Kan aku dah kata dia dah bercerai kata zack dengan abang Joe sebaik sahaja turun dari pintu surau. Ujang dengan tak tahu malu bersalam dengan haji Abdulaziz sambil bertanyakan atikah.
Haram kejadah betul si ujang ni nak je aku patahkan kaki dia tu tadi tak reti betul hormat imam bakar marah abang Joe.
Dia tu sejak berkahwin dengan si iza teruk betulkan perangai nak aku pijak je tadi. Tegur zack. Nasib baik lah ada Lan tadi gantikan imam masa imam sedar wuduk dia terbatal. Lan menukar posisi tempat dia imam setelah sedar isyarat yang diberi imam.
Alhamdulillah hari siap jugak program agihan bantuan awal ramadhan kita. Sebagai tanda terima kasih tikah nak belanj korang semua makan kambing golek..
Wah sedapnya.
Terima kasih atikah bagi peluang kami sertai program ni. Rupanya banyak lagi orang yang memerlukan. Kita je yang lalai kata azlan.
Betul tu atikah. Sokong abang razak dan ijam.
Saya yang patut berterima kasih pada awak semua banyak sangat bantuan yang awak hulur pada kami semua. Tolong siapkan rumah mak long, tolong wakafkan Lori, tolong derma barang-barang siap tolong pek dan agihkan. Terima kasih. Balas Atikah.
Itu ikhlas dari kami bertiga balas azlan.
Betul tu atikah kata abang razak. Terima kasih buka mata kami ni.
Sama-sama jerit zack. Korang ni asyik berbalas terima kasih ye lah dah terima Kasih tu dalam hati aku lapar ni. Sayang panggil zack pada isterinya jom makan.
Amboi kau marah bos aku pulak balas abang Joe. Aku pun lapar gila nak jom makan...
Jom.. jerit mereka.
We, sedap ye kambing bakar ni.. jerit aidil.
Budak-budak ni anak buah siapalah kata haji Abdulaziz melihat terletah anak buahnya itu semua kepala masuk air.
Haji, hajah... saya nak wakilkan suami saya untuk meminang atikah menjadi isteri kedua suami saya azlan. Kata Zulaikha.
Zu. Jerit azlan.
Demi Allah abang, Zu izinkan abang untuk menikahi atikah. Tolong abang ambik atikah jadi isteri abang. Pinta Zulaikha.
Apa yang kau buat tu ni Zu. Kata azlan.
Apa ni makcik dan pakcik tak faham.
Zulaika pun memceritakan apa yang berlaku pada dirinya sehingga dia bertemu dengan atikah.
Abang razak dan ijam adalah saksi abang menyatakan jawapan pada solat istiqarah abang tu. Zu dengar abang perbualan abang dengan mereka masa Zu keluar dari hospital tu. Abang jujurlah pada hati abang. Demi Allah, Zu izinkan.. tanpa atikah keluarga kita takkan bersatu macam ni. Kata Zulaikha.
Along, angah, achik dan adik... umi nak tanya kamu semua nak tak kalau kak tikah jadi keluarga kita. Kamu semua sayangkan kak tikah kan. Mu nak kak tikah pergi dari kita? Soal Zulaikha.
Kami sayang kak tikah.. kata anak-anak azlan serentak sambil menagis.
See, abang anak-anak pun setuju.
Assalamualaikum. Atikah yang baru sampai dari pasar terpinga-pinga melihat keluarga azlan menagis.
Waalaikumusalam. Atikah mari sini nak. Ayah nak Tanya.
Abang razak dan ijam hanya diam membatu. Azlan dengan wajah keruhnya. Anak-anak azlan merah mata masih menagis.
Kejap ye ayah atikah masukkan barang-barang ni ke dapur dulu.
Pergi simpan. Kemudian datang sini arah emaknya atikah dengan tegas.
Atikah ayah nak bagitau ni, Zulaikha mewakili suaminya azlan merisik kamu sebagai isteri kedua.. apa kamu terima.
What? Ya Allah akak. Encik Azlan apa semua ni. Saya tak faham.
Aku rasa Lan dah tiba masanya kau jujur pada semua. Kata abang razak.
Aku..
Luah lah Lan inilah masanya antara terima dan tidak tu sekurang-kurangnya kau dah cuba. Berdoa tanpa usaha ego namanya Lan. Kata ijam.
Haji, hajah.. atikah. Zulaikha dan anak-anak papa. Demi Allah papa yang salah dalam semua ni. Saya terpikat pada atikah masa majlis amal anjuran syarikat tempoh hari. Tapi saya tahu itu semua hasutan syaitan nak uji saya. Sekembalinya bertugas gambar majlis amal tu siap dari situ saya memcari maklumat tentang atikah. Tapi saya tak jumpa pun dia. Pada saya cukuplah Zulaikha sebagai isteri saya.
Takdir Allah atikah menyelamatkan Zulaikha tanpa saya tahu atau rancang semua ni terjadi. Zulaikha melakukan sedikit kesilapan menyebabkan rahimnya akan dibuang selepas hari raya ni. Kemoterapi yang dia buat gagal. Ubat tu tak sebati dengan Zulaikha. Atikah orang yang banyak bantu keluarga saya. Jaga anak-anak saya jaga isteri saya. Hal ini mengcemkang jiwa saya. Kerja saya jadi tak focus.
Abang razak perasan kemurungan pada diri saya dia nasihatkan untuk buat solat taubat, solat sunat yang lain dan solat istiqarah. Dua malam terakhir dalam mimpi saya. Saya bermimpi atikah menjadi makmum solat saya. Hal ini saya rujuk pada beberapa orang ustaz. Akhir sekali saya rujuk pada imam masjid tempat tinggal saya. Masa saya call abang razak dan ijam saya tak sedar Zulaikha mendengar perbualan saya.
Setiap kali saya ditanya oleh Zulaikha berkenaan atikah saya cuba mengelak.
Ada ketikanya kami bergaduh. Saya akan keluar dari rumah tinggalkan Zulaikha dan anak-anak.Jujur saya katakan anak-anak jadi memberontak sejak ibunya sakit. Saya pulak kerja dipelantar minyak. Kadang didarat. Kadang dilaut berbulan-bulan menyebabkan hubungan saya dengan anak-anak terbatas. Ditambah pulak Zulaikha yang kini berkerusi roda dia pun tak mampu bersama anak-anak selalu atas factor kesihatan dia.
Bila mana anak-anak mengenali atikah semua berubah. Along jadi tulang belakang bila saya tak ada. Lebih bijak menguruskan dan mengemas rumah tanpa bantuan atau disuruh. Along dah pandai masak, walaupun nasi goreng tapi sedap. Kata azlan sambil menitiskan air mata.
Angah, maafkan papa. Angah membesar dengan dalam jiwa yang agak memberontak dan cepat marah. Tapi semuanya berubah bila atikah ada. Angah tak minat bola saya minat bola. Saya selalu paksa angah main bola. Angah rupanya suka badminton saya tak tahu. Angah suka buat aktiviti kebajikan. Bila saya izinkan dia buat kerja kebajikan, itu kali pertama sejak dia membesar angah cakap, peluk dan kata dia sayang saya bergegar jiwa saya
Adik.. achik maafkan papa sayang. Terima kasih banyakkan papa dengan kejayaan achik menang tempat pertama pertandingan azan tempoh hari. Terima kasih adik menang dalam hafazan. Maafkan papa sebab bukan papa yang mengajar kamu semua. Semuanya atas bantuan atikah.
Zu, maafkan abang bukan abang tak tolak perasàan ni semakin abang tolak semaking bergolak jiwa ni.
Bismillahirahmanirahim..
Noratikah binti Abdulaziz, saya Mohd Azlan Isham bin Ahmad Dahlan ingin melamar awak sebagai isteri kedua saya.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
AçãoKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...