Bab 33

132 6 0
                                        

Kunci kereta diserahkan kepada abang Joe. Atikah terus membawa Nisa ke klinik tempat dia bekerja. Kebetulan hari ini Dr Kamala ada disana membantu Dr Kumar.

Nisa saya sarankan awak bawa anak awak ke hospital. Tadi saya periksa ada tompokkan merah di dalam mulut anak awak. Kata Dr Kamala.

Tapi kalau saya ke hospital macam mana dengan Nani tak ada siapa yang boleh bantu jagakan dia. Kata Nisa.

Tak pe saya dengan kak Zu boleh bantu awak yang penting sekarang kesihatan Nabil kata Atikah.

Lagipun saya rasa anak awak ni mungkin kena tahan sebab ada bintik-bintik merah di badan dia ni. Kata Dr kamala. Saya akan keluarkan surat untuk awak rujuk hospital nanti. Syarikat suami awak ada penalkan? Kalau ada penal awak bagi surat saya ni pada mereka nanti mereka akan rujuk pada pakar kanak-kanak.

Baik Dr Kamala. Terima kasih.

Saya bawa awak balik dulu ye Nisa. Nanti awak balik pekkan barang-barang seperti tuala, ubat-ubatan, penjagaan diri, baju tidur sepasang dua, tuala dan baju basahan untuk waktu siang dalam 5 pasang untuk nabil dan Nina. Awak pun jangan lupa pek kan sekali barang kelengkapan awak. Terang atikah.

Kalau macam tu, saya kena bagitau abang Nizam dulu. Takut dia risau. Kata Nisa.

Call lah dulu. Saya nak ambil kak Zu sekejap rasanya dia dah siap sesi fisio sekarang. Kata atikah.

Selesai Nisa menghubungi ijam dan Zulaikha pun dah masuk ke dalam kereta mereka terus pulang ke rumah Nisa untuk mengambil kelengkapan yang atikah minta sediakan tadi.

Nisa jangan lupa bawa botol susu, makanan dan alat permainan untuk nabil takut nanti dia bosan Kata Atikah.

Betul jugak tu Nisa. Kata Zulaikha.

Azlan dan abang razak baru sahaja siap membuat selenggaraan dikawasan block A. Sambil berjalan mereka berbual-bual kosong.

Setiap hari abang perasan kau ni asyik makan gula-gula hacks kau dah kenapa Lan tanya abang razak.

Entah la abang razak tekak ni rasa loya. Jawap Azlan.

Lan.. abang razak. Panggil Ijam.

Dah kenapa si ijam tu. Kata abang razak.

Lan anak aku masuk hospital. Kata ijam.

Ya Allah kenapa? Soal Azlan.

Nabil kena jangkitan kuman. Nasib baik atikah jumpa mereka masa kereta Nisa rosak kat tepi jalan. Cerita Ijam.

Betul ke? Tanya abang razak.

Betul abang. Nisa sekarang dihospital jaga Nabil. Nani ada dirumah Lan. Atikah dan Zulaikha tolong jagakan. Terima kasih Lan. Aku betul-betul terhutang budi pada kau. Kata ijam.

Apa aku ye, tikah yang tolong. Habis kereta kau macam mana? Soal Azlan.

Abang Joe dah tolong uruskan. Tadi dia ada WhatsApp aku. Dia dah periksa rupanya Nisa ada langgar musang jadi radiator kereta pecah. Abang Joe dah tolong servis kereta tu. Kata ijam.

Jap tepon aku bunyi.

Azlan pun membuka tepon miliknya. Ternyata mesaj dari Zulaikha menceritakan apa yang berlaku kepada Nisa.

Atikah memang takkan bercerita apa perkara baik yang dia lakukan. Azlan kenal sangat perangai atikah yang satu tu. Sebelum dia berkahwin lagi atikah memang takkan bercerita perkara baik yang dia lakukan. Selalunya orang lain yang akan bercerita.

Siapa WhatsApp tanya abang razak.

Zu, dia cerita apa yang berlaku. Sekarang Nani ada dirumah dengan dia. Atikah ada dihospital teman Nisa daftar nabil masuk wad. Kata Azlan.

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang