Ayesha mengajaknya keluar ke pasar malam pula. Entah apa yang merasuki isterinya. Tiba-tiba nak pergi pasar malam, tak pernah-pernah dia ajak sebelum ini. Layankan sajalah, nanti kalau tak dilayan dia mengamuk pula tarik muka. Macamlah dia tidak kenal perangai Ayesha itu.
Waktu ajak pergi tadi bukan main beria, bersemangat waja ingatkan nak beli banyak makananlah. Rupanya, hampeh! Satu pun dia tidak ingin, harapkan ada si suami yang baik hati ini dibelikan juga makanan takut bila balik rumah nanti dia kata nak pergi pasar malam semula sebab nak beli makanan. Memang lunyai Ayesha dia kerjakan nanti.
Zill belikan dia ayam goreng. Beberapa jenis jugalah. Ada ayam bakar, ayam gunting, ayam madu, ayam goreng. Ingatkan dia tidak mahu makan, rupanya habis licin sekelip mata. Bila orang tanya nak beli apa, dia cakap tak nak. Bila orang belikan, dia makan pula semua. Nampak saja kecil, tapi bela saka rupanya.
"Sayang ni, makan sampai tak tinggal untuk abang sikit. Padahal tadi sayang cakap tak nak, bila abang beli, sayang rembat semua. Habis licin, tinggal tulang aje untuk abang. Cis."
Zill buat muka. Geram sebenarnya. Ayesha pula tunjuk muka yang tidak bersalah, tersengih-sengih. Macam kerang busuk!
"Ayesha tak sengaja, tadi masa kita keluar pergi pasar malam Ayesha tak rasa terliur. Bila dah balik rumah, terliurlah pula tengok ayam yang abang belikan." Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Ini semua salah penghuni kecil.
Ekor mata Zill dah mula kerling dia.
"Abang makan Ayesha baru tahu." Dia pandang Ayesha atas bawah sebelum menyambung bicara.
"Nasib baiklah ada mi segera dekat dapur tu, bolehlah juga buat alas perut untuk tidur malam ni."
Bibir bawah Ayesha terjuih lebar. Kesianlah pula dekat suami dia.
"Kalau macam tu, Ayesha pergi keluar belikan makanan untuk abang ya?" Dia cuma mempelawa, mana tahu kalau Zill izinkan boleh dia tapau untuk dia sekali.
"Tak payah nak mengada-ada, biasa dia neh! Malam-malam orang tak keluar dah." Zill buat-buat marah, sekadar bercanda.
Makin lebar bibir Ayesha terjuih. Dia kesiankan suami dia, bukannya sengaja nak keluar malam-malam. Telefon bimbitnya dicapai, tekun beberapa minit menatap. Kemudian dia tayang gigi, tersengih lagi.
"Dah ni kenapa pula tiba-tiba tersengih? Tengok oppa junjung awak ke?"
Nak marah, tapi nak gelak juga. Berani dia panggil awak, mana panggilan sayang? Junjung itu pula satu, salah, Park Seo Joon!
"Abang ni, sayanglah! Bukan awak." Dia tumbuk perut Zill. Berani-berani tukar panggilan.
"Aduh! Sakitlah sayang." Zill pegang perut dia.
"Abang tu, kenapa panggil awak? Mana sayang?" Muka dia dah masam mencuka.
"Tersilaplah, abang nak panggil sayanglah tadi. Tapi disebabkan sikap tidak percaya diri abang ni, membuatkan abang tersasul panggil awak."
"Tak percaya diri kenapa pula?" berkerut habis kulit-kulit muka. Tiberh!
"Sebab abang cemburu. Cemburu ni hanya untuk orang yang tidak percaya pada dirinya, dan abang sedang tidak percaya diri. Abang cemburulah kalau sayang tengok oppa junjung tu."
Dia bukannya serius sangat. Memang dia niat nak bergurau, mengusik isteri dia. Macam biasalah kalau Zill Qayyim.
"Lah? Bila masa pula sayang tengok Park Seo Joon, sayang tengok benda lainlah. Abang ni, salah faham. Overthinking betul." Ayesha jeling terbalik biji mata.
Sekali-sekala dia tatap telefon dia. Mana tahu kalau ada notifikasi masuk. Boleh dia bersiap sedia.
"Sayang tengok apa? Bagilah abang tengok juga." Zill cuba nak rampas telefon di tangan Ayesha, tapi Ayesha letak bawah punggung dia.
YOU ARE READING
MENANTI CINTA DARIMU
RomanceAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...