Dah berapa kali dia muntah pagi ini. Tubuh longlai dan hilang kederat.
Sepatutnya dia yang mengetuai solat subuh pagi ini. Tapi apakan daya. Pembawakan budak kali ni buat dia lemah dan tak berdaya.
Tak apalah Lan, ayah boleh jadi imam. Kata mertuanya.
Haji Abdulaziz dan pak Zaman bersama pasangan masing-masing akan menunaikan umrah. Jadi sebelum berangkat ke tanah suci, mereka semua berkumpul di rumah Azlan untuk mengadakan majlis tahlil dan kenduri doa selamat. Turut menyertai mereka abang razak, isteri dan anak-anaknya. Haji Salleh dan isterinya turut menyertai ibadah umrah ni.
Kamu ni dah 2 kali jadi macam ni tegur abang razak. Dulu masa tikah mengandungkan Adam macam ni jugak keadaannya. Tegur abang razak sebelum dia naik pesawat bersama yang lain.
Biar sama merasa balas kak siti.
Tersenyum sumbing azlan.
Rezeki balas haji Abdulaziz. Betul tu rezeki kini azlan dan ijam bergabung menyusahakan bas persiaran untuk disewa. Selepas ijam berhenti dari plantar minyak dia terus mengambil lesen memandu untuk kenderaan berat seperti Lori dan bas. Oleh kerana kekangan kewangan masih belum kuat dia pun bercerita kepada Azlan untuk bertanya pandangan. Akhirnya mereka berdua menjadi rakan kongsi. Car wash kini mempunyai adik beradiknya. Pertama bas sekolah, kedua sewa campervan dan terbaru sewaan bas persiaran.
Abang jerit atikah.
Kenapa sayang? Azlan yang membantu atikah menukar pakaian turut terkejut.
Cepat abang sambut. Kata atikah yang menyelak bajunya..
Waķķkk... tangisan bayi. Terdengar suara jururawat dan doktor berlari kearah mereka berdua.
Ya Allah sayang ok tak ni. Tanya azlan sebaik sahaja menyambut anaknya. Atikah hampir terjatuh kerana lemah dibahagian kaki.
Doktor.....
Alhamdulillah semua dah selamat tikah. Anak kamu ni memang tak sabar nak keluar. Nasib baik azlan tu cepat sambut. Kata cik ani.
Itulah mak. Tikah rasa sakit pun. Tiba-tiba air ketuban pecah pastu rasa ada sesuatu belah bawah. Tikah panggil abang. Suruh tengok. Baby dah keluar. Kuat betul abang jerit. Cerita atikah.
Atikah kini sedang berpantang di kampung. Kebetulan budak-budak cuti sekolah.
Azlan pulak sibuk mengikut bapa mertuanya ke pekan. Ada sahaja plan mereka.
Majlis akikah Mohd Alif Izlan bin Mohd Azlan diadakan terus ketika mereka semua dikampung atikah. Kemeriahan terasa bila semua berkumpul.
Sebaik sahaja seminggu mereka kembali ke kediaman mereka perintah kawalan pergerakkan diumumkan.
Bermulakan episod baru penuh dengan air mata Azman dan keluarga telah disahkan terkena jangkitan covid 19. Paling teruk adalah boy. Boy mempunyai masalah pernafasan sejak lahir hampir sahaja dia ditidurkan. Luluh hati kak lin.
Covid juga telah mengorbankan pak long dan mak long pasang suami isteri menjadi mangsa wabak itu tanpa sempat bertemu atikah. Atikah memang banyak membantu mereka. Dibelinya pakaian, makanan dan keperluan rumah mereka. Sebak hati atikah mengetahui hal itu.
SAM turut membantu menjadi pusat pengumpulan makanan pada yang memerlukan.
Kawasan perumahan yang mereka ditinggal terutama dikawasan kampung, disurau dan masjid Pak Zam dan mail mengetuai program food bank dan bantuan makanan.
Dikampung atikah - haji Abdulaziz, faizal dan Epul sebagai sukarelawan yang menganggih bantuan.
Dikampung azlan - Idris dan ahli kariah surau berhampiran rumah abah menjadi tenaga kerja menyalurkan bantuan.
Dikampung Zulaikha -Ijam, musa dan abang mamat menjadi sukarelawan yang membantu menganggihkan bantuan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari kami
AçãoKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...