Bab 43

411 14 3
                                    

Tuan Zubari dan Tuan Ahnaf kelihatan sedang rancak berborak di hujung sana berhampiran kaunter pertanyaan. Puan Eliza dan Puan Fida pula berada di depan pintu bilik Ayesha. Baru lepas keluar melawat.

"Ujian apalah yang Ayesha lalui, selepas satu-satu datang bertandang. Kesian dia," ujar Puan Fida.

"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana Fida. Allah uji dia sebab dia mampu, kalau kita belum tentu lagi mampu nak hadap ujian sebegitu. Dah kena rogol, mengandung lagi."

Masing-masing dengan riak sedih. Puan Fida angguk, memang betul apa yang Puan Eliza beritahu itu. Ujian seseorang semuanya di atas kemampuan.

"Tapi kenapa ya, dia sorokkan kehamilan dia daripada pengetahuan Zill. Padahal Zill suami dia, kenapa ya?" Puan Fida nampak penuh dengan kehairanan.

"Mungkin dia kecewa, sebab itu bukan anak dia dengan Zill. Jadi dia sembunyikan pun, mungkin sebab tak nak Zill rasa kecewa. Mesti berat dia tanggung saat dia tahu yang dia mengandung."

Puan Fida angguk kepala lagi.

"Mungkin. Aku rasa betul apa yang kau cakapkan tu Eliza. Kesiankan dekat anak-anak kita, semoga mereka sentiasa kuatlah nak harungi semua ujian dan rintangan ni." Putus Puan Fida tenang. Kelibat Zill mula melintas di hadapan mereka berdua, ingin masuk tengok isteri dia. Sempat dia hadiahkan senyuman meskipun nampak kelat. Dua wanita itu hanya membalas senyuman yang diberi.

Ayesha masih bernafas dengan menggunakan bantuan alat pernafasan, nampak kesian. Zill duduk di samping. Lama dia tenung raut wajah Ayesha. Baru tadi doktor kata Ayesha sudah mula melepasi tahap kritikal. Syukurlah walaupun Ayesha masih belum sedarkan diri. Kini dia masih di bawah pengawasan.

"Sayang. Kenapa sayang buat macam ni. Sayang tak kesiankan abang ke... Abang risau dengan keadaan sayang. Kalau abang lambat semalam, nyawa sayang dah melayang." Zill mula bersuara, memecah kesunyian di ruangan itu. Tangan Ayesha ditarik ke dalam genggaman.

"Macam mana kalau sayang pergi? Macam mana abang nak hidup tanpa ada sayang di sisi abang?" Tidak akan pernah dia berhenti menyoal, kerana dia takut.

"Abang tahu, kenapa sayang buat macam ni. Tapi kalau sayang berterus-terang dengan abang sekali pun, abang takkan kisah walaupun abang tahu itu bukan anak abang. Abang tetap akan terima. Kita tetap boleh jaga dia sama-sama sayang, tapi kenapa sayang buang dia. Berdosa sayang. Berdosa."

Dia sudah menemukan video dan mesej di dalam telefon Ayesha. Itu dihantar daripada Aiden sebelum dia meringkuk dalam penjara. Zill tahu pasti Ayesha merasa jijik, marah, sakit dan benci saat dia tengok video yang Aiden hantar. Video dia dirogol. Mustahil Ayesha akan baik-baik sahaja selepas dia tonton video itu, kerana dia mangsa yang dirogol dalam video tersebut. Siapa akan bertahan? Siapa akan kuat? Begitu juga dengan Ayesha. Tidak akan mampu tampung perasaan sakit.

Zill percaya oleh disebabkan video dan kata-kata daripada Aiden itu membuatkan Ayesha berani memutuskan keputusan ini.

"Abang boleh jaga dia dan sayang. Abang tak kisah dia anak sesiapa pun, sebab dia tak bersalah sayang. Asalkan dia keluar dari rahim sayang, dia tetap akan jadi anak abang juga." Zill masih merasa kesal dengan tindakan Ayesha. Namun semuanya sudah terjadi, Ayesha pun tidak tahu kapan dia akan sedar. Zill hanya boleh bercakap dan terus bercakap, mengharapkan Ayesha dapat mendengar.

Tiba-tiba dia melihat ada cecair yang mengalir dari birai kelopak mata Ayesha. Cecair itu turun dan jatuh mengalir ke telinga. Airmata. Isteri dia menangis, mungkin Ayesha dapat mendengarkan semua kata-kata dia. Begitulah yang doktor beritahu tadi.

"Sayang jangan nangis ya, abang ada dekat sini. Selalu ada untuk sayang. Abang tak marah dekat sayang, abang cuma kesal... Kesal bila sayang buat macam ni."

MENANTI CINTA DARIMUWhere stories live. Discover now