Bab 5

480 18 0
                                    

Termenung. Secawan kopi diteguk sedikit demi sedikit. Lagi beberapa hari dia harus bertolak pergi jauh ke luar negara, untuk mengikuti misi bantuan kemanusiaan. Menyalurkan bantuan seperti perubatan, pendidikan dan bekalan makanan. Tidak lupa juga, untuk berjaga-jaga dengan kawasan di sana nanti. Manalah tahu kalau tiba-tiba perang mula balik, walaupun masih dalam gencatan senjata. Semua itu tak mustahil boleh berlaku.

Jari jemari mula kusyuk mengetuk permukaan meja. Jauh termenung, kalau pergi haji dah boleh balik hari.

Wajahnya ditundukkan sesaat sebelum tangannya mencapai telefon bimbit yang terletak elok di atas meja. Ditenung wajahnya sendiri di skrin telefon sebelum panggilan video dijawab Puan Fida. Menilik dulu wajah sendiri, kena pastikan sentiasa nampak hensem.

"Assalamualaikum ma... Sihat ke?" Terjawab sahaja panggilan, dia terlebih dahulu menyapa.

"Waalaikumussalam Zill. Alhamdulillah mama sihat aje, kenapa ni? Rindu mama ke?" Ada bau-bau sindiran ya. Sengaja mengusik anak teruna dia.

Zill tersenyum lebar, nampak semua gigi yang ada. Tipulah kalau tak rindu, mestilah rindu. Tapi sengaja dia sorokkan perasaan rindu, anak jantan tak boleh mengada-ada. Nanti kalau mengaku rindu, menangis pula mama dia. Sekian hal pula nak memujuk nanti. Jenuh!

"Eh taklah, ada ke Zill rindu mama? Ni Zill nak bagitahu mama yang lagi berapa hari Zill nak kena terbang jauh dah, ada misi kemanusiaan. Maybe dalam empat bulan lebih macam tu la."

Zill sengih tidak selesa. Teragak-agak juga nak beritahu Puan Fida. Tapi apakan daya, saudara jauh amat perlukan sokongan dan bantuan kemanusiaan. Tak kira agama, bangsa dan warna kulit. Semuanya sama.

Gelap seketika dunia Puan Fida. Dia senyum kelat. Paling tidak suka kalau anak teruna dia kena terbang jauh. Risau akan keselamatan, mana nak tahu masih dapat peluang untuk berjumpa lagi ke ataupun tidak.

Setakat nak berpisah dengan Zill tinggal di sempadan Kelantan dan Terengganu itu pun dia sudah susah hati. Apalagi kalau dihantar jauh merata-rata makin susah hati lah dibuatnya. Air Force Base Gong Kedak itu pun dah cukup buat hati dia bagai nak gila.

Rasa sempit dah rengkung dia, nak telan air liur pun rasa kesat.

"Hm... Ni yang mama tak suka ni..." ujarnya. Memang dia tak suka, tapi apa boleh buat? Itu sudah sebahagian daripada tugas Zill, dia yang pilih jalan hidup dia sendiri. Sebagai orang tua, mestilah kena beri sokongan. Takkan nak menjatuhkan semangat anak kan?

"Zill tahu mama memang tak suka, tapi nak tak nak? Tetap kena beritahu mama, takkan la Zill nak pergi tanpa inform mama dulu. Lagipun Zill hanya ikut arahan yang dah diberi. Mana boleh nak bantah."

Senyum tidak pernah kurang sedikit pun dari bibir Zill. Biarlah mama tengok dia senyum, kalau dia layankan perasaan mama, nanti sekali dengan dia pun jadi sedih. Berjangkit!

"Betul la tu Zill, apa-apa pun mama doakan kamu selamat pergi, selamat balik ya sayang? Mama, baba sentiasa tunggu kepulangan kamu kat sini, ingat tu. Balik dengan selamat!"

'Balik dengan selamat' ayat tu keras ditekan. Zill tergelak kecil. Kita mana boleh nak jangka takdir, kan? Kalau panjang umur, baliklah dia. Kalau tak? Maknanya umur dia tak panjang lah. Hilanglah seorang anak teruna kepada Puan Fida dan Tuan Zubari.

"Insya-Allah mama, tak payah sedih la. Baik mama fokus cari calon isteri untuk Zill." Cadang dia tidak serius pun, cuma saja ingin mengusik mama dia. Tapi kalau sudah ada calon pun, apa salahnya. Dia terima sahaja.

Bersinar-sinar biji mata Puan Fida. Pantanglah dia kalau sudah sebut pasal calon-calon menantu ini. Teruja lebih.

"Ke mama nak Zill cari awek kelate dekat sini? Awek ganu pun boleh kalau mama nak." Saja ditambah-tambah rencah dalam usikkan.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now