Barang-barang dalam campervan dikeluarkan azlan meja jenis foldable picnic dibuka dan dipasang payung. Sengaja nak tengok dah digigit lipas atau tidak.
Tempat simpanan barang itu di vacuum bersih tempat pemandu dan penumpang dihadapan juga dibersihkan.
Bahagian luar tunggu kering dicuci angah dan Epul. Suka betul anak-anak azlan sejak Epul ada, sikit-sikit abang Epul. Epul pulak memang melayan angah. Orang anak bongsu tak ada adik memang satu kepala la.
Elok lagi campervan ni tegur haji Abdulaziz.
Betul tu ayah. Kata azlan. Ni yang Lan jaga bersihkan selalu kesian jugak kalau nak bergantung pada aidil dengan Joe selalu buat semua tu.
Bagus campervan ni. Banyak kegunaan boleh buat. Dulu tikah dengan budak-budak ni mula tubuh SAM guna campervan ni la ke sana sini. Cuma satu lah masalah dia tak ada tandas.
Ooo.. saya ada pernah dengar jugak cerita pasal campervan ni dari tikah. Tandas tu tak apa ayah banyak tandas away kita boleh guna sekarang. Tempat perkhemahan pun dah banyak boleh guna tandas yang dia sediakan.
Papa, kereta mama ni kena jugak kan tanya achik.
Ikut kamulah kalau rajin cuci. Mama suruh Papa buang pasir dan vacuum ke tadi. Tapi papa yang nak check minyak hitam dan air. Senang mama nak guna pergi kerja kata azlan.
Assalamualaikum bang. Sini ada buat perkhidmatan car wash ye? Tanya seorang lelaki berkereta Toyota.
Waalaikumusalam. Kami..
Abang ye kan je lah. Alang-alang kami tak buat apa bisik Epul bila mendengar pertanyaan lelaki berkereta Toyota itu.
Ikut kamu lah. Balas azlan.
Boleh bang masuk belah hujung sana ye. Cepat Epul mengiakan pertanyaan lelaki itu.
Encik nak cuci luar sahaja ke dalam? Tanya azlan. Bukan tak tahu budak-budak ni pandai cuci luar sahaja sebab nak main air. Baik dia tanya awal-awal.
Luar dalam abang. Kata lelaki itu.
Epul, angah dengan achik cuci luar dulu siap bagitau Papa. Nanti Papa vacuum kat belah dalam.
Dah siap Encik kata azlan.
Baguslah bersih puji pemilik kereta Toyota itu. Berapa bang.
Seikhlas hati, saya sebenarnya cuci kereta sendiri. Tapi dah Encik tanya budak-budak ni pun ye kan lah. Diorang suka-suka nak menolong. Kata azlan.
Lah ye ke abang. Ikhlas kata kalau abang buka kat sini car wash saya sanggup jadi customer tetap kata lelaki pemilik kereta Toyota itu. Ni bang sikit sumbangan saya pada abang dengan anak-anak. Terima kasih bang.
RM30.00 jerit mereka. Wah...
Ambilah berbagi. Kata azlan.
Betul ke papa? Terima kasih kata angah dan achik.
Terima kasih abang. Kata Epul.
Assalamualaikum Encik Azlan.
Waalaikumusalam cikgu Badrul. Tegur Azlan.
Eh, azhan kamu pun ada? Tanya cikgu Badrul.
Saya tolong ayah cuci kereta cikgu kata achik.
Cantik sangat cikgu pun memang tengah cari tempat cuci kereta ni. Kata cikgu Badrul.
Cikgu masukkan kereta letak kat sebelah Myvi kata Epul.
Haji Abdulaziz pun hanya mampu mengilingkan kepala. Semua tengah syok dapat duit.
Cikgu nak cuci luar dan dalam atau luar sahaja. Tanya Epul.
Luar dan dalam lah. Kata cikgu Badrul.
Epul tadi kamu dah tengok cara abang cuci disebelah dalamkan. Nanti kamu cuci macam tu. Kata azlan.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...