Abang ikut kata azlan.
Tapi kan abang nak hantar anak-anak ke sekolah. Tak apalah tikah pergi dengan pak je ke pasar. Kata atikah.
Kita naik je sekali lepas hantar anak-anak terus kita ke pasar kan senang. Kata azlan.
Betul tu tikah pergi je dengan abang sekali tikah boleh rehat sikit. Kata Zulaikha menyokong cadang azlan.
Ye lah. Balas Atikah.
Kan senang ikut cakap abang pak pun setuju. Bisik azlan ke telinga atikah.
Tak apa. Kita tengok jap lagi dia berleter kereta dia kotor kata atikah dalam hatinya. Azlan cukup pantang kalau keretanya kotor mau ye dia berleter sebakul.
Adui lecak ye kat tempat parking ni. MPK tak ambil tahu ke? Leter azlan.
See, sebab tu tikah nak pergi dengan pak je ke pasar. Abang nak ikut kan nah bawak bakul ni. Arah atikah.
Ye lah. Balas azlan. Sapa tak sayang bini dah la tengah bawa anak dia dalam perut tu.
Pak nak beli apa dulu ni. Tanya azlan.
Jom kita ke tempat ikan pak ada nak jumpa kawan kat situ. Kata pak Zam.
Assalamualaikum cik Sabar lama tak nampak tegur pak Zam.
Waalaikumusalam pak Zam. Saya ikut anak ke tempat dia baru pindah. Kat kampung nelayan. Saja ambil angin. Jawap cik Sabar.
Patutlah ikan beli segar, ada bunga yang jual kat sini. Bisik azlan ke telinga atikah.
Tikah, Lan mari pak kenalkan ni kawan pak namanya Cik Sabar. Dia ni tolong jagakan kedai ikan jiran dia yang masuk hospital kemalangan. Cik Sabar ni duduk dekat kawasan rumah kita tapi bahagian kampung. Satu kuliah dengan pak kat surau tu. Terang Pak Zam.
Ye ke pak. Baik sungguh hati cik Sabar ni. Kata azlan.
Pilihlah nak ikan sini segar segar semuanya. Kata Cik Sabar.
Kat sini ke pak selalu beli ikan Tanya atikah.
Kata sini lah tikah, ikan disini segar dan cantik Jawap Pak Zam.
Betul pak cantik Jawap azlan. Sambil tersenyum.
Pilih lah tikah nak ikan apa. Cik Sabar, timbang kan saya ikan cencaru ni 4 ekor, siakap ni 3 ekor, bawal putih ni 3 ekor. Kerisi ni nak 5 ekor. Kata pak Zam.
Banyak hari ni pak Zam. Kata Cik Sabar.
Anak-anak datang rumah, jadi saya nak jamu mereka semua masakkan saya. Kebetulan yang sorang tu nak kenalkan keluarga bakal suami dia. Kata pak Zam.
Untunglah anak-anak pak Zam dapat merasa air tangan pak zam. Puji cik Sabar.
Pak tikah nak ke sebelah sana nak tengok daging kata atikah.
Ye lah. Hati-hati jalan.
Amboi pak, lain macam abang tengok nasib baik abang ikut kalau tak mau ye tikah sorang beli barang ni. Kata azlan.
Abang kita beli daging tetel nak tekak ni rasa nak makan asam pedas daging tetel dengan kerabu telur masin kata atikah.
Lah isteri abang teringin ke. Jom lah kita beli nak yang mana ni. Tanya azlan.
Pakcik bagi saya daging tetel ni 1kg, daging pejal yang tak ada urat ni 2kg. Kata atikah.
Sayang abang nak makan sambal paru macam sayang masak kat rumah mak dulu. Kata azlan.
Boleh abang, beli la sekilo. Nanti mintak pakcik tu kira sekali.
Selesai memberi daging, mereka pun ke bahagian sayur untuk membeli salad, kacang panjang, timun dan mangga muda jenis lemak manis. Sayuran lain mereka tak perlu beli sebab dah ada ditanam oleh pak Zam.
Abang kita beli ayam 2 ekor, sotong, udang dengan kerang. Nak topup stock lauk kat rumah. Kata atikah.
Baik.
Mana pak ni. Tak keluar lagi ni beli ikan ke mengorat tuan kedai ikan tu.
Abang tu pak dah keluar dari pasar. Kata atikah. Nanti sebelum balik kita singgah kat kedai kek sebelah pasaraya kat kawasan taman kita tu. Tikah nak beli pencuci mulut dan kek sikit. Tak larat nak buat.
Boleh sayang.
Abang rasa pak dulu nikah dari kak kiah ni. Kata azan.
Abang dengar dari pak tu nanti kata atikah yang melihat pak Zam sudah menghampiri kereta azlan.
Pak nak singgah mana-mana lagi.
Tak semua dah ada ni. Kata pak Zam sambil tersenyum.
Pak kita singgah kedai kek sekejap ye. Saya nak beli kuih untuk jamu tetamu minum petang dan makan malam nanti. Lagipun takkan tak bagi sikit buah tangan untuk pihak sebelah sana datang bertandang kata atikah.
Ye lah.
Sampai dirumah pak Zam terus ke singki luar bersebelahan biliknya untuk menyiang ikan yang dibeli. Atikah pulak terus ke dapur membawa kek dan pudding yang baru dibeli.
Selesai azlan memasukkan barang dapur yang dibeli azlan pun mengambil air minuman kebetulan Zulaikha pun masuk ke dapur dengan kerusi rodanya. Dia kearah meja dapur yang telah dikosongkan khas untuknya.
Zu nak tahu tak kat pasar tadi pak jumpa dengan seorang makcik tu. Bukan main lagi. Usik azlan kebetulan pak Zam masuk membawa serai yang di mintak oleh atikah.
Ye ke abang? Amboi pak diam-diam ye ada marka kat sini usik Zulaikha.
Dengar lah cakap si azlan tu pak dengan cik Sabar tu kawan je. Kata pak Zam.
Ooo.. nama dia Sabar ye pak. Usik Zulaikha lagi.
Dah lah pak nak perap ikan ni. Sekejap lagi nak tolong orang masjid bersihkan tempat solat sebelum solat jumaat.
Ye lah.
Tikah nak akak tolong apa-apa ke. Tanya Zulaikha. Boleh jugak kak. Tikah nak masak asam pedas daging tetel, kerabu telur masin dengan sambal paru.
Selesai memasak atikah masuk ke bilik untuk membersihkan badan dan menukar baju. Kemudian dia pun membaringkan tubuhnya.
Nikmatnya. Bisik atikah.
Sayang buat apa tu.
Emm.. mata dah mengantuk.
Aikk.. dah tidur? Sayang.. cepatnya tidur baru nak ajak berbual.
Sebelum solat jumaat baru kak kiah pulang ke rumah. Kerana dia pergi membeli peralatan dapur untuk kedainya dengan aidil. Pulang dari solat jumaat mereka semua pun menjamu selera.
Wah sedap ye puji kak kiah dan abang mamat. Asam pedas daging tetel ni kena pulak dengan kerabu telur masin bertambah semua yang ada disitu makan. Sambal paru goreng kicap pun tak ketinggalan menjadi rebutan.
Atikah nanti ajar akak masak asam pedas ni. Ni kali pertama akak rasa sedap kata kak kiah.
Boleh kak, nanti tikah send pada WhatsApp akak ye. Balas tikah
Akak kiah ingat nak tambah baik kedai tu, macam tambah waktu operasi sehingga malam. Macam kedai-kedai sekitar kawasan kampung tu. Nasib baiklah tikah dan aidil banyak tolong.
Boleh sahaja kak, tapi nanti buat pembukaan jangan jemput aidil ye. Usik aidil.
Boleh tak ada masalah korang semua akak dah anggap macam keluarga akak. Luah kiah.
Selepas asar masing-masing mula sibuk dengan nak memasang kanopy 10x20 untuk meletakkan kerusi meja bagi acara makan-makan malam ni. Aidil selepas mengantar kiah tadi terus lekat dirumah atikah siap pakej makan tengahari.
Nasib baik rumah azlan dengan Zulaikha ni lot tepi. Kena pulak mereke tak menanam pokok apa-apa di situ. Memang muatlah nak buat pasang kanopy bersaiz 10x20 ni. Bersama 3biji meja lipat dan 12 biji kerusi. Barang ni dibeli mereka semasa majlis doa selamat Zulaikha hari tu. Kawasan yang pak zam berkebun pulak dibelakang rumah atikah dan membawa ke belakang rumah azlan.
Tempat pembakar pun dah dikeluarkan bersama arang. Didapur atikah dan kak kiah sibuk menyucuk udang dang sotong di lidi sate. Eddie pulak datang membawa ketam untuk dimasak salt egg.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AksiKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
