Kisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil.
Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
Setelah kak kiah dan abang mamat bergerak pulang azlan ke car wash. Abng Joe pun dah ada disitu. Beberapa perbincangan telah dibuat.
Thanks sebab sudi jadi pembekal minyak hitam dan alat ganti untuk saya abang Joe.
Alah kau ni macam tak biasa. Nanti setiap hari abang Joe akan tolong tengokkan car wash dan anak-anak kau tu. Lagipun angah memang akan ke sekolah dengan dia.
Terima kasih banyak-banyak.
Jangan risau.
Azlan pun terus ke pasaraya yang terdekat untuk membeli keperluan rumahnya. Sambil memilih barang dia ternampak susu untuk ibu mengandung. Teringat isterinya yang jauh dimata. Lalu dia terus mengambilnya. Sejak kejadian tempoh hari dia lihat atikah selalu minum susu sebelum tidur. Tentu dia beli sendiri bisik hati azlan. Satu tin susu diambil dan beberapa jenis biskut.
Selesai membeli barang dapur dia pun melangkah ingin pulang. Tiba-tiba dia terpandang. Tanpa berlengah terus dia membeli rak tersebut. Sesuai diletakkan di bilik dia dan atikah. Tanpa dia sedar minat dia dan atikah adalah sama mengumpul koleksi jam tangan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Banyak barang abang beli tanya Zulaikha sebaik sahaja melihat azlan memunggah barang dapur.
Abang saja beli untuk Zu dengan anak-anak. Budak-budak tengah nak membesar makan pun berulang kata azlan.
Emm.. ye lah. Kata Zulaikha.
Papa tegur adik yang kebetulan baru pulang dari sekolah bersama cik Sabar dan pak Zam.
Adik dah samapai. Tegur azlan.
Wah, banyaknya makanan tegur achik.
Ye, papa beli stock makanan untuk kamu semua makan. Nanti ambil je. Jangan susahkan Nek Sa tau. Pesan azlan pada anak-anaknya.
Tak ada susah pun Lan. Ibu bukan buat apa-apa pun. Lepas balik hantar sayur ke pasar dah tak buat apa-apa. Kalau di rumah ni bolehlah berkawan dengan Zu berbual-bual. Sambil berbual tu pun boleh masak. Kata cik Sabar.
Barang kering dan makanan anak-anak semua saya beli. Nanti ibu tolong belikan barang basah ye. Ini duitnya.. azlan menyerahkan beberapa keping Wang kertas RM50.
Banyak ye ni Lan kata cik Sabar.
Budak-budak tengah membesar ibu, badan nak naik makan pun banyak. Ibu beli lah nanti stock lauk. Kata azlan.
Guna duit pak pun boleh Lan untuk beli lauk pauk nanti. Kata pak Zam.
Tak apalah pak. Ini semua tanggungjawab saya kata azlan. Ini sedikit duit belanja untuk pak. Lan mintak tolong pak tengok-tengokkan isteri dan anak-anak Lan sepanjang Lan bekerja. Kata azlan.
InsyaAllah. Banyak ni Lan kamu bagi pada pak ni.. Kata pak Zam.
Tak apalah. Ada rezeki lebih sikit Lan bagi lebih pada pak. Lagipun pak banyak bantu Lan sehari-hari. Itu duit minyak motor dan kereta pak guna untuk hantar budak-budak tu. Kata azlan.