Setelah beberapa hari bertungkus lumus akhirnya siap jugak car wash azlan. Pekerja pun dah ada untuk jaga car wash itu. Sabidin kawan kepada bai yang mesin rumput tempoh hari.
Alhamdulillah baik dan rajin bekerja. Azlan pun dah bina satu bilik untuk dia tinggal disitu.
Sambutan tak payah cerita memang tak menang tangan. Sebelah sana puak lelaki sibuk dengan cuci kereta.
Disebelah perempuan sibuk buat menyediakan juadah dan gudis beg untuk majlis perkahwinan pak Zam.
Macam mana abang boleh beli tanah tu tanya Zulaikha.
Abang tak beli pun abang sewa. Kata azlan pada Zulaikha.
Kan boleh sewa kenapa tak buat awal-awal lagi saja nak mintak duit dengan kita. Kata Zulaikha. Terdiam azlan.
Dah lewat malam ni jom tidur abang letih sangat esok nak pak nikah. Nanti kalut pulak kalau lambat bangun. Kata azlan. Bantal ditarik. Kalau tidur dengan atikah dah dapat picitan ni rungut azlan. Nak buat macam mana malam ni giliran Zulaikha.
Pagi ini hanya Sabidin dan 2 rakannya sahaja yang membersih kereta di car wash. Mereka sekeluarga berkumpul di masjid untuk pernikahan pak Zam.
Dengan sekali lafaz sah kini cik Sabar menjadi isteri kepada pak Zam. Ramai jugak tetamu yang datang di perkarangan masjid bagi meraikan pengantin. Tak kecuali keluarga dan kenalan rapat. Pak Dahlan dan cik Ramlah tiba sebelum majlis akad nikah berlangsung, tak ketinggalan abang mamat bersama anak dan isterinya. Zakiah pun turut sama hadir. Haji Salleh, isterinya dan anak menantunya turut hadir. Abang razak dan kak siti pun turut hadir.
Semua makanan minum ditempah pada katering jadi mereka semua tak kalut untuk memasak. Khemah, meja dan kerusi juga disiapkan oleh pihak katering.
Abang razak, kak situ alang-alang jumpa ni nak order buah boleh tak? Tanya atikah.
Lah tikah nak makan ke kenapa tak cakap? Kata kak siti.
Tak nak tiap-tiap hari punya stock bekalan untuk dijual. Tikah nak tumpang letak kat car wash abang. Kata atikah.
Bila pulak Lan ada car wash ni. Tanya abang razak.
Nanti abang razak Tanya dia sendiri kata atikah.
Ye lah. Tikah nak berapa kilo? Tanya kak siti.
Buah apa yang ada selain jambu dan buah naga? Tanya atikah.
Buah betik dan tembikai kata kak siti.
Untuk permulaan ni tikah nak 2 biji tembikai, 2 biji betik, 3 kg jambu batu dan 2 kg buah naga.
Nanti adik akak yang jemput anak tikah sekolah tu akan hantar. Sebab dia kerja kerani kedai buah mereka kata kak siti.
Boleh. Nanti hantar terus ke car wash ye bagitau sabidin buah ni tikah order. Kata atikah.
Boleh.
Alhamdulillah dapat kita berkumpul kata haji Abdulaziz.
Betul tu. Sokong abah. Lan, ni macam mana kamu boleh buka car wash ni.
Lan bersih campervan dengan kereta ayah. Tiba-tiba datang sorang demi sorang hantar. Lepas tu merebak satu taman ni tanya. Lan cari owner dia ok Lan jalan la car wash. Kata azlan.
Rezeki anak kata haji Abdulaziz.
Maksudnya?
Atikah dah mengandung abah dah nak masuk 3 bulan ni. Kata azlan.
Alhamdulillah.
Mak, semua jom lah duduk sini ajak atikah.
Apa atikah kamu ni bawa plastik tu ke sana sini. Tegur chik ani.
![](https://img.wattpad.com/cover/331431669-288-k531449.jpg)
YOU ARE READING
Bidadari kami
ActionKisah ini pertemuan Atirah dan Azlan tanpa sengaja mencuit hati azlan. Tapi dia tahu itu semua mustahil. Zulaikha isteri kepada Azlan sangat meminati seorang penulis wanita mengunakan nama pena Tirai Tira. Beberapa pertemuan tak terduga berlaku. At...