Selesai solat maghrib anak-anak mengemukakan buku sekolah masing-masing kepada atikah. Siapa yang tak siap kerja sekolah memang kenalah dengan atikah.
Along, achik dan adik semua terselamat sebab masing-masing mempunyai baru sahaja selesai peperiksaan. Sekarang cuma tinggal angah.
Angah, mama dah banyak kali pesan nak bersukan tu boleh tapi jangan abaikan pelajaran tengok ni. Soalan matematik senang je angah tak dapat markah penuh. Leter atikah.
Angah tak faham mama.
Sebab tu mama suruh banyakkan ulang kaji macam mana angah ulang latihan badminton tu. Kata atikah.
Azlan menelan air liur mendengar leteran atikah. Yes dah nama perempuan leteran tak pernah tinggal. Hari ni dia mula lihat sisi gelap isteri keduanya ini. Garang dan tegas.
Maafkan angah mama. Angah janji akan beri focus lebih pada pelajaran angah. Kata angah.
Angah mama marah sebab tak nak angah leka. Bersukan tu boleh tapi seimbangkan dengan pelajaran. Kalau nak jadi atlet, jadi atlet yang berilmu baru orang hormat kita. Kalau macam ni keputusan angah pada peperiksaan akan datang jangan salahkan mama kalau raket badminton angah tu mama gantung tak bertali.
Mama.
Tikah dah la tu dah nak masuk waktu isyak ni tegur azlan.
Jelingan tajam diberikan kepada azlan. Pak Zam dan Zulaikha didalam bilik hanya mengilingkan kepala.
Papa..
Eh, kita pulak yang kena marah kata azlan. Kita nak selamatkan dia dari kena leter kita dia marah.
Angah simpan buku ni dulu. Kita solat, lepas solat siapkan kerja sekolah kemudian tidur. Kata atikah.
Baik mama. Angah mintak maaf sebab tak dengar cakap angah. Next exam angah akan cuba buat yang terbaik. Kata angah tangan atikah dicium seperti biasa selepas mereka dimarahi kerana melakukan kesalahan dan tak buat kerja sekolah.
Mama tegur sebab mama sayang angah tau. Kata atikah. Mama tak nak bila mama, papa, dengan umi dah tak ada angah tak mampu buat apa-apa. Ingat pesan mama hidup tanpa agama tak ada cahaya. Hidup tanpa ilmu seperti sibuta yang tiada tongkat.
Fuh.. masuk ke dalam hati nasihat atikah pada angah azlan yang tersentak. Adui isteri keduanya ni mentang-mentang anak bekas pensyarah boleh tahan syarahan dia.
Selesai solat isyak semua masuk ke bilik masing-masing selepas bersalam dengan azlan, pak zam dan atikah. Zulaikha solat dibilik kerana keadaan luka masih baru.
Zu, dah makan ubat soal azlan.
Dah abang. Zu pun dah mengantuk ni. Selimut ditarik untuk menutup badannya ke bahagian dada.
Abang.
Ye, Zu..
Abang jangan lah marah atikah pasal tegur anak-anak kita tu. Zu yang mintak atikah bertegas abang.
Abang tak selesa dengan cara tikah tegur angah tu. Ucap Azlan.
Dulu keputusan anak-anak semua teruk abang. Along tak pernah dapat A dalam pelajaran, angah tak payah cakaplah dengan bergaduh di sekolah, gagal banyak mata pelajaran lagi pening Zu. Adik pulak masalah nak kenal huruf walaupun dah darjah 1. Achik ni pemdiam selalu kena buli. Cerita Zulaikha.
Tapi sejak diorang kenal dengan atikah alhamdulillah abang, anak-anak semua berubah. Atikah hantar along ke kelas tambahan dan bila waktu malam atikah ajar along latih tubi. Alhamdulillah abang sejak tu keputusan peperiksaan along pun mula meningkat baik. Angah pulak atikah bawa tolong orang susah-susah. Menangis angah balik rumah mintak maaf pada Zu. Sejak tu angah tak jadi memarah lagi. Atikah bawa angah main badminton sejak tu angah aktif dengan sukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AksiKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
