Kereta milik Idris sebenarnya sudah hampir ditarik boleh pihak bank tapi dia sempat menjualkan kereta itu kepada kawannya dapatlah pulangan sedikit duit untuk dia buat belanja. Kini tinggal kereta Iswara aeroback yang dibeli dengan Harga RM2,300 menggunakan duit gaji sebelum dia diminta berhenti oleh pihak syarikat.
Duit imbuhan jasa dari syarikat digunakan untuk bina rumah kedai. Baki gaji digunakan sebagai duit belanja harian itu pun dah tinggal sikit. Kalau lambat lagi rak yang dibeli itu sampai macam mana dia nak mula berniaga? Duit pulak sudah hampir habis.
Nasib baik ada kebun kelapa sawit ditepi kedai ini dapatlah dia usahakan. Ada beberapa pokok dah berbuah boleh dijual sawitnya. Walaupun seratus dua duit jugak dimasa sesak ni. Aida langsung tak bagi bekerja jauh dari matanya cemburu buta jangan kata ke pekan nak beli barang pun susah.
Mesin rumput dihidupkan lalu dihayunkan bagi memotong lalang dan rumput liar dikawasan kebun sawit itu sehingga ke kawasan kolam terbiar berhampiran dengan rumah mertuanya. Selesai mesin rumput.
Assalamualaikum Idris. Tegur cik intan.
Waalaikumusalam cik intan. Rumah cik intan bertentangan dibahagian dapur rumah cik intan dan rumah abah. Cuma terhalang sedikit dengan pagar.
Kolam ni dulu abah kau ada pelihara ikan keli cuba kau cakar bersihkan semuala cik intan rasa ada lagi ikannya. Kamu tengok sebelah dapur luar tu ada stor abah kamu kat situ ada makanan ikan. Ini ada kari ayam untuk kamu berdua. Semalam atikah ada tepon cik Intan bertanya tentang kamu berdua.
Apa kata mereka cik intan. Tanya Idris
Azlan nak bercakap dengan kamu. Tapi acu dah block nombor mereka. Ini pasal mak mertua kamu. Kalau kamu ke surau malam ni nanti cik intan bawa tepon cik intan untuk kamu guna. Kata cik intan.
Baiklah cik intan. Terima kasih kata Idris.
Selepas cik intan pergi Idris pun ke stor yang diceritakan oleh cik intan. Betul macam-macam ada di stor itu. Mesin rumput, motorsikal arwah, mesin pemotong kayu dan tungku dapur. Makan terisi elok dalam tong. Racun dan baja pun ada. Malam ni nanti dia akan minta izin azlan untuk mengunakan barang-barang ini.
Hoi kau pergi mana? Tanya acu. Aku lapar tahu tak.
Aku ke rumah mak, cari makanan ikan. Ni ada kari ayam nasi aku dah masak kau makanlah dulu aku nak mandi. Simpan sikit lauk tu untuk malam ni. Aku malas nak ke pekan beli telur dengan sardin. Kata Idris.
Alah duit kelapa sawit yang kau jual tu buat apa kalau tak guna kata acu.
Aida kau tu nak bersalin tunggu hari je. Kalau duit tak ada mana nak cari kalau kau kena tahan, anak tu ada masalah ke? Kau tak boleh pikir ke? Kata Idris dengan nada geram.
Kau marah aku kan.. ini anak kau tahu tak. Kata acu sambil menangis.
Itulah yang kau tahu menjerit, mengamuk dan menagis.. aku penat ni Aida. Kalau kau nak makan, makanlah aku boleh makan biskut cicah dengan kopi o. Kata Idris.
Semua sebab abah. Kenapa abah sumpah aku. Sebab sumpah abah aku tak pernah bahagia ada je masalah jerit acu.
Macam mana sayang dapat tak cik intan bagitau Idris? Tanya azlan.
Tadi cik intan cakap dia dapat bercakap dengan Idris. Malam ni InsyaAllah Idris akan ke surau. Kata atikah.
Alhamdulillah terima kasih sayang. Nanti abang ganti duit yang sayang guna bagi pada cik intan belikan lauk untuk acu tu. Kata azlan.
Tak payah sayang dah guna duit belanja dapur yang abang tu. Nanti abang beli barang dapur ye. Usik atikah yang sedang menyusukan Adam. Adam memang cemburu kalau atikah duduk saja dah pandai mintak susu atau ingin didodoi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AcciónKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
