Jemput makan cik atikah. Pelawa azlan dalam hati hanya Allah yang tahu. Kuatnya debaran ni.
Terima kasih Encik Azlan. Kata atikah. Mana yang lain?
Mereka dah tertidur lepas Isyak tadi. Jadi saya datang seorang, cik atikah jangan risau kita tak berdua sahaja. Ada dua kawan saya yang cik atikah kenal. Itu pun mereka. Kelihatan ijam dan abang razak tiba pada masa yang tepat.
Maaf lambat. Lama kat stesen minyak tadi. Apa khabar cik atikah.
Alhamdulillah baik atikah cepat-cepat membetulkan mask yang dipakainya.
Setelah memceritakan apa yang terjadi kini fahamlah ijam dan abang razak apa yang berlaku antara atikah dan Zulaikha.
Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada cik atikah sekali lagi sebab membantu keluarga saya. Saya betul-betul marah pada kak ipar saya tu. Kata azlan.
Encik azlan, saya mintak bawa lah puan Zulaikha ke hospital pakar itu lebih baik. Walaupun tampon itu berjaya dikeluarkan tapi kuman yang masuk di bahagian rahim puan Zulaikha itu kita tak tahu jenis apa. Kita pun tak tahu kesan pada puan Zulaikha di masa akan datang. Itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang.
Dah lewat saya kena balik dulu kirim salam pada mereka semua. Mulai esok saya tak ada disini sebab saya akan bertugas dia aceh beberapa minggu. Mungkin kami takkan bertemu buat seketika.
Oh.. tapi, em... baiklah. Balas azlan bagai ada sesuatu yang ingin diluah tapi sangat berat.
Assalamualaikum.
Waalaikumusalam jawab mereka bertiga.
Guana jadi gini boh? Soal ijam.
Macam kau dengar tadi lah. Aku betul-betul buntu sekarang. Balas azlan.
Berat hal ni Lan. Zulaikha pun satu bakpe dia jadi macam tu. Macam tak pikir panjang. Luah abang razak.
Aku bukan tak pernah nasihat dia dah berbuih mulut ni tegur jangan ambil ubat atau jamu tanpa makluman aku tapi dia tetap buat. Aku rasa... rokok yang dibawa oleh abang razak tadi diambil lalu dinyalakan api.
We, mikir sikit la kan kena kompaun saja kita ni. Nak hilang stress pun tengok tempat jugak. Kata ijam dia sengaja berkata begitu untuk melenggahkan azlan merokok. Azlan bukan seorang perokok tapi bila stress kadang boleh hilang jugak kewarasan fikiran.
Dah la, jom balik. Esok kita jumpa tempat biasa kita. Kata abang razak.
Angah mengamuk gara-gara tak sempat bertemu dengan atikah. Terpaksalah azlan mengalah membawa mereka semua ke kedai buku milik atikah.
Logo SAM terpampang megah ditingkat atas kedai buku itu. Orang yang mereka cari masih belum bergerak ke acheh. Azlan terus meletakkan kereta ditempat yang disediakan. Angah, achik dan adik berlari sambil memanggil nama atikah. Along pun sama tapi mata merah tu tak dapat nak menipu yang dia juga sangat sayang kepada atikah.
Akak kenapa nak tinggalkan kita? Akak dah tak sayang kan kita ke? Soal angah.
Achik dengan adik menagis tanpa suara.
Angah, achik dengan adik tengok ni. Satu video kanak-kanak kehilangan kaki dipaparkan oleh atikah. Menyebabkan mereka bertiga terdiam. Akak pergi sebab nak bantu mereka kesian mereka. Mereka perlukan kaki palsu untuk berjalan seperti kita. Kalau kita tak bantu nanti di akhirat Allah tanya wahai atikah kenapa kamu tak bantu saudara kamu yang memerlukan bantu sedangkan kamu mampu. Soal atikah.
Betul ni akak pergi bantu je? Soal achik betul demi Allah tak tipu. Berdosa tau kalau tipu kata atikah.
Akak janji balik semula ke sini. Tanya achik.
Ye achik. Akak janji.
Akak nanti kalau adik rindu akak boleh tak adik tepon akak? Soal adik..
Emm... boleh. Kata atikah tersekat-sekat.
Papa bagi nombor tepon papa pada akak tikah. Tepon papa kan kamera dia lagi jelas dari tepon umi arah adik. Azlan menghulurkan handphone tanpa sepatah bicara.
012-3456789. Ok akak dah nak gerak ni along. Belajar rajin-rajin tau jaga umi dan adik-adik ye. Angah budak lelaki kena kuat tak boleh nagis. Angah lelaki kedua selepas papa kalau angah nagis je nanti orang kata..
Angah lelaki lembut bisik atikah ditelinga angah. Terus angah mengelap air matanya. Jangan lupa berlatih badminton kak tikah balik nanti kita lawan ok. Pesan atikah pada angah.
Adik hafal surah yang cikgu bagitu, nanti hantar gambar adik masa tilawah kat akak ok. Achik pun betul-betul nanti masa melaungkan azan ingat azan bukan untuk menjerit tetapi menarik orang untuk solat. Pesan atikah sambil memeluk dua beradik itu.
Baik akak.
Encik azlan, along ada kelas tambahan setiap hari isnin hingga khamis. Angah saya masukkan ke kelab badminton dewan depan sana. Achik dan adik ni masuk tertandingan hafazan dan azan di sekolah mereka. Terang atikah. Sori saya mengatur urusan keluarga Encik tanpa izin sebab saya tak nak budak-budak ni stress dengan apa yang terjadi.
Thanks atikah. Awak dah banyak bantu saya dan keluarga.
Is OK..
Akak jerit aidil kita dah kena gerak ni.
Ok, kata atikah.
Saya gerak dulu. Assalamualaikum..
Waalaikumusalam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AçãoKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
