Selesai doktor yang merawat cik Ramlah datang berhari raya abah terus menyuruh azlan mengemas kawasan rumah menutup kanopi dan menyimpan meja dan membersihkan kawasan gazebo. Mana-mana tertamu yang datang disuruh masuk ke rumah.
Kebanyakan yang datang adalah kawan-kawan kerja acu.
Selesai solat asar abah mengajak azlan sekeluarga pergi beraya. Motor yahama baru abah di naiki azlan dan achik. Abah membawa motor yahama lama miliknya bergendung dengan angah. Atikah membawa Zulaikha, along dan adik menaiki kereta Axia. Mereka ke rumah mak intan dan mak usu adik kepada abah. Selesai solat maghrib dirumah usu baru mereka balik ke rumah.
Astarfirullah.. berselerak rumah dengan bekas makanan yang kotor dan pinggan tak dicuci. Acu dan Azman anak beranak tak tahu ke mana. Tinggal mak ke seorangan mengemas rumah. Abah langsung tak kata apa pada cik Ramlah bila cik Ramlah mengadu kakinya sakit.
Atikah nak menolong biar kan kata azlan. Terus dia bawa masuk Zulaikha ke dalam. Sebelum itu sempat dia berpesan suruh atikah berehat esok mereka dah nak balik.
Along dengan angah tolong papa kutip semua ni letak kat belakang kata azlan.
Kita kemas bahagian luar ni je, pinggan mangkuk ni jangan dicuci. Pesan abah. Selesai mengemas mereka solat berjemaah di ruang tamu.
Atikah sempat mengoreng bihun dan mengoreng nuggets ayam untuk mereka semua mengalas perut. Selesai makan baru azman isteri dan anaknya pulang.
Sebelum kamu masuk tu abah menerapkan syarat supaya mereka membersihkan semua pinggan mangkuk tu. Jika tidak mereka tak dibenarkan masuk. Tak ketinggalan acu yang baru sampai dari beraya di rumah teman lelakinya juga kena memcuci pinggan mangkuk.
Menjerit lah acu bila abah kata tak boleh masuk selagi tak cuci semua pinggan mangkuk.
Subuh ini abah mengeluarkan dapur meminta atikah memasak nasi ayam kerana beberapa orang adiknya akan datang. Terpaksa azlan menolong abah menangkap ayam. Azman dan acu memang tak akan menolong abah punya. Kerana sikap abah banyak turun kepada azlan. Berbanding Azman dan acu banyak mengikut sikap cik Ramlah.
Selesai memasak atikah terus mengemas campervan. Azlan pulak ke Bandar mengeringkan pakaian. Zulaikha pun menolong mengemas apa yang boleh.
Dua adik abah bersama keluarganya tiba pada pukul 11.00pagi. Nasib baik nasi ayam sempat masak. Azlan pun sempat membeli sedikit buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Selepas solat zohor mereka pun bergerak pulang ke dalam perjalanan itu.
Kak Zu kampung akak dekat belah kuala terangganu kan soal atikah.
Ye, tapi akak dah lama tak balik ayah pun suka hidup sendiri. Kak long akak yang selalu datang jeguk ayah akak tu. Kami tak rapat kata Zulaikha.
Ooo.. akak apa kata kita melawat ayah akak dulu tidur kat sana satu malam cadang atikah.
Boleh jugak tu kita pun dah lama tak balik rumah ayah awak lepaskan. Seingat abang kali terakhir kita balik dua tahun lepas sebab ayah nak pergi umrahkan kata azlan.
Tak payahlah. Nanti susah nak makan tidur kat situ ayah bukannya masak kat rumah tu asyik makan kat luar je kata kak long.
Itu kata kak long, awak percaya bulat-bulat kata kakak awak tu. Pernah tak awak tengok sendiri dengan mata kepala awak sendiri. Zu, awak nak pembedahan Zu sepatutnya awak jumpa ayah awak tu mintak ampun pada dia. Nasihat azlan.
Akak, kita balik ye kak kampung akak. Kita jumpa ayah akak, kita melawat kubur arwah mak akak ye. Pujuk atikah.
Perkarangan rumah kampung milik pak zam masih berdiri tegak. Cuma ada sedikit perubahan rumah ini kelihatan ceria bercat baru bahagian dapur telah berbatu dan tandas didalam rumah.
Cantik rumah pak sekarang tegur azlan. Sebaik sahaja sampai tadi mereka semua terkejut melihat keadaan rumah ini. Zulaikha lagilah.
Pak sebenarnya pun terkejut bulan puasa baru ni ada apa kena namanya squash anak muda datang hantar bantuan. Diorang yang baik pulih rumah ni. Semalam dihantarnya pak lemang, rendang dengan nasi briani kambing semperna raya. Sedap ye menjilat jari cerita pak Zam.
Azlan menjeling atikah yang sedang membancuh minuman untuk mereka. Dengan muka selamba atikah buat seakan dia tak tahu apa-apa. Azlan tersenyum melihat gelagat atikah. Aduhai atikah macam-macam isteri yang sorang ni.
Zulaikha termalu sendiri melihat layanan ayahnya kepada dia, azlan, atikah dan anak-anak. Mana taknya sejak dia berkahwin boleh bilang berapa kali dia balik ke kampung ni selebih dia ke rumah kak long dan pulang ke rumah mertuanya.
Bukan main gembira pak zam makan dirumahnya malam ni. Ikan siakap 3 rasa, terung sambal dan telur dadar.
Akak kenapa sikit je makan? Akak tak sihat ke soal atikah melihat Zulaikha banyak berdiam diri sejak sampai tadi membuatkan atikah risau. Anak-anak dah ke atas selepas makan tadi. Kini tinggal Zulaikha, pak Zam, azlan dan atikah di dapur. Ini kerana Zulaikha tidur di bilik bawah yang baru dibuat.
Akak ok, cuma.. akak nak mintak atikah bagi masa untuk akak dengan bertiga sahaja. Pinta Zulaikha.
Ok. Tikah naik ke atas tengok anak-anak dulu.
Pak, Zu mintak ampun pak.. banyak dosa Zu pada pak. Kata Zulaikha.
Tipulah kalau pak kata pak tak kecewa pada Zu. Zu anak pak. Zuriat pak tapi Zu pilih dengar fitnah yang dibuat orang pada pak tanpa Zu siasat kebenarannya. Kata pak Zam dalam nada sedih.
Zulaikha mak meninggal dunia tu bukan sebab pak tak bawa dia buat rawatan tapi mak Zulaikha tak nak dia dah tak sebab dia mengidap barah rahim. Apa yang Zulaikha alami ni sama sahaja yang mak hadapi sebab tu hantar kamu semua ke asrama pak tak nak kamu semua tengok kesedihan pak.
Pak ampunkan Zu. Pinta Zulaikha.
Kenapa kau percaya kata-kata kakak kamu tu. Kenapa kamu ambil ubat yang tak tahu hujung pangkal. Hidup dia pun tak tahu hujung pangkal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AksiKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...