Bab 9

390 18 0
                                    

"Kau dah bertunang? Seriuslah? Dengan siapa?" Punya luas mulut dia ternganga. Kerbau pun boleh masuk dalam mulut. Macam mana tak terkejut, dia tidak diberitahu langsung! Sejak bila Ayesha pandai berahsia dengan dia. Setahunya, kawan baik dia itu tidak pernah berahsia. Kalau boleh semua benda dia nak cerita.

Mungkin dirahsiakan bersebab. Ayesha angguk, iya dia sudah bertunang. Dengan manusia yang tidak dia kenali.

"Dengan siapa kau tanya? Aku sendiri pun tak tahu, tak kenal dan tak pernah jumpa dengan dia tu." Ayesha buat muka menyampah. Sakit hati.

Makin terlopong mulut dengan biji mata Arfa. Dah gitu macam mana pula? Ada ke macam tu?

"Kau tak beritahu aku pun, dan macam mana pula kau boleh bertunang dengan dia sedangkan kau tak kenal dan tak pernah jumpa dia tu? Dari mana kau dapat dia?" tanya Arfa penuh tanda tanya.

"Bukan sengaja tak nak bagitahu, lagipun aku serabut sangat masa tu. Aku tak tahu macam mana nak cerita dekat kau."

Keluh kesal.

"It's okay... Take your time, cerita slow-slow."

"Kau tahu Fa? Kali ni aku kena paksa lagi. Aku tak boleh nak buat apa, terpaksalah terima. Dari apa yang parents aku cakap, lelaki tu baik. Tapi entahlah. Aku tak pernah jumpa pun," jawab Ayesha lemah. Tiba-tiba pula rasa down. Tadi sakit hati, sekarang down.

Terkejut Arfa dengar. Macam itu saja dia boleh jawab. Bukan apa, sekarang Ayesha dah duduk dalam fasa di mana dia kena juga paksa diri dia untuk terima. Lambat-laun, kena terima kenyataan jadi isteri orang pula. Hendak atau tidak, kena terima.

"Pasrah betul kau ni Es. Tak cuba melawan ke?"

"Dah! Aku dah cuba melawan, dah berkeras juga menolak yang aku tak nak. Tapi apa aku boleh buat? Kau tahu kan, ibu abah aku macam mana."

Pandangan dilemparkan ke arah luar kafe. Tidak tahu nak cakap apa sudah sekarang ini. Penat nak bercakap. Buang tenaga, bazir suara.

"Kesian dekat kau weh. Aku harap kau kuat tau? Aku tak tahulah nak tolong kau macam mana." Kepala yang tak gatal, digaru. Kesian pula bila merenung nasib kawan baik dia yang selalu kena atur hidupnya itu.

Nak bantu tapi tak boleh. Dia pun menemui jalan buntu, begitu juga dengan Ayesha. Sudah pasti! Lagipun, dia siapa nak masuk campur urusan hidup Ayesha? Dahlah Puan Fida itu anti betul kalau dengar nama dia. Paling pantang!

"Eh? Kau nak tahu tak Arfa? Malam haritu aku jumpa siapa?" Malas nak terus bercakap pasal kisah sedih dia itu. Ubah topik lah pula. Kalau bercakap pun, nasib tak boleh berubah pun.

"Jumpa siapa pula?" Bertaut kening Arfa. Ada kejutan lagi ke?

"Syed Aiden."

Mulut yang ternganga ditekup sendiri.

"Seriuslah? Macam mana kau boleh jumpa dia pula? Dia ada buat apa-apa ke dekat kau?" Muka Ayesha dibelek-belek.

Ishk!

Ayesha tepis tangan Arfa, melebih-lebih sangat dia risau punya. Potong mood sahaja dia nak bercerita. Rimas.

"Tak. Dia tak buat apa-apa pun, aku pun tak faham macam mana dia boleh ada dekat situ. Dah la aku sorang-sorang masa tu. Takut juga aku dibuatnya." Lebih kurang Ayesha jawab.

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now