Bab 56

72 5 0
                                    

Assalamualaikum Lan. Mak ni kata cik Ramlah.

Waalaikumusalam mak ada apa? Kata azlan.

Mak nak bagitau ni cuti sekolah ni acu nak bertunang. Jadi mak nak suruh kamu bawak balik atikah tu. Kata cik Ramlah.

Atikah je ke? Zulaikha mak tak ajak. Sindir azlan. Bukan dia tak tahu apa yang mak dia buat pasa Zulaikha.

Mak rasa tak payah kut bawa Zu bukan dia boleh nak menolong pun. Kata cik Ramlah.

Hari apa majlis pertunangan acu. Tanya azlan.

Hari sabtu cuti sekolah ni. Kata cik Ramlah.

Mak kan Lan dah kata hari sabtu tu kak kiah kahwin. Kami semua dah plan nak ke kampung Zulaikha tegas azlan. Macam ni mak. Lan memang tak boleh balik tarikh tu. Lan mintak maaf. Kalau nak Lan balik tukar tarikh. Assalamualaikum.

Lan..

Ikut hati dia yang sakit tu mau je dia report polis. Nasib baik tikah dan Zulaikha ajak dia keluar bincang diluar tanpa anak-anak. Mulanya dia nak mengamuk jugak pada Zulaikha dan atikah. Tapi atikah ni bijak baca bahasa badan dia. Lepas apa yang mereka terangkan barulah kurang sikit marah azlan.

Malam tu sekali lagi cik Ramlah menghubungi azlan. Dia memaklumkan yang tarikh pertunangan acu di awalkan seminggu. Tapi tetap hari ahad.

Mereka semua bersiap untuk pulang ke kampung Zulaikha. Oleh kerana mereka semua ramai campervan dan kereta honda milik azlan terpaksa digunakan. Aidil memandu campervan bersama along, angah dan achik. Azlan memandu honda bersama pak Zam, cik Sabar, Zulaikha, atikah dan adik.

Musa anak kepada cik Sabar menunggu mereka di rumah pak Zam dikampung. Rumah pak Zam digunakan untuk pihak sebelah lelaki. Manakala rumah arwah mak zakiah digunakan untuk sebelah perempuan dan berlangsungnya majlis perkahwinan. Mereka terpaksa bertolak awal seminggu kerana atikah dan azlan terpaksa balik ke kampung azlan sebaik sahaja mereka sampai dikampung Zulaikha.

Selesai menurunkan barang-barang.

Zu betul tak nak ikut abang balik kampung tanya azlan.

Tak nak. Kata Zulaikha.

Betul-betul Zulaikha marah pada mereka. Selalunya Zulaikha orang  paling gembira jika nak pulang ke kampung azlan.

Abang balik je dengan tikah. Sampai kan salam saya dan anak-anak pada abah. Kata Zulaikha. Anak-anaknya pun tak nak balik ke kampung semua tak nak tengok acu.

Kami gerak dulu kata azlan pada mereka semua.

Ye, lah. Hati-hati kata mereka semua.

Seronok jugakkan sayang dapat berdua macam ni kata azlan. Melihat isterinya disebelah seakan bosan.

Apa yang seronoknya sunyi adalah. Balas Atikah.

Kenapa abang tengok sayang selalu termenung panjang sekarang macam ada benda di pendamkan. Kata azlan.

Abang. Kalau tikah cakap yang tikah pernah bawa motor kawasan ni abang percaya tak? Kata tikah tiba-tiba teringat misi sendiri mencari pak dan abah.

Percaya. Kata azlan.

Tikah suka tau bawa motor kalau jalan macam ni. Luah tikah.

Tikah kita tak pernahkan naik motor berdua. Kata azlan.

Itulah. Mereka pun berbual sehingga sampai ke kampung azlan.

Dah macam majlis perkahwinan diperkarang rumah abah. Bukan main terkejut azlan dan atikah.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now