Abang dah balik. Macam mana dengan tikah? Tanya Zulaikha.
Tikah kena tahan. Tekanan darah dia rendah bahaya untuk kandung. Jawap azlan. Abang nak mandi nak solat.
Abang..
Nantilah kita cakap. Awak tidurlah dah lewat malam ni. Anak-anak pun dah tidur semua. Kata azlan dalam nada dingin.
Zulaikha betul-betul rasa bersalah. Kalau lah dia tak suruh atikah yang keluar semalam tentu tak jadi macam ni. Bukan susah pun dia nak temankan pak dan cik Sabar. Bukan dia berjalan pun. Dia cuma duduk dikerusi roda mereka yang tolak. Azlan pun ada pergi bersama. Semalam pun masa mereka keluar bersama azlan yang menolak kerusi rodanya.
Ya Allah apa aku dah buat ni. Anak-anak semua membisu tak banyak cakap dengan dia. Nasib baik cik Sabar ada tolong masakkan makan malam. Nasib baik juga atikah dah sediakan semua keperluan dapur sama ada yang kering atau basah.
Akhirnya Zulaikha tertidur.
Azlan tertidur selesai solat witir disejadah sempat juga dia solat hajat untuk atikah dan kandungannya. Jiwanya betul-betul kacau sekarang nak ditegur Zulaikha takut kecil hati. Tak ditegur atikah yang merana nanti.
Zulaikha tersedar dari tidur menyentuh tempat tidur azlan yang kosong dipandang ke bawah azlan tertidur di atas sejadah. Begitu lah azlan sejak dari dulu jika jiwanya kacau dia akan bersolat dan berzikir sehingga tertidur diatas sejadah.
Abang, Zu mintak maaf. Kata Zulaikha air mata turun tanpa henti.
Papa macam mana dengan mama tanya adik dan achik. Baby dalam perut mama ok tak?
Alhamdulillah semua ok InsyaAllah hari ni mama kamu boleh balik. Jawap haji Abdulaziz.
Tok ayah. Bila tok ayah sampai. Nenek mana tanya mereka penuh teruja.
Tok ayah sampai tengah malam tadi. Nenek jaga mama kamu kat hospital. Kata haji Abdulaziz.
Rindu kat tok ayah dengan nenek. Kata mereka sambil memeluk haji Abdulaziz. Malam nanti tok ayah cerita kat kami lagi kata mereka.
Ye lah.
Pagi lagi ayah rehat la dulu Lan keluar sekejap beli sarapan.
Nak ikut.
Ye lah. Dah solat ke belum? Kalau belum pergi dulu gosok gigi, solat dan tukar baju kalau lambat papa tinggal.
Ayah, mak cakap apa pada ayah tadi. Tanya azlan.
Atikah dah sedar tengah malam tadi alhamdulillah makan pun ok kata mak kamu.
Ayah boleh tak Lan nak tahu selalu ke tikah jadi macam ni kalau dia demam. Tanya azlan.
Tikah jadi macam tu lepas dia terkena peluru sesat masa misi di afrika. Nasib baik yang pergi dengan dia masa tu Epul tu. Epul call ayah kat Malaysia. Sebab tikah meracau macam ketakutan sebagai ayah kita cuba buat yang terbaik.
Ayah pun cuba bacakan dia surah-surah syifa dalam Al-Quran. Alhamdulillah lepas 3 kali ayah buat tikah sedar. Bila dia kuat sikit ayah suruh Epul bawa dia balik Malaysia buat rawatan kat sini.
Lan selalu tengok parut tu ayah. Pernah jugak Lan tanya dia. Katanya dia kena tembak. Sejak Lan tahu, Lan kawal sikit aktiviti sukarelawan dia. Biar Lan ada kami pergi sekali.
Alhamdulillah. Kamu berjaya kawal sikit degil dia tu. Ayah ni tak mampu Lan nak kawal dia 24 jam. Nasib baik ada si Joe dan aidil tengokkan dia disini. Tu sebab ayah bagi modal pada dia untuk buka kedai buku tu. Biar dia tak bergerak jauh sangat.
Patutlah. Baru saya faham. Bila Allah jadikan sesuatu tu semua bersebabkan ayah. Kita ni manusia kerdil je.
Betul tu Lan.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...