Oleh kerana hari rabu Zulaikha akan masuk ke hospital mereka pun terus memulakan pembersihan rumah baru atikah pada hari ini kebetulan hari ini hari isnin.
Hasil perbincangan ringkas mereka membawa keputusan atikah mengambil katil Queen miliknya di studio. Katil itu diletakkan di rumah barunya. Begitu juga dengan pakaian dan beberapa barang penting miliknya seperti rak buku, single sofa tempat dia melepak dan beberapa novel penulisan dengan buku bacaan miliknya.
Abang banyaknya barang abang beli kata atikah sebaik sahaja mereka berdua keluar dari kedai perabut. Dua set katil bersama tilam, penyangkut pakaian kabinet tiga tingkat bersaiz serdahana, satu set meja makan dan sofa panjang.
Bukan selalu sayang katil dan tilam tu total baru RM800. Dapat free meja tepi katil. Takkan kita nak biar katil kosong dalam bilik tu kena ada tempat nak jemur tuala, sejadah dan telekong. Itu semua baru RM100 sayang. Set meja makan tu yang paling mahal RM 470. Sofa single sayang tu abang rasa sesuai kalau kita padamkan dengan sofa panjang yang abang pilih tu. Lagi pun abang dapat free meja kopi. Total semua tak sampai RM 3000. Terang Azlan.
Tapi abang kita banyak nak guna duit untuk pembedahan kak Zu nanti. Kata atikah.
Sayang jangan risau duit ni memang abang peruntukkan nak cari rumah sewa kepada sayang. Tapi ayah dah mudahkan kerja abang apa salahnya abang guna duit ni beli keperluan rumah kita. Kata azlan.
Kalau macam tu tikah nak jugak beli sesuatu untuk rumah tu kata tikah.
Tikah itukan tanggungjawab abang biar abang yang keluarkan duit sayang pilih ok.
Tak nak la. Macam tu. Abang tolong la bagi tikah beli guna duit tikah sendiri pujuk atikah.
Boleh tapi dengan syarat.
Apa dia. Soal atikah.
Bagi abang kiss sayang. Usik azlan.
Abang.
Sayang belilah apa yang sayang nak kalau tak cukup bagitau nanti abang topupkan.
Terima kasih abang.
Setibanya dirumah mereka Eddie sudah siap membuka pagar tengah yang memisahkan kedua-dua belah rumah.
Alhamdulillah dah nampak lapang sekarang kata tikah sebaik sahaja turun dari kereta Azlan.
Kau panas hari ni rasanya esok dah kering simen tu. Kata Eddie.
Thanks Eddie banyak tolong tikah. Ucap tikah.
Tak ada hal lah kebetulan minggu ni aku free bila ayah chik kata nak repair rumah kau aku terus la datang lagi pun aku tengah tunggu lantai dapur rumah mak tu kering aku nak tukar mozek baru. Mozek lama tu dah banyak pecah bahaya kena kaki dia.
Untung ye maksu ada anak macam kau dengan aidil. Kata atikah.
Kau tu apa kurangnya. Kata kat orang je. Haha. Gelak mereka berdua.
Oleh kerana rumah atikah tidak mempunyai peti ais dan mesin basuh jadi semuq barang masak dan barang basah harian diletakkan di rumah Zulaikha.
Macam mana tikah dengan rumah baru tanya Zulaikha.
Banyakkan tak ada lagi. Nasib abang beli katil dapatlah mak dengan abah tidur selesa sikit. Tikah rasa beruntung tuan rumah lama tu dah pasang kipas siap-siap dalam semua bilik. Bilik utama pun dah ada penghawa dingin. Kata atikah.
Bagusnya Akhbar tu. Akak tak berapa kenal sangat dengan Akhbar dan isterinya, abang yang selalu berbual dengan dia. Jadi tak rapat manalah dengan mereka tau-tau mereka dah pindah ke kampung rumah dia ayah dah beli. Kata Zulaikha.
Akak cukup tak cendawan dengan sayur untuk akak ni tanya atikah. Mereka memang masak bersama setiap hari. Zulaikha akan jadi tukang potong sayur, daging dan buah. Dia akan menjadi pembantu kepada atikah ketika memasak.
Cukup lah tu tikah. Akak sorang je yang makan sayur ni atikah. Budak-budak ni tak makan mana pun sup sayur. Selera diaorang sama je dengan abang tak habis dengan sambal dan kari. Kata Zulaikha.
Tikah.
Ye kak Zu.
Sepupu tikah tu ada lagi tak buat kerja disini? Akak nak pindahkan satu almari pakai abang ke rumah tikah. Kata Zulaikha.
Eh kenapa pulak kak kan abang nak pakai baju apa? Kata atikah.
Amboi Zu abang dengar nak pindahkan baju abang siap satu almari tu macam je bunyi ye. Kata azlan.
Itu lah menyampuk orang cakap tak habis lagi balas Zulaikha.
Abang bilik kita tu dah sesak abang dengan 4 biji almari pakaian. Abang bukan tak tahu Zu nak masuk ke bilik tu susah ruang solat kita pun sempit. Zu asyik terlanggar je almari tu. Kalau dapat Zu nak sedekahkan separuh pakaian Zu pada orang yang memerlukan. Lagipun keadaan Zu sekarang ni lagi senang pakai jubah labuh sahaja. Terang Zulaikha.
Betul jugak kata Zu tu abang pun lupa. Kata Azlan.
Zu nak bagi set sofa dua beradik kat tepi tu jugak pada atikah abang. Zu rasa sofa tu dah tak sesuai dengan keadaan Zu sekarang. Kalau dapat pindah rumah tikah luas sikit laluan Zu tak perlu orang untuk tolak Zu kalau terlekat di sofa tu.
Abang tak kisah, mana Zu dengan tikah rasa mudah abang ikut je. Jawap Azlan.
Kalau abang kata macam tu apa kata abang repair belakang tempat jemuran kita ni. Jadikan satu ruang sahaja. Senang tikah nak masuk kat dapur dari sebelah ke sini. Ni kena pusing dari depan kena pakai tudung susah tau tak ada privacy. Kata tikah.
Betul tu akak pun setuju. Hari tu along pun pernah merunggut benda yang sama pada akak. Kata Zulaikha.
Baiklah isteri-isteri kesayangan abang. Nanti abang tanya Eddie, minta dia tolong buat ruang laundry bertutup kat belakang tu.
Macam tu lah suami kami sangat memahami keadaan isteri-isteri dan anak-anak. Balas Zulaika.
Malam tu anak-anak mula membantu azlan memindah masuk set sofa dua beradik yang dikatakan oleh Zulaikha. Begitu juga almari pakaian azlan diberi satu kepada rumah atikah. Satu lagi almari pakaian dikosong diberi kepada along kerana anak itu kini dah meningkat remaja tak sesuai almari bergambar kartun. Bukan main suka lagi along.
Pakaian terpakai milik Zulaikha diberi kepada beberapa orang ibu tunggal di bawah program amal SAM.
Ayah dan emak atikah sudah pulang ke kampung mereka cuma tidur satu malam sahaja di rumah atikah. Begitu jugak emak dan abah Azlan. Abah tak boleh tinggal lama rumahnya risau ayam dan kebunnya tak terurus.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
