerja dengan membentangkan tikar dan sejadah. Kerusi lipat dibuka untuk kegunaan pak Zam solat nanti.

Azlan mengetuai solat dhuha, hajat dan bacaan yassin. Pak Zam pun menyertai mereka solat bersama. Selesai solat baru lah mereka rasa lapar.

Atikah membuka bekal yang buat pagi tadi. Sandwich, nuggets dan burger malaysia.

Pak Zam betul-betul respect pada kamu atikah. Mana ada orang macam kamu boleh tolong keluarga madu macam ni. Kamu ni boleh kata satu dalam seribu.

Ada-ada je pak Zam ni. Tikah ni pun ada kelemahan jugak pak Zam orang lain je tak nampak. Balas atikah.

Kelemahan kamu tu pak Zam boleh kata jarang orang nampak sikit-sikit tu biasalah. Kita manusia biasa atikah mana ada yang sempurna.

Tepat pukul 4.00 petang Zulaikha selamat menjalani pembedahan. Tapi dia masih tak sedarkan diri.

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang