Maaf Encik isteri Encik tak dapat diselamatkan kata doktor yang bertugas..
Allah jerit pian.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Kata berapa kenalan dan keluarga pian.
Sofia maafkan abang. Kata pian.
Sabar pian. Bisik abang razak.
Aku banyak dosa abang dengan dia. Kata pian. Kemarin anak aku demam abang. Aku tau tentu dia penat jaga anak aku tu sebab dia terlelap masa memandu sebab tu dia kemalangan. Kalau la aku tak suruh dia datang ambil tentu tak jadi macam ni. Ini semua salah aku abang razak. Dia pergi dengan anak-anak aku.
Sabarlah pian. Kata meor yang turut mengikuti abang razak, azlan dan ijam sebaik sahaja dimaklumkan yang isteri pian kemalangan.
Mana aku boleh sabar dan redha meor. Aku baru tahu tadi Sofia mengandung anak kedua aku. Aku menyesal meor. Aku selalu marah dia kat rumah tu bila dia nak bergurau dengan aku. Aku dah lama tak perdulikan dia dengan anak aku kalau kau nak tahu.
Subhanallah pian. Kata abang razak sambil mengilingkan kepala.
Sebelum aku masuk kerja baru ni arwah lain sangat perangai dia. Dia ajak aku solat berjemaah sama-sama, dia ajak aku makan bersama dan dia ajak aku ke taman permainan bersama dia dan anak aku, tapi aku dah janji nak keluar dengan azie. Aku marah dia sampai menangis. Kata kali je dia mintak aku teman dia dengan sofi. Tapi aku keraskan hati jugak aku buat tahu je. Kalau aku tahu dia nak pergi macam ni demi Allah aku bagi sepenuh masa pada dia. Aku menyesal sangat.
Semua dah terjadi pian. Apa-apa pun kau redha la apa yang berlaku halalkan makan minum dia. Maafkan segala kesilapan dia. Kata azlan.
Malam ini jugak jenazah Sofia isteri dan sofi kepada pian dikebumikan. Sesudah selesai membantu jam menunjuk pukul 1.30 pagi. Abang razak, ijam, meor dan azlan mengambil keputusan untuk tidur di hotel bajet yang terdekat kerana mereka semua keletihan untuk membantu pulang ke rumah masing-masing.
Selepas solat subuh mereka pun bertolak pulang.
Sebelum mengantar anak-anak ke sekolah atikah dah habiskan sepiring nasi dagang. Balik dari mengantar anak-anak bila melihat sepupunya menikmati nasi dagang dia sekali lagi makan.
Kau tikah cukup-cukup lah makan tu kata abang Joe. Pipi tu dah macam kuih pau abang Joe tengok usiknya.
Tak tahu la abang Joe sejak pak duduk sini pastu kak kiah datang menjadi-jadi selera saya. Cuba abang Joe bayangkan balik rumah tengahari pak dah siap bakar ikan cencaru kadangkala kerisi cicah dengan air asam makan pulak dengan ulam salad segar yang pak tanam tu. Tak pun pak goreng kunyit ikan cicah dengan sambal kicap. Cerita atikah.
Adui kecoh air kata dayah.
Betul tu sokong aidil. Pak Zam tak jemput pun kami datang makan. Asyik jamu kat tikah makan. Sampai bulat pipi tu. Kata Aidil.
Apa sangatlah aidil masakkan kampung je pak Zam ni pandai. Kata pak Zam merendah diri.
Kami tak kira pak Zam kami nak jugak makan ikan bakar air dengan air asam masakkan pak Zam kata Eddie.
Hah Zam budak-budak ni dah berbunyi aku lama tak makan kamu bila lagi kau nak tunjuk kemahiran memasak kamu.
Ye lah, kata pak Zam hari jumaat malam kamu semua datang makan malam kat rumah ni. Kiah ajak sekali keluarga sebelah bakal suami kamu tu datang. Kita buat makan-makan sambil berkenalan. Jawap pak Zam.
Cantiklah pak Zam. Jawap aidil penuh dengan keterujaan.
Waktu kerja atikah bermula pukul 8.30 pagi setiap hari kecuali sabtu dan ahad. Disebabkan tiada orang dirumah atikah pun membawa Zulaikha ketempat kerjanya. Jadi rutin setiap hari atikah dan Zulaikha akan berkampung di klinik Dr Kumar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
