Bab 63

109 5 0
                                    

Abang gerak dulu. Kalau ada apa-apa jangan lupa call abang. Pesan azlan kepada atikah.

InsyaAllah abang. Abang pun hati-hati tau. Kalau penat rehat dulu. Kak Zu pun hati-hati ye. Kata atikah. Zulaikha akan ke mengikuti rombongan ke pulau pinang beberapa hari bersama rakan-rakan persatuan kanser.

Selepas mengantar Zulaikha, azlan akan terus menyusul mengikut abang razak mengantar barang-barang kepada acu dikampung.

Tepat pukul 5.00 pagi mereka sampai dikampung azlan. Rumah itu kelihatan sunyi sejak abah dan mak tiada. Abah Lan dah sampai kat kampung. Rumah abah masih tegak berdiri. Lan janji akan jaga keluarga ni macam mana abah mahu. Bisik azlan dalam hati kecilnya.

Jom semua naik ajak azlan. Mereka masuk kedalam rumah sebelum ke surau untuk solat subuh.

Azlan tegur imam.

Imam. Mereka pun salin bersalaman.

Kamu dah balik, macam mana dengan keadaan mak kamu. Tanya imam.

Mak kena strok imam sekarang dia dah tak boleh nak bergerak...

Semoga Allah berikan kesembuhan untuk mak kamu.

Terima kasih imam.

Selesai solat mereka terus ke warung dihadapan surau untuk bersarapan. Idris yang sama-sama solat subuh disurau terus balik ke rumahnya dia tak sempat nak bersarapan takut acu terjaga.

Acu tegur azlan pada adiknya.

Ngah kau nak apa datang sini marah acu. Kau pun nak ajek aku kan kata acu.

Bawak mengucap acu. Aku datang sebab aku mimpikan abah. Abah mintak aku datang jumpa kau. Kata azlan.

Kenapa abah suruh cari aku. Dulu abah yang sumpah aku hidup tak berkat kata acu sambil menangis.

Abah tak pernah sumpah kau acu. Abah sayang kau sebab tu abah nikahkan kau malam tu abah memang tahu dia tak sihat. Abah dah cite semua pada tikah. Dia mintak tikah rahsiakan dari semua orang tentang kesihatan dia. Kata azlan.

Acu kalau abah tak sayang kau dah tentu dia tak suruh aku jamin kau malam tu. Abang tanam kelapa sawit di bahagian tanah ni untuk kau. Semua dia buat untuk kau. Kau je yang tak sedar acu.

Abah.. ampun aku abah.. jerit acu. Erkkk... tiba acu menjerit kesakitan.

Idris cepat datang sini acu sakit jerit azlan.

Aida, kau ok tak? Macam mana ni. Idris kalut risaukan isterinya.

Azlan cepat bawak adik kau tu ke hospital. Arah abang razak.

Baik abang razak. Idris pergi ambil dokumen kesihatan acu dan pakaian dia. Standby takut kena tahan kata azlan.

Baik. Tapi saya belum sempat beli beralatan bayi.. kata Idris.

Jangan risau atikah dah siapkan semua dalam kereta tu mari kita bawa acu ke hospital sekarang.

Suami puan aida. Doktor nak jumpa. Panggil seorang jururawat.

Abang Lan saya..

Jangan risau kita pergi sama-sama kata azlan.

Maaf Encik saya perlu nyatakan disini kemungkinan besar anak Encik adalah bayi sindrom down. Isteri Encik ada tak maklumkan hal ini pada Encik. Tanya doktor itu.

Subhanallah, tak doktor.

Habis macam mana ni doktor. Tanya azlan.

Kami cadangkan Encik rujuk pada hospital pakar. Sebab kandungan dah dekat sangat dengan due date puan aida. Hospital ini tak ada doktor pakar.

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang