Bab 18

95 6 0
                                    

Eh, kenapa abang tidur sini tanya atikah yang baru naik ke campervan. Tadi dia ke tandas kerana perutnya tak selesa kena pulak hari ni dia datang bulan. Adui sabar je lah.

Sahaja nak baring kat sini. Naiklah tak nak tidur ke? Tanya azlan yang selesa berbaring disitu.

Tepilah abang tikah penat sangat ni.

Sakit kepala lagi ke? Soal azlan.

Tak.

Habis tu tadi tak jemaah kat surau tikah solat kat mana? Soal azlan.

Abc.. jawab tikah.

Abc? Air batu cendol.

Apa-apa je lah. Nak tidur ni tepi lah orang sakit perut ni. Kata atikah.

Naiklah tidur balas azlan.

Kita naik kalau abang sempit terantuk ke padam muka. Kata atikah.

Atikah terus naik ke atas tilam.

Erkk.. jerit atikah.

Ssss... diam anak-anak tidur tu. Bisik azlan manakala tangan azlan masih memeluk pinggang atikah. Akhirnya kedua mereka tertidur.

Abang bangun dah nak subuh kejut atikah.

Ye lah.. jam menunjuk pukul 5.30pagi.

Zulaikha sedar ketiadaan suami ditempat tidur bawah meniup rasa cemburu dihati. Tapi bila difikirkan atikah lebih kasihan langsung tak diizinkan menjejakkan kaki kedalam rumah ini. Nak bersalam pun tak dibalas oleh mak mertuanya itu. Bukan dia tak nampak mertuanya menepis tangan atikah ketika mereka sampai.

Dia sendiri pun tak dapat nak bayangkan apa yang atikah rasa berbuka puasa sendirian. Kata along atikah langsung tak menyentuh makanan lain selain air buah yang dibeli mereka dan kurma. Atikah pun berjalan kaki ke surau seorang diri. Ketika mereka balik dan terserempak dengan atikah acu memcaci atikah dan didengari azlan. Itu menyebabkan azlan mengamuk sebaik sahaja pulang dari masjid.

Zu, dah bangun? Tanya azlan kebetulan dia masuk ke bilik zu sudah menyandar di kepala katil.

Dah abang. Zu ingat nak mandi. Nantikan berebut pulak dengan orang lain. Abang bukan tak tahu kalau acu dan kak lin tu mandi tak pernah sekejap.

Itu lah sebabnya abang, angah dengan achik suka mandi kat tandas luar tu. Mari abang tolong tolak Zu ke tandas.

Terima kasih abang.

Abang pergi surau dulu ye.. kata azlan sebaik sahaja dia menolak Zulaikha masuk ke dalam bilik.

Baik abang. Hati-hati..

Mana anak-anak tanya azlan kepada atikah.

Diorang pergi tandas sekejap katanya nak ambil wuduk.

Buat apa tu soal azlan.

Kek batik, achik nak makan.

Achik je? Untuk abang soal azlan sambil memeluk pinggang atikah.

Abang tak elok anak-anak tengok.

Pusing sini abang nak cakap. Selamat hari raya sayang abang mintak maaf sebab tak mampu nak jaga hati dan melindungi saya. Abang tak sempurna tapi abang akan cuba sempurnakan segala-galanya semampu kederat abang yang ada.

Selamat hari raya abang. Tikah pun nak mintak maaf sebab tak mampu jadi isteri abang yang sempurna.

Abang maafkan sayang dari hujung rambut sampai hujung kami, dahi atikah dicium lembut. Tu dah dengar suara angah dengan achik abang ke surau dulu ye.

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang