Bab 45

99 6 0
                                    

Papa, papa cepat tolong mama jerit adik.

Azlan berlari mendengar jeritan itu.

Ya Allah tikah. Tikah, bangun sayang panggil azlan.

Lan, pak rasa kamu kena bawa tikah ke klinik ni. Teruk panas badan dia ni. Dia dah la mengandung takut jadi apa-apa. Kata pak Zam.

Angah ambil kunci kereta, wallet dan handphone papa. Arah Azlan.

Baik papa jawap angah. Terus dia pergi mengambilnya

Along tolong papa tukarkan baju mama papa bawa mama ke hospital sekarang. Kata azlan pada along.

Selesai menukar pakaian atikah tubuh itu diangkat masuk ke kereta.

Nasib baik pak zam dah tolong bukakan pintu kereta dan tempat duduk dibahagian penumpang sudah direndahkan.

Terima kasih pak, nanti pak dengan cik Sabar tolong tengokkan anak-anak dan Zu ye. Apa pak call Lan ye. Kata azlan.

Ye lah. Pergilah cepat.

Setibanya di hospital baru azlan sedar dia tidak membawa apa-apa pengenalan diri isterinya. Nasib baik kad akuan pernikahan ada. Atikah dibawa ke unit kecemasan. Hampir 2 jam disana doktor memaklumkan atikah terpaksa dimasuk ke wad kerana tekanan darahnya rendah dan boleh membahayakan kandungan.

Handphone atikah berbunyi beberapa kali adik yang menyedari hal itu terus menjawap.

Assalamualaikum nenek..

Waalaikumusalam adik, mana mama?

Mama pengsan lepas solat zohor tadi. Papa bawa mama pergi hospital. Tapi papa tak balik lagi. Kata adik.

Tak apalah nenek call papa.

Sebaik sahaja talian diputuskan terus Chik Ani menghubungi azlan.

Terkejut betul azlan bila melihat panggilan dari mak mertuanya itu. Setelah memaklumkan keadaan atikah. Chik Ani dan haji Abdulaziz pun sepakat untuk ke sana melihat atikah.

Tepat pukul 8.00 malam mereka tiba dihospital.

Assalamualaikum. Lan.

Waalaikumusalam ayah, mak. Bila sampai?

Baru je. Ini saifuwan adiknya zackuan dia yang memandu tadi kebetulan dia cuti semester. Kata haji Abdulaziz.

Apa khabar abang Lan. Saya adik kepada abang zack, panggil Epul Tegur Epul.

Macam ni lah Epul.

Maknya mana mineral water yang awak bawa tadi. Kata haji Abdulaziz. Lan, ayah nak mintak izin Lan nak buat rawatan syifa untuk tikah.

Silakan ayah.

Ini airnya. Kata chik ani.

Bismillahirahmanirahim.. beberapa surah dibaca dengan nada yang perlahan tapi masih mampu didengari azlan dan yang lain.

Satu tiupan lembut ke dalam air dan wajah atikah. Air diambil sedikit ditapak tangan lalu disapu ke wajah, kepala dan tangan.

Maknya nanti bila tikah dah sedar awak suapkan air untuk mereka ye. Kata haji Abdulaziz.

Lan, mak mintak izin jagakan atikah malam ni. Lan balik lah berehat dulu dengan ayah dan Epul. Kata chik ani.

Tapi mak. Lan tak nak susahkan mak. Kata azlan.

Maaf Lan, ayah dengan mak bukan membelakangkan kamu sebagai suami atikah. Tanggungjawab kamu dirumah tu kena diutamakan juga. Ayah tahu kamu tak balik ke rumah sejak tengahari tadikan. Baliklah berehat.

Baik lah ayah. Tiba-tiba teringat azlan teringat pada Zulaikha dan anak-anak.

Dirumahazlan petang itu.

Pak betul-betul kecewa dengan kamu Zulaikha. Sejak kebelakangan ni pak nampak kamu dah seperti dulu abaikan anak-anak. Hidup kamu setiap hari bangun pagi sarapan dah siap dihidangkan makan, lepas tu ke tempat therapy. Balik rumah makanan dah siap di meja. Kamu buat pak dan tikah sebiji macam bibik kamu.

Anak-anak jangan ditanya. Ada kamu tanya kerja sekolah mereka tak pernah kan? Ada kamu tanya sakit pening mereka? Tu baju anak-anak yang dah singkat kamu tahu saiz mereka sekarang berapa?

Tak.. pak jawap Zulaikha. Tapi Zu tak halang abang kahwin lagi satu.

Betul kamu izinkan Azlan tu berkahwin lain. Tapi satu segi lagi kamu izinkan dengan cara anak-anak kamu jatuh dalam tangan madu kamu sepenuhnya yang jaga.

Pak, Zu.

Zulaikha berubah la. Jaga anak-anak kamu. Kamu tu bernasib baik atikah tu tak macam perempuan lain kat luar sana. Kalau tak menangis la kamu kena tinggal dengan azlan tu. Pak tak rasa mustahil kalau kamu dengan azlan bercerai anak-anak akan ikut azlan dan atikah.

Pak..

Tipu lah pak tak terasa dengan keputusan kamu menyuruh atikah yang uruskan hal-hal perkahwinan pak dengan cik Sabar. Cik Sabar sendiri tanya pak kenapa kamu tak nak tolong uruskan. Kamu tak terima dia ke?

Pak cuma mampu kata kamu tak larat sebab keadaan kamu sekarang. Hakikatnya kamu duduk dalam bilik tengok movie Korea dan main handphone. Kalau kamu rasa nak tolong atikah kamu keluar. Kalau tak tunggu aje anak-anak panggil kamu makan.

Zu, atikah tu dari keluarga orang berada nak dibanding dengan kita yang tak seberapa ni. Haji Abdulaziz tu tak tercuit sikit pun dengan harta yang kita ada. Tu rumah yang dia beli pada atikah  bincang hari esok dah selesai dibayar. Diorang bukan kaya harta sahaja tapi kaya ilmu dunia akirat.

Pak pilih cik Sabar sebagai isteri sebab pak tahu kamu dan kak kamu takkan mampu jaga pak tua nanti. Dia ikhlas terima pak seadanya. Tolong berubah Zu andai kata pak dah tak ada nanti. Anak-anak pulak dah memjauh dari kamu pada siapa kamu nak bergantung hidup.

Assalamualaikum.

Waalaikumusalam, Lan. Mana atikah? Soal pak Zam.

Tikah kena tahan kat hospital pak. Tekanan darah dia rendah bahaya untuk kandung dia.

Assalamualaikum..

Waalaikumusalam. Ya Allah, Aziz awak pun ada. Kata pak Zam.

Baru je sampai Zaman. Pukul 8.00 tadi. Ini kenalkan Epul. Adiknya zack.

Masuk epul. Mana maknya atikah tak ikut sekali ke? Tanya pak Zam. Atikah macam mana?

Maknya atikah temankan atikah dihospital. InsyaAllah dah setabil darah si atikah tu. Cuma dalam pemantauan hospital. Maknya dulu jururawat kerajaan jadi dia tahu apa yang terbaik. Jadi kita bagi dia sahaja yang jaga atikah malam ni. Kita bagi Lan ni rehat. Dah macam apa rupanya dengan tak makan minum di hospital. Mana budak-budak diam je ni.

Masing-masing murung atikah masuk hospital. Makan pun sikit. Lepas tu masuk bilik. Kata pak Zam.

Lan ke sebelah dulu pak, ayah nak kemas bilik untuk ayah dan epul. Tadi budak-budak tu masuk kan barang hantaran dalam bilik yang ayah guna tu..

Barang-barang tu kamu masukkan ke bilik pak pun tak apa Lan. Kesian ayah mertua kamu ni penat berjalan jauh. Kata pak Zam.

Tak payah susah-susah ayah guna je bilik mana yang kosong. Barang-barang tu esok-esok pun boleh kemas. Kata haji Abdulaziz.

Betul tu abang Lan. Kami ni mudah je. Kata epul.

Mak.. bila mak sampai? Tanya atikah.

Dia mula sedar jam 1.05 tengah malam.

Mak sampai pukul 8.00 tadi, sempatlah ayah kamu buat air tawar pada kamu. Minum sikit ye.

Boleh mak. Tikah pun lapar ni. Katanya.

Mak ada suruh idayu belikan kamu bubur tadi. Sebab kamu tidur dia dengan mak lang kamu nak kacau.

Makan ye.

Nak mak suap..

Ye lah. Manja..

Manja la masa ni nanti cucu mak dalam perut ni dah susah nak manja. Balas Atikah.

Pandai lah kamu tu. Makan ni mak suap.

Sayang mak.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now