Bab 61

338 11 1
                                    

Kecohlah kalau semua keluarga sudah berkumpul. Menggelabah semua, lebih-lebih lagi Zill. Semalam ingatkan anak boleh meluncur sekali, rupa-rupanya kasihan si isteri kena tahan contraction berjam-jam. Tapi belum keluar juga si budak kecil bertuah itu.

Seksa sungguh melihat isteri menahan sakit. Sekejap okey, sekejap sakit datang lagi. Ingin saja dia menggantikan dirinya di tempat Ayesha.

"Abang... Lamanya abang hilang, kenapa lama sangat? Ayesha nak abang... Kenapa tak temankan Ayesha?" adu Ayesha lemah. Baru bangkit dari tidur ayam.

"Abang ada ni sayang... Maaf sayang, abang jumpa Ziqri kejap tadi. Ada hal penting sikit."

Tangan mereka saling bergenggaman. Ditaruh rapat ke pipi Zill, dicium-cium tangan halus itu.

"Hal penting apa tu abang? Abang takkan pergi mana-mana kan? Abang dah janji nak temankan Ayesha."

Ziqri senyum tipis, dia geleng kepala.

"Ya sayang, abang temankan sayang," ujar Zill, tangan naik menyentuh perut Ayesha.

"Muhammad Aniq Zafran, keluar cepat sikit ya? Abi nak jumpa Aniq ni... Jangan lama-lama dekat dalam tu, kesian ibu tahan sakit. Nanti dah keluar jadi anak soleh, anak yang baik tau? Jangan sakitkan hati ibu, jaga ibu baik-baik, jangan nakal-nakal kalau abi tak ada. Aniq kena jadi pelindung untuk ibu."

Ayesha tenung Zill. Hairan. Aniq Zafran?

"Abang yakin anak kita lelaki?" soal Ayesha.

"Yakin sayang. Abang yakin," jawab Zill. Masing-masing tersenyum manis.

"Zill Qayyim, artinya perlindungan yang berharga kan abang?" tanya Ayesha lagi.

"Ya sayang. Sebab itulah abang nak Aniq gantikan abang sebagai pelindung untuk sayang. Insya-Allah."

"Insya-Allah abang."

Benarlah sesungguhnya arti nama itu. Dia benar-benar sosok insan yang berharga. Bertuahnya Ayesha sehingga kini belum pudar rasa tuah itu kerana bersuamikan sosok seperti Zill Qayyim.

Zill bangkit sedikit dari duduknya untuk mengucup pipi dan dahi Ayesha.

"Abang sayang isteri abang. Kuatkan semangat ya sayang? Ingat, abang sentiasa ada dalam hati sayang. Jauh macam mana pun jarak memisahkan kita, hati kita tetap bersatu," kata Zill penuh perasaan.

Ayesha angguk lemah, diserikan dengan senyuman. Walaupun pucat, tetap berseri di mata Zill. Tiada apa yang berubah, isterinya tetap cantik.

***

"Jadi sekarang macam mana? Aku tak mungkin tinggalkan isteri aku, kenapa tak boleh pilih orang lain? Kenapa mesti aku juga? Padahal aku dah minta cuti awal-awal, takkanlah tengah cuti pun nak kena pergi?"

Membebel pun tak ada gunanya juga. Dah nama pun tugas. Takkan boleh tolak, ini arahan.

"Kau kena faham bang, kita ni kena standby setiap masa. Dah nama pun wira negara, kalau bukan kita yang jaga negara ni? Siapa lagi? Aku faham kau marah, kau tak puas hati bila tiba-tiba nama kau naik untuk operasi ni. Tapi? Nak buat macam mana? Kau tak boleh nak buat apa, lagipun misi menyelamat ini penting. Nyawa mereka kemungkinan berada di dalam tangan kau Zill," jawab Ziqri cuba memahami dan menenangkan Zill.

Zill sudah serabut. Dia raup rambut yang terasa bersepah. Cuba bertenang. Marah pun memang tiada gunanya. Tugas tetap tugas.

"Semaklah kepala macam ni. Macam mana aku nak cakap dekat kakak ipar kau? Tak kecil ke hati dia nanti kalau dia tahu yang aku tak dapat nak temankan dia? Kau tahu? Dia berharap sangat aku boleh temankan dia bersalin, tapi sekarang? Apa aku nak buat?"

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now