Bab 32

122 5 0
                                        

Wah adik pun dapat basikal sorak Norariana atau lebih manja dengan panggilan adik.

Terpancar keriangan diwajah dua kanak-kanak itu.

Umi boleh tak adik nak bawa basikal ni pusing-pusing rumah kita? Soal adik.

Bawa la kan tu basikal adik. Kata Zulaikha.

Malam ni atikah tiada dirumah kerana dia perlu ke kerteh untuk program kebajikan klinik yang dia bekerja. Atikah sebenarnya masih bekerja secara kontrak sebagai fisiotrapy jurupulih anggota bertauliah walaupun bukan dibawah agensi kerajaan.

Azlan pada mulanya tidak membenarkan atikah ke kerteh. Tapi setelah diterangkan oleh atikah baru la dia benarkan. Tapi dia juga akan bantu dalam misi tu. Sebelum dia melaporkan diri untuk bekerja.

Nasib baik suami doktor Kumar mengizinkannya. Doktor Kumar adalah suami kepada doktor Kamala. Doktor Kumar pemilik Klinik Kumar Fisiotrapy. Dr Kumar merupakan seorang pakar Saraf, orthotic dan prosthetic merupa salah seorang sukarelawan seperti atikah.

Tepat pukul 5.00 petang, atikah pun sampai ke rumah. Kepenatan terpancar diruang wajahnya. Tapi dia tetap bermanis muka kepada semua.

Umi, mama dah sampai jerit adik.

Assalamualaikum. Anak-anak berlari-lati untuk bersalam dengan atikah.

Waalaikumusalam. Alhamdulillah tikah dah sampai. Kata Zulaikha. Macam mana dengan program disana?

Akak macam tak kenal dengan abang ada je pantang larang ye. Bukan tikah tak boleh memandu balik seorang diri lepas program sibuk ajak bermalam disana katanya bahaya tikah seorang diri balik waktu malam..

Betul apa yang abang kata tu tikah. Akak pun sebenarnya tak berapa galakkan tikah memandu seorang diri balik ke sini waktu malam. Bahaya tikah, kita tak tahu apa-apa yang akan jadi. Lagipun tikah guna kereta terpakai. Nanti rosak tengah jalan waktu malam macam mana? Hari tu akak suruh pilih kereta baru tikah degil nak kereta seconds. Kalau tikah tak cukup duit bagitau je pada akak. InsyaAllah akak akan bantu tikah.

Akak ni bukan pasal duit tikah ada sahaja duit tapi tikah kesiankan pemilik kereta sebelum ni. Anak dia sakit buah pinggang dia perlukan duit untuk proses rawatan.

Tikah dengan ayah memang tak ada bezanya kata pak Zam.

Anak ayah pak Zam. Balas Atikah sambil tersenyum. Ni dah ada basikal baru kenapa tak ke taman tanya atikah pada anak-anak tirinya.

Boleh ke mama? Tanya achik.

Kan papa dah izinkan achik dengan adik berbasikal ke taman semalam. Pergilah. Nanti mama tolak umi kita ke taman sama-sama. Kata atikah.

Tikah kan baru sampai. Tak payah lah tolak akak ke taman jauh taman tu. Kata Zulaikha.

Tak apa kak, kita pergi je mana kita larat. Senaman sikit. Tikah pun dah lama tak bersenam sambil udara segar ni. Asyik jogging atas mesin je. Kata atikah sambil menolak Zulaikha keluar ke taman.

Malam ni anak-anak nak makan pizza, jadi atikah hanya membeli melalui pesanan telepon sahaja. Untuk pak Zam, Zulaikha dan dia sendiri atikah hanya mengoreng nasi goreng kampung. Selesai solat isyak mereka berbual-bual di bilik Zulaikha sambil menunggu video call dari azlan.

Assalamualaikum..

Waalaikumusalam, abang sihat ke? Tanya Zulaikha disisinya anak-anak yang sedang melambai tangan kearah Azlan.

Alhamdulillah sihat Zu, Zu dengan anak-anak?

Alhamdulillah abang kami semua sihat.

Papa tadi kami ke taman dengan mama dan umi. Adik bawa basikal keliling taman. Cerita adik dengan keterujaan.

Ye ke? Wah seronoknya. Rugi papa tak ada kalau tak kita boleh main badminton kat taman sekali.

Mana dia tanya azlan.

Mama dah tertidur papa kata adik.

Ye lah abang tikah dah tertidur kat tempat abang. Nyenyak pulak tu. Kata Zulaikha.

Tak apalah Zu mungkin dia penat seharian memandu. Nanti abang call semula esok pagi. Kata Azlan.

Baiklah abang selamat malam.

Akak sorry tikah tertidur. Kata Atikah.

Tak apa tikah akak faham tikah dah seharian memandu ke sana sini, bekerja, sediakan makan untuk kami, setiap petang lepas balik kerja tolong tolak akak pergi dan balik ke taman temankan budak-budak ni. Jawap Zulaikha

Itu dah jadi tanggungjawab tikah kak bantu akak masa abang tak ada. Balas atikah.

Akak boleh kita sekarang tanya atikah. Setiap hari atikah akan membawa Zulaikha ke klinik tempat dia bekerja untuk menjalani fisiotrapy bagi menguatkan tulang belakang walaupun kaki Zulaikha sudah disahkan 100 peratus tidak berfungi. Sejak dia rajin mengikuti ratin latihan fisioterapi Zulaikha kini boleh menguruskan dirinya sendiri. Seperti ke tandas untuk membuang air, mandi dan menukar pakaian.

Dah tikah. Jap akak panggil pak kat belakang dia tentu dekat kebun sayur dia tu. Sejak tinggal dengan mereka ni pak Zam banyak menghabiskan masa di masjid mengikuti kelas agama. Selain itu pak Zam juga sibuk dengan tanaman hydroponics dan herba dibelakang rumah.

Pak. Ooo pak, Zu dengan tikah nak gerak dah ni. Kata Zulaikha.

Ye lah, hati-hati pak pun sekejap lagi nak ke kuliah dhuha. Terang Pak Zam.

Tikah dah masak kari ayam dengan nasi pak Zam nanti kalau pak Zam teringin masak apa-apa Pak Zam masak la. Kata Atikah.

Ye lah jangan kamu risau Atikah tau la pak nanti. Kamu tak masak pun tak apa pak boleh masakkan untuk Zulaikha dengan anak-anak kata pak Zam.

Tak apalah pak, tikah pun bukan buat apa je kerja kat rumah ni. Pak yang banyak membantu. Ambil adik dan achik dari sekolah. Kata atikah. Tikah dengan kak Zu gerak dulu ye pak. Nanti lambat pulak sampai.

Ye lah.

Sejak pak Zam tinggal bersama dia banyak membantu atikah. Tugas mengantar dan mengambil adik dan achik di sekolah. Motor skuter atikah menjadi alat pengakutan utama.

Honda BR-V milik azlan akan digunakan atikah pada waktu pagi. Kerana mereka sudah meletakkan tempat khas untuk meletakkan kerusi roda Zulaikha. Myvi pulak atikah akan guna disebelah petang kerana lebih mudah untuk memudahkan dia bekerja dikawasan kampung untuk melakukan terapi. Kadang kalau hari hujan pak Zam akan menggunakan Myvi untuk mengambil adik dan achik dari sekolah.

Along dan angah pulak pergi dan pulang dari sekolah dengan abang Joe. Anak sulung abang Joe sebaya dengan angah mereka pun satu sekolah dan partner badminton. Kalau along kelas tambahan atau aktiviti sekolah yang memerlukan dia pulang lewat pun dia akan guna basikal elektrik milik atikah untuk ke sekolah.

Kak Zu, bukan ke tu kereta Ijam kan? Kenapa dia berada ditepi jalan ni? Soal atikah. Kita berhenti ye.

Betul lah tikah kata Zulaikha.

Tikah turun jap ye. Tengok apa yang jadi. Kata Atikah.

Ye lah, hati-hati tikah pesan Zulaikha.

Ya Allah, Nisa ok tak ni? Tanya Atikah sebaik sahaja melihat kereta yang dipandu Nisa berasap dibahagian enjin.

Saya tak tahu tikah, tiba-tiba kereta ni mati dan asap keluar. Saya nak ke klinik bawa nabil deman dan muntah dari malam tadi. Cerita Nisa dengan mata yang berair.

Tak apa, awak ambil barang-barang dan anak-anak masuk dalam kereta saya. Nanti saya call abang Joe uruskan kereta ni. Kata atikah.

Bidadari kamiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang