Kisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil.
Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
Ye aku tahu baru je tikah WhatsApp maklumkan pada aku tadi. Abang mamat dengan kak kiah pun ada. Kata Azlan.
Allahuakbar, kat mana diaorang nak bermalam hari. Kata ijam. Kunci dengan Nisa. Kereta pun kat bengkel lagi..
Jangan risau. Atikah dah mintak izin dari aku tadi. Paip dah nak masuk dalam lubang ni ready. Cepat.. arah Azlan pada ijam dan kawan-kawan sekerjanya.
Kerja diteruskan, sesi tugas mereka yang terakhir sebelum masing-masing bercuti.
Aidil mengajar kak kiah membuat buku kira-kira dan rekod jualan ditingkat atas. Sementara itu atikah sibuk bermain dengan anak kecil dayah.
Ala comel ye awak ni. Usik atikah. Bilik yang pernah pak long dan mak long guna dulu kini dah berwajah baru. Atikah memcadangkan bilik itu dijadikan bilik nursery.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nasib baiklah barang-barang dalam bilik kak tikah ambil bolehlah dayah bawa Danish ke sini. Kata dayah.
Itulah. Senang dayah nak menyusu, tukar pampers dan tidurkan Danish. Aidil menyampuk perbualan atikah dan Zulaikha.
Ye lah senang uncle Danish nak kacau Danish tidurkan. Kata dayah.
Alah dayah kau dengan aku pun nak berkira. Kat sini je aku nak mengadap dengan si Danish ni. Nak harap anak abang Eddie semua dah besar panjang mana nak kat aku ni. Kata Aidil.
Dah tu apa lagi kahwin lah nak anak balas dayah.
Eh kau dayah berkira dengan aku ye. Tu abang Joe kau lah. Pantang aku rapat sikit dengan ila dah jeling macam nak terbuntang mata tu. Geram je aku nak korek. Kata Aidil.
Hahaha pecah ketawa mereka ada-ada je si aidil ni. Kalau tak dia bergaduh dengan abang Joe mesti zack lah mangsa perang mulut mereka. Tapi itulah yang mendekatkan mereka semua.
Macam mana kak kiah susah tak aidil ajar akak tanya atikah.
Alhamdulillah tikah tak lah susah mana. Setakat ni kak kiah boleh faham cara nak rekod jualan harian, kos dan harga yang perlu akak bagi pada pelanggan ikut kos akak. Kata kak kiah.
Alhamdulillah kak. Kata atikah.
Tengoklah sapa cikgu dia. Kata aidil dengan gaya mengada-gada ditujukan kepada kedua sepupunya.
Alah mengadanya kutuk dayah.
Kak tikah, esok aku pinjam kak kiah ye. Nak buka akaun syarikat kata aidil.
Boleh. Kata atikah. Kak kiah boleh ke?
Boleh tikah. Terima kasih aidil tolong akak. Kamu, Eddie dan tikah dah banyak bantu akak. Tak tahu macam mana akak nak balas.
Akak kalau cakap nak balas saya memang nak mintak upah. Kata aidil.