Seminggu sebelum hari raya barulah azlan pulang. Dia terpaksa kembali bekerja kerana ingin menukar cuti dengan staff lain untuk menemani Zulaikha ketika pembedahan nanti.
Hari raya tahun ni jatuh giliran rumah mak abang. Kata Zulaikha. Wah seronoknya lama tak jumpa mak. Akak ni tak ada mak, tapi dengan mak abang akak rasa hidup akak yang dulu kosong kini terisi dengan insan bernama mak.
Oh ye ke kak.. tentu seronokkan dok rumah mak nanti. Balas atikah.
Sembang apa ni yang seronok sangat tegur azlan yang baru pulang dari masjid.
Abang kita raya rumah mak kan tahun ni. Seronoknya. Kata Zulaikha.
Ye. Tapi abang dok pikir kita dah tambah seorang lagi jadi kereta abang tu rasa macam tak muat nak isi kerusi roda lagi.. apa kata kita raya sini je. Cadang azlan.
Emmmm.... balas Zulaikha.
Apa masalah ye. Kita guna je campervan saya balas Atikah. Lagipun masa raya ni saya pun nak bersama keluarga. Kebajikan tu penting tapi keluarga tu lagi penting. Tanpa keluarga kita tak ada di dunia ni. Kata atikah.
Ha, abang macam mana? Soal Zulaikha.
Tak susah kan awak ke? Tapi nanti kat sana macam mana kita nak gerak ke sana sini? Soal azlan.
Apa susah zaman dah moden. Kita sewa je kereta kat kampung abang. Lagipun jalan ke kampung abang tu mesti jem kan. Jawab atikah.
Betul tu abang. Sokong Zulaikha.
Esok saya akan mintak abang Joe dengan aidil siapkan campervan tu. Hari selasa kita boleh bertolak balik kata atikah.
Yey sorak gembira Zulaikha.
Dah lewat malam ni. Saya nak mintak diri balik studio dulu la. Kata atikah.
Tak tidur sini ke? Soal Zulaikha.
Tak. Banyak kerja kak zu, atikah kena siapkan sebelum cuti raya. Cepat atikah memberi alasan sebenarnya dia tak pernah sekali pun berlama-lama di satu tempat jika ada azlan.
Tidur sini je lah dah lewat malam pun ni. Kata azlan dalam nada geram kepada atikah. Isterinya yang satu sentiasa mengelak jika dia ada bersama. Dah dekat sebulan kahwin tapi mereka langsung tak pernah ada masa untuk bersama. Dah lewat atikah abang pun tak larat nak bawa kereta ni. Esok nak bangun awal nak sahur.
Tak apa saya bawa motor tadi.. jawab atikah.
Lantak awak lah kata azlan terus dia bangun dan masuk ke bilik. Geram semua ada..
Along nanti masukkan je lauk yang mama masak tu dalam microwave ye. Mama nak balik studio dulu. Esok sebelum asar mama balik masak untuk buka puasa. Ok. Kata atikah pada along.
Mama..
Setelah memcium ke semua anak-anak tirinya baru lah atikah bergerak balik.
Papa, mama suruh cakap dia balik dulu. Kata along lalu masuk ke biliknya. Malam ni tak seronok sebab mama tak teman mereka tidur.
Nafas ditarik panjang. Tasbih digenggam kemas.
Ya Allah apa yang perlu aku buat. Bisik azlan.
Nah kak, kunci campervan semua saya dah check tayar, enjin, bateri, minyak dan air. Semua dalam keadaan baik.
Thanks aidil. Macam mana dengan barang yang akak mintak kamu cari tu. Semua dah saya selesaikan seperti yang akak mintak.
Thanks aidil. Alamak akak dah lewat ni nak balik masak.
Tak payah kita buka kat luar je ajak semua budak-budak ni. Kata azlan.
Akak aidil turun dulu. Abang Lan tegur aidil setelah bersalam aidil terus turun ke tingkat bawah.
Tak payah la buka puasa kat layar. Nanti susah kan awak balas atikah.
Atikah saya suami awak. Boleh tak awak ikut arahan saya tanpa ada alasan? Kalau saya boleh dengar cadangan awak kenapa tak awak. Kalau awak berkeras lagi tak payah balik kampung saya kita raya sini je. Kata azlan.
Okay.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AçãoKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...
