Bab 58

92 5 0
                                    

Mohd. Idris bin Hassan kami terpaksa memukar kamu ke unit lain disebabkan kegagalan kamu menguruskan hal peribadi dan kerja kamu. Kata David pengarah urusan The Town Hall.

Kamu pulak Noraida binti Dahlan saya terpaksa buang dari syarikat ini kerana disiplin kerja kamu yang sangat teruk.

Macam mana sekarang ni tanya acu pada suaminya.

Saya kena tukar unit lain. Awak. Tanya tanya Idris.

Saya kena buang.

Awak balik dulu ke kampung jaga mak awak. Nanti saya balik lepas uruskan semua hal kat sini kata Idris.

Nak tak nak acu memang kena balik kampung sebab tak ada orang nak jaga cik Ramlah. Dia pulak kini hamil sebulan.

Mak kau buat apa ha dari tadi jerit acu. Aku mintak air dahaga tak larat tahu tak. Acu terus membebel.

Kaki mak sakit acu mak tak larat nak jalan kata cik Ramlah.

Alasan.

Akak macam mana ni tuan rumah dah marah-marah sebab dah tiga bulan sewa tak bayar. Kata Jazman.

Akak dah cuba call abang Idris tapi tak angkat. Kata Juliah. Akak cuba lagi.

Hello ha kau nak apa ha? Jerit Idris.

Assalamualaikum abang, yah nak tanya pasal sewa rumah bang tuan rumah dah marah-marah.

Habis tu apa masalahnya kau tak pandai nak selesai sendiri ke? Jual kuih ke, keluar ke dari rumah tu cari yang murah sikit. Semua nak gantung pada aku bingitlah jerit Idris.

Akak betul ke apa akak buat ni. Tanya Jazman.

Ini sahaja jalan yang akak ada man.

Akak kalau akak keluar dari rumah ni secara automatik akak dah jatuh talak tegur Jazman.

Ya dahulu Idris pernah melafaz kata jika Juliah keluar dari rumah ini untuk memcari kerja maka jatuh talak padanya. Ini kerana Idris tak mahu ada orang lain melihat kecantikkan Juliah. Kini kecantikkan itu tak lagi dihargai malam di sakiti.

Akak terpaksa man.

Hello, Assalammualaikum. Saya Jazman boleh saya cakap dengan puan atikah.

Waalaikumusalam kak tikah ni man. Kenapa man.

Akak tolong saya kak, kakak saya dah langgar larangan abang Idris untuk tidak keluar dari rumah. Kalau dia keluar maka jatuh talak pada kakak. Sekarang kami perlukan duit untuk cari tempat tinggal sebab tuan rumah bagi kami tinggal hingga hujung minggu ni. Abang Idris dah lama tak balik kak.

Astarfirullahalazim. Kamu tunggu akak dan abang azlan akan datang kesana.

Abang kita kena tolong Juliah. Kata atikah.

Kenapa dengan diorang. Mereka kena halau dari tuan rumah abang. Sekarang ni pulak Juliah dah langgar lafaz taklik yang Idris lafaz dengan keluar bekerja. Mereka perlukan rumah dan pekerjaan kata atikah.

Siapa Juliah tanya abang razak. Azlan pun bercerita tentang apa yang berlaku.

Oh ye, hari tu pian nak cari orang sewa rumah yang dia pernah tinggal dengan arwah Sofia. Cuba abang Lan tanya dia kata meor.

Betul jugak tu.

Azlan terus menghubungi pian. Alhamdulillah pian sudi membantu mereka. Esok pagi abang razak akan bertolak ke sana mengambil barang-barang.

Idris kau masih dengan amoi nama aida tu ke? Tanya ah chong.

Kenapa tanya Idris.

Itu perempuan tak baik ma. Dia kasi wa RM100 untuk buat lu tidur sama dia. Cerita ah chong.

Terdiam Idris mendengar kata-kata ah chong.

Dalam fikiran dia sekarang ni hanyalah Juliah dan anaknya jefry. Pulang dari kerja terus dia ke rumah yang disewa untuk Juliah.

Assalammualaikum yah abang dah balik. Kata Idris.

Waalaikumusalam maaf encik kat sini dah tak ada penyewa nama yah. Boleh saya tau nama Encik. Kata budak lelaki yang bercakap dengan Idris.

Nama saya Idris.

Oh Encik Idris ye. Saya ada surat untuk Encik, sekejap saya ambil. Kata budak lelaki itu.

Assalamualaikum.

Kehadapan abang Idris yang Juliah hormati. Disini yah mohon ampun dan maaf kerana telah melanggar lafaz taklik yang abang beri pada yah. Yah telah engkar arahan abang untuk tidak keluar bekerja. Yah terpaksa keluar untuk memcari rezeki untuk meneruskan kehidupan kami bertiga dan membayar sewa rumah. Tapi disebabkan abang dah terlalu banyak menangguhkan bayaran sewa, yah tak mampu untuk membayar jadi yah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah ini. Disebabkan yah dah langgar lafaz taklik dengan ini yah akan ke pejabat agama untuk melaporkan penceraian kita.

Terima kasih abang atas segala pengorbanan abang pada yah dan man. Yah mohon abang halalkan makan minum yah sepanjang yah menjadi isteri abang.

Salam ikhlas
Daripada bekas isteri mu
Juliah.

Juliah maafkan abang. Jerit Idris.

Macam mana, ok tak ju rumah ni tanya atikah.

Alhamdulillah kak. Rumah ni dah banyak perabot dan kelengkapan jadi tak susah untuk kami cari perabot lain. Kata Juliah. Jemput kak tikah minum air dan rasalah kuih kami.

Sedapnya kata atikah.

Biasa-biasa je kak kuih kampung balas Juliah.

Alhamdulillah kamu berdua pun dah dapat tempat tinggal baru. Apa perancangan ju sekarang? Tanya atikah.

Kami pandai buat kuih kak tikah. Kami ingat nak berniaga. Man sebenarnya baru sahaja tamat belajar kulinari pendidikan khas bagi golongan oku. Kata Jazman.

Jap nak tanya kuih yang akak makan ni kuih kamu buat lah ye? Sedap. Kalau macam ni memang boleh jual kata atikah.

Apa yang boleh jual tu tegur azlan.

Abang cuba rasa kuih ni sedap. Kuih ni juliah dan Jazman yang buat. Abang razak, meor, pian dan mat marilah minum rasa kuih ni sedap kata atikah.

Betullah sedap. Kata mereka.

Juliah boleh tak kami nak order kuih ni tanya mat. Anak saudara abang razak.

Boleh. Berapa banyak? Tanya Juliah.

Banyak, saya nak letak kat kedai isteri saya untuk minum petang. Kata mat.

Betul jugak tu mat, tak payah kau susah lagi lepas ni nak cari pekerja buat kuih kat kedai kau tu. Kata abang razak.

Akak pun nak tempah pada ju, untuk hari khamis malam jumaat kuih karipap, kuih kasturi dan kuih popia untuk tahlil arwah abah mertua akak. Kata atikah.

Maaf kak, ju tanya abah mertua akak tu pakcik dahlan ke? Soal Juliah.

Ye betul lah tu. Kata azlan.

Innalillahiwainnailaihirojiun maaf ju tak tahu. Dulu masa abang Idris dengan aida hangat bercinta saya pernah jumpa dengan pakcik. Pakcik ada tegur abang Idris tapi abang. Tetap keras nak berkahwin dengan aida. Dia mengaku mereka dah terlanjur. Luah Juliah

Astarfirullah.

Idris kau balik sekarang ke kampung ni jerit acu.

Apa masalah awak ni aida saya kat sini bukan bersenang lenang ye. Saya kerja awak boleh tak cakap tu elok sikit awak tu mengandung tegur Idris pada acu.

Habis tu yang kau pergi cari bini pertama kau tu kenapa? Kau jangan ingat aku tak tahu ye. Sudah-sudahlah cari betina tu dia dah nusyuz lah bodoh. Jerit acu.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now