Kelopak mata tua berkedip-kedip. Belum bisa melelapkan mata. Banyak hal yang ada di dalam fikiran. Namun sukar untuk dijelaskan.
Kejadian yang lepas cukup membuatkan dia trauma. Ingatan dia masih jelas waktu beberapa tahun yang lepas, Ayesha hampir nyaris nak kelar leher dia hanya kerana mereka berbalah mulut. Tak sangka pula dia, waktu itu Ayesha berada di bawah pengaruh dadah.
Jadi apa yang berlaku saban hari, membuatkan dia teringat akan benda yang sudah lama berlalu. Dia takut, fikir Ayesha dah kena penyakit mental.
"Abang. Anak kita tu macam mana?" soal Puan Eliza memecah keheningan malam.
"Macam mana apa? Abang pun tak tahu, tapi abang ada pesan dekat Zill supaya Zill jaga dia baik-baik. Insya-Allah, abang percayakan Zill. Awak tak payahlah fikirkan sangat."
Dalam marah sebenarnya ada juga kebimbangan yang menerpa. Hari demi hari sejak dia sudah tidak menyapa Ayesha lagi, dia mengambil masa yang banyak untuk berfikir. Berfikir pakai akal, bukan otak. Guna kewarasan yang ada.
Mungkin Ayesha jadi begitu pun kerana diri dia sendiri yang kadang-kadang suka membentak anaknya. Dipaksa untuk menurut segala kemahuan, sedangkan anak itu tidak rela. Terlalu mengongkong kehidupan si anak, sehingga dia merasakan tekanan di dalam hidup.
Sikit demi sedikit, dia mula sedar. Ini bukan salah Arfa semata-mata tapi ada juga punca daripada diri dia sendiri.
"Saya tak boleh nak elak daripada terus berfikir. Sebab dia tu anak saya, dan betul apa yang abang cakap dulu. Seteruk apa pun dia, dia tetap darah daging saya. Sepatutnya saya bagi dia kasih sayang, bukan layan dia macam orang yang tak ada hati perasaan."
Tuan Ahnaf menguntum satu senyuman. Syukurlah kalau isteri dia sudah mulai sedar akan kesilapan sendiri. Ingatkan nak teruskan dengan perangai dia yang keras kepala itu.
"Baguslah kalau awak dah sedar. Cubalah berbaik dengan dia semula, tapi saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai. Sebab dia masih dengan perangai lama, saya takut nanti awak pula yang tak boleh nak kawal emosi. Nanti bergaduh lagi awak dua beranak."
Ibu dengan anak, sama saja. Baran. Susah nak kawal emosi. Sekarang jelas dari mana turunnya perangai baran itu, kalau bukan Puan Eliza siapa lagi?
"Biarlah dia ambil masa dulu, tunggu waktu yang sesuai nanti saya akan ada dengan dia balik. Semoga pintu hati dia terbuka untuk betul-betul berubah."
Hatinya benar-benar sudah terbuka untuk berbaik dengan Ayesha semula. Cukuplah selama ini, hubungan mereka asyik retak seribu. Tak pernah nak berbaik.
"Betullah tu, biar dia ambil masa dulu. Biar dia belajar hidup berumah tangga, belajar hidup dengan Zill. Insya-Allah, Zill boleh buat dia berubah. Mudah-mudahan. Awak ni kenalah sentiasa doakan dia, doa seorang ibu ni kan tak ada hijab. Mana tahu tuhan makbulkan."
Puan Eliza tunduk kepala. Faham. Mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa-doanya.
Dia tahu, dia tidak sepatutnya terus-terusan bersikap sedemikian. Bukannya boleh baik pulihkan keadaan. Malah lebih mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia ada buruk.
"Mudah-mudahan Zill dapat bimbing anak kita ya bang?"
Tuan Ahnaf angguk mengeyakan.
"Ya, Insya-Allah."
***
"Boleh tak kau berhenti kacau aku? Aku datang sini nak lepak dengan Arfa. Bukan nak jumpa kau, ada aku cakap aku nak jumpa kau ke dekat sini? Tak ada kan?"
Aiden melabuhkan punggung di sebelah Ayesha.
"Memang you tak nak jumpa i. Tapi i yang nak jumpa you, sebab dah lama kita tak jumpa. Bukan Arfa saja yang rindu, tapi i pun rindukan Ayesha Eshal juga."

ANDA SEDANG MEMBACA
MENANTI CINTA DARIMU
RomanceAku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan...